Pages

Tuesday, August 11, 2015

ISMAIL SABRI NAK BUKA 'LOW YAT 2' UNTUK PENIAGA MELAYU DI TINGKAT 3 BANGUNAN MARA JALAN RAJA LAUT!!!



Low Yat 2, sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dicadangkan dibuka di Jalan Raja Laut.

Pembukaan pusat itu akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengikut pelan yang dicadangkan Ismail Sabri, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.

"Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya.

"Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MARA di ibu negara pada Selasa.

Pengumuman cadangan Low Yat 2 itu dibuat Ismail Sabri selepas melakukan lawatan ringkas di bangunan MARA sempena majlis tersebut.

"Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan MARA, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.

"Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya.
Pada majlis tersebut, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari sekitar ibu negara. (sumber)


14 comments:

  1. cantik sangat le tu, ayuh bangsa melayu kita beri sokngan perniagaan melayu, boikot perniagaan dan barangan cina

    ReplyDelete
  2. Tak sabar....Best betul kalau ada pusat elektronik dan gadget yang diusahakan oleh Bangsa Melayu/Bumiputera.

    Dari dulu lagi saya dah boikot peniaga2 penipu...jarang beli barang2 elektronik kecuali bila dah betul2 takde pilihan.

    Kalau ada pusat macam Low Yat ke-2 ni, baru lah best dapat membantu peniaga2 Melayu/Bumiputera!

    ReplyDelete
  3. OK..fobia dgn nama low yat ni..bagi nama melayu sikit..tapi risaunya kat situ tempat puak2 yang suka berdemo haram..

    ReplyDelete
  4. Sokong.!!!!!! Sila segerakan dan pastikan tapak tak dijual mrlalui broker ye.

    ReplyDelete
  5. Jangan jadi tempat jual vape la pulak.

    ReplyDelete
  6. To be more competitive gunakan nama Low Yatt ll. Dapat 3 kebaikan..pertama keredhaan Allah atas fardu kifayah..kedua pilihan alternative untok Melayu...ketiga mengingatkan orang Melayu buroknya perangai pemakan kinzir China di Low Yatt l

    ReplyDelete
  7. Menteri mcm ni yg kita tunggu. Mintak yb ismail sabri bukak jln bg pembekal2 besar spare part kete pasni. Dah x thn harga yg kekadang x msuk akal d kenakan peniaga cina.

    ReplyDelete
  8. Here we go again. Buat kerja bodoh. Tak buat market study, business analysis, tiba2 declare nak suruh orang pergi sana. Akhirnya flop. semua kedai jual telekong, kain tudung dan kopiah. malu lah beb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ente ada jual unta ? anna mau unta bikin korban.
      ente jual unta pun ada untung......

      Delete
  9. Idea bagus,bolehlah siapa yg dpt lot sewa kasi Indon atau Bangla. Untung free, senang

    ReplyDelete
  10. Idea yang sangat bagus untuk pembeli melayu dah tak perlu ke Low yatt.Tapi masih ramai yang berfikiran negatif ...kesian sungguh umat melayu ni.semakin layu.

    ReplyDelete
  11. penyakit dengki x habis2..pls proceed menteri..

    ReplyDelete
  12. Bagus sgt cadangan ni...

    ReplyDelete