Pages

Sunday, July 19, 2015

KIT SIANG TAK PUAS HATI, KENAPA PEMIMPIN UMNO YANG JUMPA JUSTO, TIDAK DIBISING-BISINGKAN SEPERTI TONY PUA KENA!!!


Entah apa khabarlah Tony Pua....

Tony Pua seperti terpaksa meminta nyawa daripada Lim Kit Siang untuk menyelamatkannya selepas Polis Thailand dan Singapura mendedahkan pertemuannya dengan Justo di Hotel Fullerton, Singapura dalam rancangan untuk menjatuhkan dan menggulingkan kerajaan sah Malaysia menerusi penggunaan isu 1MDB yang telah dipinda dan ditokok tambah agar kelihatan sangat buruk.

Tidak hairanlah mengapa Tony Pua begitu berhempas pulas berusaha agar rakyat Malaysia mempercayai hujah-hujahnya tentang 1MDB, malah dia jugalah yang paling lantang bercakap mendahului keputusan PAC berhubung siasatan salahlaku dan penyelewengan dalam 1MDB.

Pendedahan yang dibuat oleh Polis Thailand dan Polis Singapura menyebabkan sebilangan pihak di Malaysia, khususnya DAP terpaksa menggunakan khidmat FOSIL JURRASIC mereka, Lim Kit Siang untuk cuba mengalihkan perhatian.

Berita tentang penglibatan seorang pemimpin merangkap ahli UMNO yang turut bertemu dengan Justo di Singapura, telah digunakan oleh Lim Kit Siang untuk membela Tony Pua. Lim Kit Siang mempersoalkan tentang ketiadaan sebarang respons daripada para pemimpin UMNO dan Kerajaan tentang penglibatan pemimpin/ahli UMNO itu berbanding reaksi yang ditunjukkan ke atas Tony Pua.

Sesuatu yang menarik ialah, ahli-ahli dan pemimpin UMNO ini kerapkali dilabelkan kepada golongan yang dilihat banyak bercakap tentang UMNO tetapi sebenarnya adalah penentang UMNO seperti seorang bekas pemimpin Cawangan yang kalah dan kemudiannya melakukan hasutan serta fitnah ke atas Najib Abdul Razak, tetapi seringkali dikatakan sebagai BLOGGER/PENGULAS POLITIK PRO-UMNO, sekalipun dia sebenarnya adalah orang Anwar Ibrahim.

Jadi, tidak mustahil, pemimpin atau ahli UMNO yang dimaksudkan itu adalah orang seperti 'blogger pro-umno' yang dilabelkan oleh media pro-Pakatan. Yang pasti dan yang soheh ialah, TONY PUA adalah orang yang paling galak bercakap tentang 1MDB, yang paling kuat menyalak tentang 1MDB, yang paling melenting dan mendahului Pengerusi PAC dalam membacakan hasil siasatan ke atas 1MDB walaupun dia sendiri merupakan sebahagian daripada PAC.

Cubaan Kit Siang untuk cuba mengalihkan kesalahan kepada 'ahli/pemimpin UMNO' yang didedahkan itu, tidak dapat mengalihkan Tony Pua daripada dakwaan telah bertemu dengan Justo (BACA DI SINI)!!!

Dalam satu perkembangan yang lain, Tony Pua mengancam dengan tindakan undang-undang apabila mencabar mana-mana pemimpin Barisan Nasional menamakannya secara rasmi sebagai salah seorang yang bertemu dengan Xavier Justo di Singapura. (BACA DI SINI)

Persoalannya, apakah Tony Pua akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan Thailand dan Kerajaan Singapura berbanding keberaniannya ke atas Kerajaan Malaysia?


No comments:

Post a Comment