Kebelakangan ini, terlalu banyak fitnah yang telah dibuat menggunakan media sosial terutama sekali Facebook dan WhatsApp atau Telegram untuk mencapai matlamat serta maksud itu.
Terbaru, adalah fitnah yang cuba menunjukkan kononnya DYMM Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor serta Kerajaan Negeri Johor memulaukan Najib dan isteri. Kononnya pesawat yang digunakan oleh Najib dan rombongannya tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Bukti yang dipertunjukkan adalah kereta-kereta eksekutif yang digunakan untuk membawa Najib dan isterinya ke perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Itu pun mampu untuk dispin dan kemudian dijadikan bahan fitnah.
Kemudian gambar-gambar sekitar sambutan Hari Kebangsaan Republik Singapura pula dijadikan modal untuk melangsungkan fitnah.
Paling ketara adalah gambar-gambar yang menunjukkan bagaimana DYMM Sultan Johor dan TMJ tidak pedulikan kehadiran Rosmah dan Najib. Diselitkan di situ, kononnya Sultan dan Tengku Mahkota tidak hormatkan Najib dan isterinya, Rosmah.
Bahkan gambar Rosmah berjalan di hadapan seolah-olah dia mengetuai Najib, turut disebarkan dan kemudian disertakan dengan kapsyen-kapsyen yang jelas menunjukkan ketidakmatangan fitnah yang cuba dilakukan.
Hakikatnya, penjelasan yang diberikan tidak menarik minat. Malahan penafian yang melibatkan Rosmah juga dianggap sebagai tahi di tepi jalan. Mereka lebih percaya kepada fitnah dan enggan menerima kenyataan bahawa Rosmah perlu berada di hadapan kerana tempat duduknya telah diatur oleh penganjur dan dia perlu mendahului Najib untuk duduk di tempat duduknya. Malahan kalau kita perhatikan kedudukan TMJ dan DYMM Sultan Johor pun, hampir mustahil TMJ memberikan laluan kepada ayahandanya terlebih dahulu untuk berjalan di hadapan dan kemudian berselisih untuk duduk di tempat masing-masing.
Itu baru Najib, Rosmah dan Istana Johor. Belum lagi cerita fitnah melibatkan orang awam.
Hakikatnya, si penyebar gambar itu sendiri memperakui bahawa tindakannya itu adalah 'suka-suka' dan bertujuan untuk 'bergurau' lantas membuat permohonan maaf kepada DBI.
Sudah sampai masanya kementerian dan pihak berkuasa mengetatkan penggunaan media sosial yang terlalu bebas masakini. Rasa-rasanya, DAP dan PKR yang kuat menentang perlaksanaan undang-undang multimetia yang ketat sekarang ini pun, akan berubah pandangan apabila mereka pula yang difitnah dan diperlihatkan sebagai hodoh!
Belum kena dan asyik mengena saja, memanglah pandai bercakap. Kalau dah terkena, kelam-kabutlah nak guna semua undang-undang sepertimana Lim Guan Eng arahkan pihak polis tahan pendemonstrasi daripada menghampiri KOMTAR tidak lama dahulu walhal demonstrasi terhadap Kerajaan Najib, bukan main lagi dia sokong.
Fitnah memfitnah tabiat yang dimulakan oleh pondan2 macam fizi dan tiang chuak....maklum la, pondan yang tengah kecewa sebab kekasih sudah masyuk Sg Buloh University. Dah jadi kemaruk, hari2 2 ekor lakhanat kafir dan si murtad ni cipta fitnah.
ReplyDeleteSorang menyembah tokong, yang sorang lagi dah tak takut tuhan sebab kepala dah songsang bagai.