Pages

Friday, June 19, 2015

TIDAK BERFUNGSI ATAU SEBENARNYA TAK DIPEDULIKAN SEBELUM TUBUH PARTI BARU, KHALID SAMAD?



Cerita-ceriti tentang penubuhan parti baru oleh golongan yang kecewa setelah kehilangan jawatan dan kedudukan dalam saf kepimpinan PAS Pusat semakin melebar dan meluas. Golongan kecewa dalam PAS seperti Khalid Samad, terus mengeluarkan pelbagai kenyataan yang dilihat sebenarnya bertujuan untuk menekan kepimpinan baru PAS.

Golongan pro-DAP-PKR di dalam PAS kehilangan semua jawatan utama kecuali Mazlan Aliman yang kemudiannya bertindak meletak jawatan dalam PAS apabila kecut perut kerana bersendirian bagi berhadapan dengan barisan pro-ulama yang menyapu bersih semua jawatan dalam pemilihan baru-baru ini.

Terbaharu, Khalid Samad memberitahu, kumpulan kecewa itu akan menubuhkan parti baru sekiranya kepimpinan PAS yang baru dipilih gagal berfungsi. (BACA DI SINI)

Kenyataannya itu amat menggelikan hati, bahkan sudah cukup untuk menggambarkan keazaman DAP yang mahu cuba menjajah dan menguasai PAS walaupun kesemua calon tajaan mereka telah kecundang.

Apa yang dimaksudkan oleh Khalid Samad sebagai 'kepimpinan baru gagal berfungsi'? Adakah maksudnya, kegagalan PAS untuk terus menerima dan memberikan jawatan kepada golongan kecewa tersebut, menjadikan maksudnya sebagai 'gagal'? Atau sekiranya PAS bertindak mengambil tindakan tatatertib dengan menggantung atau memecat keahlian para pemimpin kecewa itu, maka itu dianggap sebagai kegagalan kepimpinan baru?


Presiden PASMA, Phahrolrazi Zawawi sudah beberapa kali mengulangi hasrat untuk menubuhkan parti baru namun dilihat tidak begitu berani untuk mengambil risiko berkenaan ekoran keputusan PAS sendiri yang flip-flop untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas ahli-ahli PAS yang terlibat dalam PASMA.

Konflik yang tercetus serta peluang besar di Selangor serta Pulau Pinang yang perlu direbut apabila DAP dengan penuh angkuh, cuba diintai oleh golongan terpinggir dari saf kepimpinan PAS.

Apa yang berlaku sekarang ialah, golongan terpinggir dan kecewa itu berasakan, tanpa mereka, PAS akan pincang. Disebabkan itulah, ancaman untuk menubuhkan sebuah parti baru yang akan tunduk sujud kepada DAP, perlu dibuat.

Tambahan pula dengan kecelaruan PKR yang diberikan pilihan oleh DAP sama ada untuk meneruskan hubungan dengan DAP dan memutuskan hubungan dengan PAS atau sebaliknya...


2 comments:

  1. "Manusia merancang, ALLAH juga merancang dan ALLAH sebaik2 PERANCANG" siapa yang tak yakin pada firman ALLAH, dia bukan lah orang yang beriman. Ramai yang mengaku Muslim tapi tak beriman. Islam hanya pada nama dan pakaian.

    ReplyDelete
  2. Khalid Gereja beriman seperti yang Allah kehendaki ke?

    ReplyDelete