Pages

Monday, July 20, 2015

PERLUMBAAN DUA PEMANDU HONDA DAN LANCER CELAKA, HAMPIR MEMBUNUH SEPASANG SUAMI ISTERI, ANAK DAN ADIK MEREKA DI SUNGAI RAMAL!!!


Balik dari Putrajaya, dalam pukul 4.05 petang. Ingat sebab Abang Handsome Samsudin Sham tengok jam tangan dia. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami bersembang. Happy sebab kami buat keputusan untuk sambut raya bersama orang lain di kediaman PM.

Masa tu dah dekat nak sampai ke Sg. Ramal. Tengah syok bersembang, tiba-tiba sebuah kereta Honda Civic memotong kereta kami dari sebelah kiri dengan laju giler sampai tergamam saya dibuatnya. Honda tu memecut laju, mencelah masuk ke ruang kosong di depan kereta kami dan terus ke lorong paling kanan, MENGEJAR sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang dipandu laju giler juga di lorong kanan. Jelas, kedua-dua buah kereta itu berlumba.

"Dah gila ke apa budak-budak ni?" gerutu saya.

Abang Handsome pula kata, "Ini accident karang ni. Tengoklah. Mesti accident!"

Tak sampai lima saat, kami terdengar bunyi berdentum dan serentak, saya ternampak sebuah van putih melambung ke kiri, terbalik dan menghentam tiang papan tanda. Saya menjerit terkejut dan suruh Abang Handsome berhenti. Kami turun dari kereta. Abang Handsome bergegas mendapatkan van putih itu. Dialah orang pertama yang sampai di van putih itu dan menjerit sambil melambai meminta tolong orang ramai menolak van yang terbalik untuk menyelamatkan mangsa. Saya pula menelefon 999. Ramai yang membantu. Melayu, Cina dan India. 1Malaysia. Mangsa; pasangan muda, anak mereka dan adik lelaki pemandu. Mereka baru menghantar pekerja mereka selepas menyambut hari raya.

Ambulan sampai. Saya ikut ambulan yang membawa mangsa perempuan dan adik iparnya ke Hospital Serdang untuk membawa anak kecil pasangan muda itu ke sana. Abang Handsome bawa kereta ikut dari belakang.

Kami tunggu sehingga ahli keluarga mangsa sampai kerana anak kecil itu hanya mahu dengan saya sahaja. Selepas ahli keluarga mangsa sampai, kami tunggu lagi sehingga mereka memastikan tiada duit atau barang kemas mangsa, yang ditanggalkan oleh jururawat dan diserahkan kepada saya, hilang. Selepas itu barulah kami balik.

Pemandu kereta Honda itu juga cedera tetapi dia tidak langsung dipedulikan oleh sesiapa. Mujurlah tiada yang membelasah dia. Dia tak boleh lari sebab cedera dan juga sebab kenderaannya rosak teruk. Kereta Mitsubishi Lancer terus melarikan diri. Tak apa. Kifarah akan mengejar dia! Dia tak boleh lari ke mana-mana. Pemandu dan penumpang Honda itu pun pasti akan menerima hukuman. Mereka dibawa ke hospital yang sama dengan mangsa. Dan ramai saksi kemalangan yang berikrar akan membuat laporan polis. Mereka berdua tak akan terlepas dari hukuman. Meringkuklah kamu di dalam penjara sebab kami nampak memang kamu berlumba.

Selepas melihat kemalangan tadi, saya yakin 8 buah kereta Myvi yang telah menyebabkan sepasang suami isteri dan anak mereka maut beberapa bulan yang lalu, berlumba sesama sendiri. Memang sah! Semoga mati di tali gantunglah kamu kerana kamu sengaja berlumba sehingga menyebabkan orang lain kehilangan nyawa. Alangkah bagusnya kalau kamu yang mati malam itu!

Kredit - Elee Mardiana -  MY MEDIA HUB

1 comment:

  1. Heal their pain and wounded o ya allah azzawajaalll.......en. sesungguhnya.....

    ReplyDelete