Cerita FELDA tak ada air semasa musim perayaan, bukan cerita baru. Jengok-jengoklah keluhan anak-anak FELDA di Facebook, kita akan diketemukan dengan banyak rungutan tentang bekalan air yang sudah keputusan hampir seminggu atau dua hari sebelum raya, kepala paip hanya keluar angin atau langsung tak berbunyi.
Ini bukan masalah tahun ini... bukan masalah raya ini...
Ini masalah sudah bertahun-tahun. Setiap kali didedahkan, setiap kali itulah juga akan kedengaran alasan, PAIP PECAH... INI MASALAH TERPENCIL... INI ADALAH KEBETULAN.... KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN SEDANG DIJALANKAN dan seribu satu macam alasan yang seperti sudah dicetak dan digantung di dinding tukang pemberi alasan.
Sebabnya ialah, alasan-alasan yang sama kita dengar dan diberitahu.
Tetapi masalah air tidak pernah selesai. Bekalan air tidak pernah dipertingkatkan. Asal musim raya saja, mulalah bekalan air bermasalah. Malah di sesetengah FELDA seperti FELDA Bukit Rokan Utara, Gemencheh sudah seminggu sebelum raya lagi, bekalan air sudah tidak ada. Kononnya ada paip pecah.
Anehnya, paip yang pecah itu, tahun lepas pun, alasan yang sama juga pecahnya. Lokasi yang sama juga.
Agaknya, paip yang pecah itu diperbuat daripada botol mineral kut?
Tu pasal ler asyik pecah saja....
Baru bercakap tentang bekalan air... belum lagi bercakap tentang beberapa kontroversi melibatkan Pengurus-Pengurus FELDA termasuklah isu penjualan buah sawit....
Takkan nak jadikan FELDA sebagai kawasan perang pulak kut? Takkan didedahkan semua benda termasuklah perangai sesetengah Pengurus FELDA yang berlagak seperti Maharaja Sang Dewataraya, baru terkelam-kabut nak bagi alasan dengan pelbagai retorik yang akhirnya terpulang semula ke atas kepala Najib Abdul Razak!!!
Masalah air adalah masalah negeri bukan masallah felda.
ReplyDeleteMmg dh kebiasaan..setiap kali raya mesti air x der disebabkan permintaan tinggi drp kuantiti pengeluaran air..selalunyal mlm raya hingga raya ketiga mmg tiada air..di tempat saya felda sg kemahal triang pahang ini dkt 45 tahun mmg mcm ini..jd saya menyarankan agar setiap rancangan felda mempunyai tangki simpanan air..skrg ni semua rancangan felda mmg tiada tangki simpanan air..saya berharap pihak FELDA dpt membina tangki air utk masa hadapan..
ReplyDeletesbb bila hari raya , anak felda kat selangor dan KL bawak sial masing masing ke felda. tu yg jadi sial sampai tak de air. setengah tu bawak lori dan tong air buat bekalan balik ke selangor.
ReplyDelete
ReplyDeleteMasa TS Dr Yusuf Noor dulu takde lah pelik cerita Felda ni kecuali kes2 terpencil, ni bila mamat nogori jadi boss banyak hal jadinya.
Apadaa...
Bukan felda je yang tak ada air.. hampir semua kampung mengalami masalah tekanan air rendah setiap kali musim perayaan. Oleh itu, memang betul bukan hanya masalah felda dan kerajaan negeri perlu memikir dan memikul tanggungjawab untuk meningkatkan tekanan air ke kampung- kampung setiap kali cuti musim perayaan.
ReplyDeleteTindakan sebotaj kerana air di bawah syarikat air bukan felda.
ReplyDeleteKena siasat syarikat air mana tau sarang pkr, dap atau GBH.
Yang kena tuduh felda yang buat onar tak kena pulak.