Pages

Thursday, August 20, 2015

LELAKI TUNJUK DAN URUT ZAKAR KEPADA SEORANG PENUMPANG WANITA LRT, KINI JADI BURUAN POLIS!!!



Rapid Rail Sdn Bhd (RRSB) memandang serius kejadian gangguan seksual seorang penumpang lelaki Transit Aliran Ringan (LRT) yang sengaja memegang dan menunjuk kemaluannya pada penumpang wanita.

Kejadian dan gambar suspek didapati mula tersebar melalui media sosial hingga menimbulkan kebimbangan pengguna pengangkutan awam itu.

Jurucakap RRSB Lim Jin Aun berkata, pihaknya menyiasat kes kelucahan melampau itu yang menjadi viral sejak Jumaat lalu.

“Kami memandang serius kejadian gangguan seksual di dalam tren LRT berkenaan.

“Kejadian gangguan seksual yang berlaku di dalam tren LRT laluan Ampang itu jelas menunjukkan salah laku tidak bermoral,” katanya.

Menurutnya, RRSB berusaha menahan suspek terbabit. (HARIAN METRO)

No comments:

Post a Comment