Pages

Monday, July 20, 2015

RAFIZI RAMLI NAFI KENAL LESTER MELANYI... MENGULANGI KEMBALI PEMBOHONGANNYA TENTANG 'KAJANG MOVE' YANG TERKANGKANG!!!


Rafizi Ramli terkelam-kabut membuat penafian yang dia mengenali Lester Melanyi, bekas kakitangan Sarawak Report dan Free Sarawak Radio. Malah dia juga menafikan pernah bertemu, berbincang mahupun memberikan arahan kepada Lester Melanyi. Pada masa yagn sama, dia juga menyerang Ramesh Rao dan melabelkan Abdul Rahman Dahlan, Ramesh Rao dan Lester Melanyi sebagai orang yang tidak boleh dipercayai.

Baca kenyataannya di bawah:

Saya menyeru rakyat meneliti kredibiliti nama-nama yang terbabit di dalam perkara ini:

1. Datuk Abdul Rahman Dahlan dikenali sebagai penyokong kuat Dato’ Seri Najib Tun Razak. Sebagai seorang ahli politik junior yang kalah di bahagian sendiri (beliau tewas bertanding Ketua Bahagian Umno Kota Belud), beliau telah mendapat manfaat besar dari Dato’ Seri Najib Tun Razak sehingga dilantik menjadi Menteri Persekutuan. Sudah tentu beliau mempunyai kepentingan (vested interest) untuk mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan apa cara sekalipun kerana jika ada Perdana Menteri baru, besar kemungkinan beliau digugurkan dari kabinet dan kerjaya politik beliau akan tamat.

2. Ramesh Rao Krishnan Naidu yang membuat laporan ini adalah seorang pesuruh bawahan yang selalu digunakan untuk menghentam pimpinan pembangkang selain membuat laporan-laporan polis tidak berasas. Malah, beliau dilihat pernah melobi untuk dilantik menjadi senator bagi menggantikan P. Waythamorthy yang meletakkan jawatan seperti yang ditulis di laman-laman maya http://tenteramaya.blogspot.com/…/ramesh-rao-krishnan-naidu…

3. Lester Melanyi adalah seorang bekas wartawan yang pernah menimbulkan kontroversi dan mengundang kemarahan umat Islam dalam tahun 2006 dahulu apabila sebagai editor, akhbarnya Sarawak Tribune menyiarkan kartun Rasulullah sebagai pengganas, seperti dilaporkan http://www.thesundaily.my/node/175163

Hakikatnya ketiga-tiga orang ini yang membuat dakwaan ini adalah individu-individu yang berkepentingan. Ramesh Rao dan Lester Melanyi pula mempunyai latar belakang yang meragukan dan bukanlah sumber maklumat yang boleh dipercayai.

Oleh itu, saya sekali lagi menafikan dakwaan yang dibuat dan telah mengarahkan peguam-peguam saya meneliti dengan tujuan mengambil tindakan saman terhadap Ramesh Rao dan individu-individu lain dalam masa yang terdekat.
RAFIZI RAMLI 
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN


Nampaknya, kali ini Rafizi Ramli sudah terperangkap dengan permainannya sendiri. Dalam kenyataannya berhubung cincin Rosmah Mansor bernilai RM24 juta, katanya dia bergurau. Sekaligus segala kempen, ceramah, hasutan dan fitnah jahat yang dilakukannya selama ini, cuba dihalalkan dengan label, GURAUAN.

Kini, Rafizi Ramli melabelkan orang lain sebagai tidak boleh dipercayai dan meragukan hanya semata-mata kerana namanya disebut dan dikaitkan dengan pengkhianatan menerusi penggunaan data-data curi yang telah dipinda dan kemudian dipolitikkan untuk menggulingkan sebuah kerajaan yang sah di Malaysia.



Pastinya anda masih ingat dengan LANGKAH KAJANG yang terkangkang ketika PRK Kajang tahun lepas. Begitu berbangga dengan Langkah Kajang yang diperkenalkannya tetapi kemudian segera menafikan dengan penafian PALING BANGANG dengan merujuk kepada 'FOR YOUR EYES ONLY' sebagai satu kesilapan yang menunjukkan dokumen tersebut adalah palsu, sehingga ke hari ini, Rafizi Ramli yang cukup kuat mengacum dan membuat laporan polis, tidak berani langsung meminta polis menyiasat dan mendedahkan tentang LANGKAH KAJANG yang cuba menobatkan Anwar Ibrahim yang kemudian bertukar kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.

Beberapa langkah dalam dokumen LANGKAH KAJANG (KAJANG MOVE) yang berjaya dibongkar, menunjukkan sebahagian daripada serangan yang berlaku pada hari ini, mempunyai kaitan langsung dengannya.

Rafizi sudah tersangkut nampaknya. Kalau Tony Pua ada Lim Kit Siang, Rafizi Ramli pula hanya mampu berbekalkan PENYAKIT BERBOHONGnya yang sudah mendarah daging!!!

Nafilah apa pun, yang pasti, Rafizi Ramli tidak pernah berani bercakap tentang LANGKAH KAJANG dan segala KEBETULAN YANG SEDANG BERLAKU DI NEGARA ini yang kelihatan tersangat sama dengan perancangan dalam LANGKAH KAJANG!!!


3 comments:

  1. Kebodohan MP P•ndan ni sama macam kebodohan punahsihat najib menggunakan tv3 menghentam Tun M...agak2 budak2 Najib dapat nasihat puak pkr kot..

    ReplyDelete
  2. Dapat soalan bocor bolehlah lulus exam. Boleh percayakah. Entah-entah selama ini semuanya tipu berlaka.

    Rakyat dah tak yakin dengan Mamat ni. Cuma golongan yang seangkatan dengan dia sahaja hebat klentong satu dunia.

    ReplyDelete
  3. DIA GURAU JER TU.....BIASA LA PONNNDAN.

    ReplyDelete