Jam 7:30 malam tadi, negara mencatatkan satu lagi sejarah apabila bekas Perdana Menteri yang sepanjang pentadbirannya begitu mengeji semua bentuk demonstrasi, menghadirkan diri di lokasi demonstrasi BERSIH 4.0 diadakan.
Pada penghujung 1990-an, ketika Mahathir memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan kabinet dan keahlian UMNO, siri demonstrasi besar-besaran telah diadakan. Malah Naib Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu, memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada demonstrasi besar-besaran berkenaa menyebabkan Mahathir mengambil langkah menggunakan undang-undang untuk mengembalikan keamanan negara ini selain memperkukuhkan kuasanya, juga dengan undang-undang.
Apa label yang tidak diberikan kepada warga yang berdemonstrasi.
Hari ini, Mahathir menelan semua label yang diberikannya itu, malah menafikan apa yang diperkatakannya sebelum ini tentang demonstrasi menggulingkan kerajaan (
rujuk sini) apabila dia sendiri hadir ke demonstrasi tersebut ketika kebanyakan umat Islam sedang bersolat maghrib.
Tiada ucapan yang diberikan oleh Mahathir ketika dia hadir di persimpangan jalan itu tetapi kehadirannya mendapat sambutan hangat daripada para penyokong DAP yang masih berkumpul di situ. Malah kehadirannya dianggap sebagai satu inspirasi kepada mereka untuk terus berkumpul dan berdemonstrasi agar Najib Abdul Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Umum mengetahui, walaupun Malaysiakini cuba melakukan spin berita dengan menyatakan lebih 200,000 orang telah hadir dalam demonstrasi BERSIH 4.0 namun berdasarkan
daripada perbualan di kalangan para peserta demonstrasi BERSIH 4.0 sendiri, ketiadaan PAS menyebabkan jumlah penyertaan Melayu di dalam demonstrasi ini jauh berkurangan.
Sekaligus secara
tidak langsung, jumlah yang diperkatakan iaitu 200,000 orang, boleh sangat dipertikakan. Apatah lagi, kebanyakan gambar mahupun video ang dipaparkan menerusi media-media sosial,
tidak langsung menunjukkan
dan membenarkan jumlah 200,000 orang sepertimana yang cuba diputarbelitkan oleh Malaysiakini.
Justeru, kehadiran Mahathir di lokasi BERSIH 4.0 akan digunakan sepenuhnya dalam tempoh 12 jam ini untuk mendapatkan sokongan serta penyertaan daripada orang Melayu seramai-ramainya bagi menggambarkan desakan untuk Najib turun daripada jawatan adalah kuat dengan sebahagian besar daripada mereka adalah KUASA CINA yang telah mengawal ekonomi malah politik negara ini semenjak dari zaman merdeka lagi.
Tanda tanya kini timbul dan mula diperkatakan, apakah PERKASA yang kuat menyokong Mahathir, akan menyertai DAP setelah Mahathir sendiri seakan-akan memberikan persetujuan dan sokongan kepada usaha DAP untuk menguasai negara ini menerusi demonstrasi?
Adakah beberapa pertubuhan Melayu lain yang sebelum ini cukup anti dengan DAP, akan meninggalkan fahaman dan kebencian serta syak wasangka mereka kepada DAP dengan beramai-ramai menyertai demonstrasi DAP atas nama BERSIH 4.0 esok?
Beberapa pihak sebelum ini, marah kerana pihak parti politik terutama sekali PKR dan DAP yang dikatakan cuba merampas BERSIH 4.0 dengan agenda politik mereka.
Apakah pendapat dan kemarahan tersebut telah berkurangan dengan kehadiran Mahathir dan sokongan yang diberikan?
Bagaimana pula dengan para penyokong yang sebelum ini membabi buta mengikut lidah DAP dan pemodal-pemodal kapitalis yang telah banyak mendapat keistimewaan sewaktu Mahathir berkuasa dahulu?
Atau adakah ini merupakan satu game yang menyebabkan Najib akan mengambil tindakan lebih drastik, lebih keras, malah tidak akan peduli lagi dengan segala tuntutan daripada kaum kapitalis yang telah banyak mengaut keuntungan serta kekayaan negara ini?
Walaupun Mahathir tidak menyatakan sokongan secara lisan, walaupun Mahathir tidak mengangkat placard atau kain pemidang, malah walaupun Mahathir mungkin sekadar meninjau persiapan Hari Kebangsaan pada waktu maghrib bermula dari lokasi para DAP berkumpul untuk menggulingkan Najib dan Kerajaan Malaysia, yang pastinya ia adalah isyarat yang boleh diputarbelitkan oleh DAP dan rakan-rakan sekongkolnya.
Apa yang boleh kita lakukan lagi... Tunggu sajalah....