Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata ini ekoran PRB yang akan ditubuhkan selepas Hari Raya Aidilfitri sekaligus akan menjelaskan kedudukan PAS yang sebenar.
Sehubungan itu katanya, PAS sendiri akan terkeluar daripada PRB secara automatik.
"Pakatan Rakyat Baru (nanti apabila ditubuhkan) bermakna PAS sudah tiada lagi. Jadi Pakatan Rakyat Baru ini adalah satu pakatan baru.
"PAS tidak ada lagi dalam PRB," katanya kepada Antarapos dalam satu temubual eksklusif yang diadakan di sini hari ini.
Malah tegas bekas Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah itu juga PRB tidak lagi memerlukan kata persetujuan PAS.
Ini kerana katanya PAS tiada kuasa lagi untuk memutuskan menerima parti baru yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
"Tidak perlu lagi PAS membuat pendirian sama ada untuk menerima atau tidak parti baru...dalam PRB ini dianggap sebagai baru, bukan kesinambungan yang lama.
"Pakatan Rakyat yang lama kita anggap sebagai bubar dan diganti dengan yang baru," katanya lagi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor dalam pada itu berkata seramai kira-kira 10,000 ahli PAS secara senyap akan menyokong parti baru yang akan ditubuhkan itu.
Tindakan ahli senyap itu katanya sudah pun diterjermahkan dengan meninggalkan PAS secara perlahan-lahan dan seorang demi seorang.
"Kita sudah lihat ada satu majlis ramai-ramai meninggalkan PAS sudah pun berlaku, contohnya di Jelebu sudah pun berlaku dan ada orang perseorangan sudah pun menulis surat untuk tinggalkan PAS.
"Saya rasa perkara ini akan berlaku kerana golongan yang akan meninggalkan PAS ini bersama parti baru ini lebih diyakini untuk hadapi pilihan raya, jadi sudah tentulah pada satu masa PAS akan menjadi satu parti yang lebih kecil," katanya.
PasMA baru-baru ini mengumumkan mahu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah parti baru selepas Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
Phahrolrazi berkata usaha tersebut dilakukan pihaknya demi memastikan Pakatan Rakyat terus "hidup".
Malah katanya, parti baru berkenaan bakal mengambilalih peranan yang dimainkan PAS dalam pakatan pembangkang sebelum ini. (ANTARA POS)
Ikut la .. game Dap igs ..itulah kehendak kumpulan kamu .. Pahrol rozi .. Ketentuan dari Allah .. bukan dari kamu !!
ReplyDeletepersoalannya...knp dap sgt anti dgn pas?
ReplyDelete1. adakah krn hudud...x lojik...pas bkn baru...dari dulu dap dh tau dasar pas
2. krn undi cina? separa lojik...dap dah menguasai undi cina...so mungkin dia nk tunjuk dap x takut melayu...but why?
3. krn undi melayu? x lojik...knp nak undi melayu dgn menghina org melayu sedangkan melalui pas...melayu mendekati dap
4. krn ros? ada lojik...mungkin bn dah peras ugut dap...ada perjanjian blkg mati...lemahkan pr...dap still survive dgn undi cina...tp pkr akan tersungkur excpt kawasan majoriti non malay...pas mungkin akan tertempias jgk...tapi bn selamat..najib xkan bodoh sgt tak guna leverage ros...smpi skrg pun ros x buat keputusan lagi...so...follow najib order...or ros bubarkan dap...well u can go to court...tapi court nak bersidang...mkn 2 to 3 years...in the mean time dap sure berpecah...igt semua dlm dap mangkuk lks lge semua ke? ros batal...berebut depa tubuh dap baru...so dap akan berpecah dan terkubur...so demi survival dap...lemahkan pr utk bg ruang bn menang pru14...dap survive...bn or umno survive...imagine...dgn 1mdb, gst, ringgit merundum, rosmah...yet najib still konfiden...igt najib konfiden kosong ke...so dun b surprise klu ada early pru...once pr betul2 pecah...things will fall into their places and boom...tapi kene tabik kt dap...depa buat kerja halus dgn menggunakan org dalam pas sendiri...gunakan keldai utk usik core belief of pas...seolah2 mcm gunakan org dalam dap utk buang kecinaan dlm dap...sure akar umbi memberontak...and itu yg dap nak..an excuse to destroy and weaken pr...kesian keldai2..they think they were doing benda suci...
Sekiranya kita tak bersetuju dengan sesaorang/kumpulan tak payahlah mengelar dengan bermacam panggilan.Lebeh baik tutup saja cerita-cerita yang hendak didedahkan tentang mereka.Umpamanya dulu kita bukan main lagi tatang TDM kemudian kebelakang ini lain pula cakapnya,kata senang U turn,bukan kita pun jatuh dalam kalangan barua juga?.Tepuk dada tanya selera.
ReplyDeleteMr McGoo ... hehehe
ReplyDeleteLO! YOU (MUSLIMIN: MALAYS )ARE THE ONES WHO LOVE THEM (KAFIR INFIDEL ) BUT THEY (KAFIR INFIDEL ) NOT LOVE YOU (MUSLIMIN:MALAYS ),AND YOU (MUSLIMIN: MALAYS )BELIEVE IN ALL THE SCRIPTURES (TORAH: TAURAT, GOSPEL: INJEEL ),WHILE THEY DISBELIEVE IN YOUR BOOK Al QURAN. AND WHEN THEY (KAFIR INFIDEL ) MEET YOU (MUSLIMIN: MALAYS ),THEY SAY, "WE BELIEVE ".BUT WHEN THEY ARE ALONE, THEY BITE THE TIPS OF THEIR FINGERS AT YOU (MUSLIMIN: MALAYS ) IN RAGE. SAY "PERISH IN YOUR RAGE ".CERTAINLY. ALLAH SWT KNOW WHAT IS IN THE BREAST (ALL THE SECRETS ). S.Al IMRAN .V.119
ReplyDelete