Menteri yang paling awal membuat kenyataan berhubung kejatuhan nilai Ringgit adalah Menteri Pelancongan, Nazri Aziz. Menurutnya, kejatuhan Ringgit adalah permulaan yang baik untuk mengamit lebih ramai pelancong ke negara ini.
Masalahnya, matawang-matawang utama dunia lain juga berhadapan dengan kejatuhan berbanding Dollar Amerika. Sekaligus menjadikan kenyataan dan andaian seperti
Sekaligus, cerita menyedapkan hati pelancong akan datang beramai-ramai ke Malaysia, bolehlah disimpan dalam fail terlebih dahulu.
Dalam keadaan sekarang di mana maklumat dari seluruh dunia melimpah masuk tanpa dapat ditapis-tapis dan pada bila-bila masa, tidak seperti pada zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir dan Perdana-Perdana Menteri sebelumnya, kepimpinan negara tidak seharusnya mengeluarkan terlalu banyak kenyataan yang akhirnya memalukan pentadbiran itu sendiri.
Dalam situasi begini, kerajaan hanya perlu menenangkan rakyat Malaysia dengan penjelasan-penjelasan berikut:
(1) Penjelasan di sebalik kejatuhan nilai Ringgit (walaupun ianya membabitkan teknikal).
(2) Berapa lama keadaan ini akan berterusan dan berapa lama pula Ringgit mampu bertahan.
(3) Bagaimana dengan kesan ke atas ekonomi Malaysia pada tahap makro dan mikro untuk jangka pendek dan jangka panjang.
(4) Apakah langkah yang akan diambil untuk memastikan penurunan ini tidak berterusan dan bagaimanakah kerajaan akan mengatasi masalah ini.
Tolonglah jangan wujudkan ruang untuk rakyat mentertawakan pentadbiran negara menerusi kenyataan-kenyataan separuh masak seperti Ringgit jatuh, pelancong ramai datang ke Malaysia. Sebabnya mudah, ekonomi dan pendapatan rakyat negara ini tidak bergantung sepenuhnya kepada pelanconga. Kalau semua pelabur asing yang berada di negara ini menarik keluar pelaburan masing-masing kerana kejatuhan Ringgit dan kos pengeluaran yang lebih tinggi, kedatangan pelancong ke negara ini tidak akan dapat mengimbangi sama sekali jumlah rakyat dan penduduk negara ini yang tidak bekerja!
standard menteri kabinet kayu
ReplyDeleteKabinet pilihan PM yang dibanggakan..
ReplyDeleteNo point explaining to dumb-ass bloggers..
ReplyDeleteNo matter what u guys blog about, MALAYSIA is still gonna sink along with d poor while d big shots will fly away to another country. Even d young teens knew about this.
Delete"Yes! I'm very happy!"- itu jawapan Nazri masa ditanya tentang kejatuhan ringgit. Itulah level otak kebanyakan kepimpinan kita. Sampai anak dia yg berhingus lagi tapi dah pakai Lamborghini Aventador tu pon bulih ajaq kita cara2 berjimat kononnya.. Belum kira statement2 rasmi 'bodoh' menteri lain. Depa diberi kuasa, undang2 manusia apa pon bulih digubal semula, takut apa. Rakyat marhaen bukan bulih cuit depa pon.. SPRM pon depa, polis pon depa, mahkamah pon depa, PAC pon depa.. Cakap, tangkap. Tulih, akta hasutan.
ReplyDelete-ringgit makin menjunam - ekonomi masih baik.
-barang dapoq makin mahai - harga barang bukan kerajaan tentukan.
-harga makanan melambung - masak sendiri.
-sayur naik - tanam sendiri.
-minyak naik harga 2 bulan sekali - masih antara terendah didunia.
-gula naik mendadak - baguih utk kurangkan diabetes.
-ayam naik - beli ikan.
-harga rumah melambung - jangan beli rumah.
-raya makin dekat - jangan balik raya.
-nilai mengurus panda berjuta2 - baguih utk rakyat tak perlu pi jauh tengok panda.
-harga barang naik sebab minyak selalu naik - rakyat sepatutnya berSYUKUR bila minyak naik!!!
-duit masuk tabung sendiri - oi tu kawan aku bagi la.
- "gula dan tepung naik utk kesejahteraan rakyat".
- "hanya orang bodoh yg bincang soal hudud".
- "pemberian subsidi kepada rakyat adalah satu polisi bodoh".
- "tiada aduan tentang harga naik membuktikan sokongan rakyat pada kenaikan harga".
- "rakyat kerja 9 bulan saja dalam setahun. Lagi 3 bulan kerajaan yg tanggung".
- "golongan PERTENGAHAN adalah golongan yg pakai Mercedes, ada rumah banglo, ada simpanan rm2 juta - rm3 juta".
- "sentuh sikit2 tak apa. Berlakon ja, bukan betui romen".
Yg paling lawak:
- "K-pop menjana rm140 juta utk negara".
Hamjadah semua...
inilah standard menteri dari parti um-nonok. hahahahahahahahahaaaaaaaa
ReplyDeletedulu ade 3 menteri bodoh. hassan malik , mat maslan & nazri aziz. hassan dah bye2. mat maslan dgn nazri yg tak bye2. heran aku kenapa pm simpan 2 badut ni lagi.
