Pages

Friday, June 19, 2015

DARI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG, DITUKAR MENJADI KERAJAAN RAKYAT PULAU PINANG... APA MOTIF LEBIH BESARNYA?



25 Disember 2014, menerusi media milik DAP sendiri, Zairil Khir Johari yang merupakan anak Cina tetapi mengaku Melayu menyatakan Pulau Pinang perlu diberikan status autonomi tanpa sedikit pun merujuk bahawa Pulau Pinang sebenarnya adalah salah satu wilayah Negeri Kedah dan status negeri yang dimiliki oleh Pulau Pinang sekarang hanyalah kerana pajakan. (RUJUK SINI)

Perkembangan terkini menunjukkan keinginan dan cita-cita DAP yang mahu meneruskan keinginan Kuomintang terutama dengan penggunaan RBA dalam melaksanakan perang saraf menerusi media-media sosial. Jadi tidak hairanlah bagaimana DAP menerusi Lim Guan Eng begitu yakin untuk menghalau PAS dari Pakatan Rakyat setelah semua calon tajaannya kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Selain mahu menunjukkan yang DAP adalah dominan, boleh berdiri sendiri, tidak bergantung dengan mana-mana parti sebaliknya menjadi pergantungan kepada parti-parti lain seperti PAS, DAP juga mengekalkan cita-cita mereka yang mengekalkan agenda tersembunyi yang sebenarnya tidaklah rahsia.

Tahun 2008, DAP adalah pihak yang paling kuat mempromosikan PAKATAN RAKYAT walaupun Pakatan Rakyat tidak wujud secara rasmi sebaliknya hanya diwujudkan untuk membolehkan DAP menjadi Kerajaan Negeri Perak. Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Ngeh Koo Ham merajuk sakan apabila dia tidak dibolehkan menjadi Menteri Besar Perak. DAP mempertikaikan Undang-Undang Tubuh Negeri yang mengkhususkan Melayu dan Islam sebagai Menteri Besar Perak.

Seronok kerana salah seorang ahlinya disokong DAP menjadi Menteri Besar Perak, PAS terlompat-lompat dengan Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim menggunakan ISTILAH RAKYAT untuk mendapatkan sokongan bagi partinya, PKR. Dan akhirnya Pakatan Rakyat bagaikan satu istilah keramat kepada para penyokong mereka.


Tetapi DAP hanya menyimpan perkataan RAKYAT dan membuang PAKATAN. DAP tidak berminat dengan Pakatan selagimana Pakatan itu tidak mempertuankan DAP. Pakatan bagi DAP hanyalah bermaksud sentiasa tunduk dan sujud kepada apa juga arahan dan suruhan DAP.

Pulau Pinang telah membuktikan teori ini. PAS di Pulau Pinang sebenarnya tidaklah sekuat mana. Terlalu kecil berbanding UMNO Pulau Pinang dan sangat mikro berbanding DAP. Namun PAS memainkan peranan penting kerana menerusi PAS lah DAP memperolehi sokongan dan pujaan Melayu di seluruh Malaysia.

Nah, sekarang DAP memutuskan hubungan dengan PAS atau lebih tepat lagi kalau dikatakan sebagai membalas dendam.

Dari KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG, kini telah bertukar menjadi KERAJAAN RAKYAT PULAU PINANG.... tetapi tidak mustahil juga sekiranya dengan khidmat RBA Kuomintang Taiwan berterusan, suatu hari nanti REPUBLIK RAKYAT PULAU PINANG pula akan muncul terutama setelah usul Zairil Khir Johari pada Disember 2014 agar Pulau Pinang diberikan status autonomi, tidak mengundang sebarang tindakan tegas pihak berkuasa.

2 comments:

  1. zairil budak cina hingusan yang kurang ajar dan tak mengenang budi.

    ReplyDelete
  2. PRN untuk semua negeri under PR sebab PR dan x wujud.

    ReplyDelete