Pages

Tuesday, August 11, 2015

ADIK KANDUNG ZAHID BINCANG DENGAN BANGLADESH UNTUK URUS KEMASUKAN 1.5 PEKERJA NEGARA ITU KE SINI DAN JAWAPAN ZAHID!!!



Malaysiakini sudah pun 'meninggalkan' Muhyiddin Yassin dan sekarang menjadikan Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang menggantikan sebagai Muhyiddin Yassin sebagai sasaran untuk menimbulkan ketidakpercayaan sekaligus mencetuskan kemarahan awam.

Baca apa yang ditulis dan disiarkan oleh Malaysiakini:

Sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.

Real Time Networking Sdn Bhd, di mana adik Zahid - Abdul Hakim Hamidi - adalah pengerusi eksekutifnya, mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian di mana, dengan bayaran, pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia.

Zahid juga adalah menteri dalam negeri, dan kelulusan bagi pekerja asing ke Malaysia adalah di bawah bidang kuasa kementeriannya.


Sistem dalam talian Real Time - yang dikenali sebagai Workforce Management & Networking System (Workman) - adalah sama seperti yang disediakan oleh Bestinet, firma yang dimiliki oleh bekas menteri dalam negeri, Datuk Azmi Khalid.

Perjanjian Bestinet dengan kerajaan digantung pada awal tahun ini selepas bantahan agensi pekerjaan di negara penghantar, terhadap bayaran perkhidmatan yang tinggi.

Ketika dihubungi, Hakim mengesahkan perkara itu tetapi menekankan bahawa ia bukan satu kontrak kerajaan.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah dengan kerjasama Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira).

"Kami mempunyai model sistem di mana kita akan mendapat bayaran untuk satu pakej (perkhidmatan) dan kita boleh menghantar orang (dari Bangladesh) untuk 60,000 taka Bangladesh (RM3,000), termasuk tiket penerbangan.

"Ini bukan kontrak kerajaan. Ya, kerajaan mereka perlu meluluskannya kerana ia melibatkan rakyat tetapi mereka hanya memantau," kata Hakim.

Jika diluluskan, agensi-agensi seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Manusia akan dihubungkan dengan sistem Real Time dan semua agen pekerjaan mesti melalui Real Time untuk menghantar pekerja ke Malaysia.

Beliau juga menafikan dakwaan berlaku nepotisme, dengan alasan bahawa beliau berpengalaman dalam bidang tersebut.

"Abang saya seorang menteri tetapi saya seorang ahli perniagaan. Ini sebuah negara demokratik dan saya boleh buat apa-apa pun, selain daripada menjadi pengedar dadah," katanya kepadaMalaysiakini.

"Di Malaysia ni susah sangat. Mereka kata jika abang saya seorang menteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka mahu kami semua jadi penganggur," kata beliau yang kini berada di Dhaka.


Ini pula adalah jawapan daripada Zahid Hamidi:

PUTRAJAYA, 11 Ogos - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini di dalam sebuah portal pro pembangkang dikatakan beliau memberikan satu surat kelulusan kepada salah sebuah syarikat yang dikatakan milik adik beliau.

Ia adalah satu kertas cadangan dan bukanlah surat kelulusan atau award letter.

Di katakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri itu sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.

Di dalam surat itu, jelas tertulis bahawa "Sila ambil maklum untuk perbandingan," dan tidak langsung mengatakan atau arahan yang memberi terus atau kelulusan terhadap syarikat
Real Time Networking Sdn Bhd, di mana adik Zahid - Abdul Hakim Hamidi - adalah pengerusi eksekutifnya.

Kertas cadangan tersebut mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian di mana, dengan bayaran, pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia.

Oleh yang demikian, tidak seperti yang dilaporkan oleh media pro pembangkang yang mana cuba mewujudkan satu persepsi negatif terhadap Ahmad Zahid yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri.

Menurut sumber dari Kementerian Dalam Negeri, Pihaknya masih dalam proses mengkaji dan membuat perbandingan kertas kerja tersebut sebelum dibentangkan semula.

Jadi ia bukan merupakan satu isu atau kesalahan yang dilakukan oleh Menteri berkenaan dan segala penilaian dan kajian terhadap kertas kerja berkenaan masih lagi dalam proses dan tiada sebarang kelulusan mahupun isu telah diberi surat kelulusan bagi projek yang telah dilaporkan oleh media pro pembangkang itu.

5 comments:

  1. Tak habis2 kena serang oleh puak2 dapig dan barua2 mereka.

    BILA KITA NAK SERANG BALIK? RAKYAT DAH PENAT MEMBELA DAN MENJAWAB SETIAP FITNAH OLEH PUAK2 DAPIG CILAKA DAN MEDIA2 SIAL PUAK DAPIG.

    SUDAH TIBA MASANYA UNTUK KITA MENYERANG SETIAP PEMIMPIN2 DAPIG DAN PGAYR!!

    NAK TUNGGU SAMPAI JAHANAM NEGARA NI BARU NAK BERTINDAK?

    ReplyDelete
  2. durian runtuh..harap ds zahid tak pening macam seorang bekas menteri kdn zaman pak lah dulu hingga melepaskan jawatan..
    sepatutnya kerajaan dah bertindak naiktarafkan industri pertanian/perladangan supaya golongan muda negara sesuai dgn pasaran kerja tersebut..

    ReplyDelete
  3. ko putar mcm mana pun, besok adik zahid dpt jugak projek ni.....siapa nak betting??

    ReplyDelete
  4. Apa masalah nya kalau kertas cadangan itu bagus.

    ReplyDelete