ReplyDeleteKenyataan yg begitu tepat, pelancung luar pun negara mereka alami kejatuhan mata wang berbanding USD....maknanya bukan negara kita saja.
ReplyDeleteBut a mismanaged country like this, there is no way back. Already sentenced for demise.Bang bang bang Kaput
DeleteKenyataan TS Nazri itu ada lojiknya bagi kementrian yang dia jaga, jadi menteri lain2 perlu juga keluar kenyataan bagi kementrian masing2. Ini zaman internet perlu juga rakyat didedahkan dengan kepelbagaian maklumat.
ReplyDeletePasai ini zaman internet la setiap statement rasmi perlu lebih berlapik supaya tidak menghiris hati rakyat miskin marhaen macam kami ni. Semua tahu kita perlu berjimat, tapi jangan usulkan perkara yang confirm depa pun takkan buat. Yalah paham la depa perlu keluaq kenyataan bagi kementerian masing2, tapi jangan usul bagai lepaskan tengkuk janji setle interview. Ni yg dok pangkah ni orang kampung petani nelayan semua ni, kena la jaga hati. Kata semua sekolah tinggi, jadi biaqlah ber'hikmah' bila bukak mulut.
DeleteNajib lansing x ada idea utk menaikkan nilai ringgit...tak ada usaha dan idea untuk pertahan ringgit...sedangkan rakyat tahu sapa pengkhianat yg jatuhkan ringgit...orang yg sama masa menjatuhkan nilai ringgit masa 1997....kroni orang sg buloh yg dibantu yahudi soros...org yg sama....tapi najib tak buat apa apa untuk bertindak....pukimak najib dn menetri beliau...bodoh gaji puluh2 ribu...duit derma lagi tapi tak boleh buat apa apa...jangan anggap rakyat bodoh dan tak tau menilai.....najib pemimpin yg dijajah orang asing.....
ReplyDeletedan tak tau menilai
Apa bukti sebab2 kejatuhan nilai ringgit sama spt 1997... tolong jelaskan.... dari mana reference tuan...
DeleteHang pun sama mcm dia tfk.....berhentilah makan duit haram!!!!
ReplyDeleteada satu artikel yang viral membandingkan ringgit dengan mata wang lain. katanya kejatuhan ringgit x seteruk mata wang lain. dia bagi contoh rouble, rupee dll. Benar, ringgit jatuh x teruk, tapi penulis tu terlupa sesuatu..kebanyakan barang yang kita guna hari-hari adalah diimport...x kira berdagang dengan negara mana, kita guna USD. So... harga barang mencanak naik. Ini tak termasuk GST lagi. Maaflah jika apa yang orang xde ilmu ni berkata salah. tapi saya bercakap sebagai seorang pengguna. Kalau saya yang berpendapatan higher middle income boleh mengeluh, bayangkan yang lower middle income and lower income... Harus diingat lebih 60 peratus rakyat di negara ini adalah yang berpendapatan sederhana rendah. hakikatnya kejatuhan ringgit berpunca daripada faktor luaran dan dalaman. Dulu politik kita diyakini stabil, tp kini parti yang memerintah dipandang serong. dari segi pelaburan, persepsi amat penting. so, fikir-fikirkanlah
ReplyDelete@jebat ahmad, zgmail, umnonok, anon 3.36pm, blogger....
ReplyDeleteApa yang dikatakan oleh Menteri Nazri bukan lawak ya, kalau tak cukup pengetahuan baca artikel pelaburan dan tanya usahawan adakah beban jika ringgit jatuh.
Sebenarnya ada baik dan tak baik tetapi tak akan jejaskan ekonomi Malaysia kerana ia bersifat sentimen sahaja. Dan apa yang dikatakan Menteri berkenaan memang tepat sekali.
Ekonomi Malaysia cukup mantap dan kuat. Jangan terikut hujah parti Dapigs iaitu politik longkang...nak bodohkan bangsa Melayu dan burukkan Malaysia sahaja.
Tak pernah pun aku cakap aku pandai. Point aku ialah statement2 rasmi yg keluaq dr mulut depa ni banyak yg mengguris hati rakyat miskin marhaen macam aku ni. Bagi rakyat kasta rendah macam kami ni kami tak nak tau pun tentang artikel atau update pelaburan semua, yg kami mintak ialah secebis rasa penghargaan terhadap kami sebagai rakyat. Mungkin hang tak rasa apa2 bila statement2 rasmi yang mengguris hati macam ni keluaq dari mulut pemimpin2 yg tinggi sekolahnya sebab hang pun orang senang. Tapi bagi kami parutnya cukup dalam. Hang tak payah cerita baguih la tentang ekonomi semua, aku tak penah dengaq crita DAP pon, kita tengok depan mata sudah la. Susah payah hidup ni kami dah biasa susah, cuma mintak depa kalau nak bercakap biaq la pakai otak sikit. Jgn bg usul yg gerenti depa sendiri takkan buat, bg usul lepas tengkuk asalkan selesai interview. Jgn jaga hati orang kaya mcm hang saja, jaga hati org miskin sama.
Delete