Bagaimanapun, berita menerusi WhatsApp itu kurang mendapat perhatian dan tidak disebarkan secara meluas, malah langsung tidak menimbulkan sebarang respons daripada Netizen.
Petang tadi, orang yang dikatakan akan membuat laporan bagi membolehkan Tun Dr. Mahathir ditangkap, membuat penafian.
Baca penafiannya seperti di bawah yang telah disiarkan oleh Malay Mail Online:
Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador malam tadi, menafikan yang dia akan membuat laporan polis ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad esok berhubung serangan bekas pemimpin tersebut ke atas Perdana Menteri, dalam satu khabar angin terbaru membabitkan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Satu mesej berteks WhatsApp telah dihantar kepada pihak media awal pagi tadi mendakwa, Abdul Hamid - yang telah ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri minggu ini - akan mengadakan sidang media esok di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Walaupun saya dikerat 12 bahagian, saya tidak akan menfitnah makhluk Allah yang telah memberikan banyak sumbangan kepada negara ini," kata Abdul Hamid kepada Malay Mail Online ketika dihubungi untuk mengesahkan khabar-khabar angin tersebut.
Abdul Hamid sedang bercuti untuk berehat selepas meninggalkan Cawangan Khas semalam.
Menurutnya, dia akan memulakan tugas barunya sebagai Timbalan Pengarah Divisyen Keelamatan dan Transnasional di Jabatan Perdana Menteri pada 2 September.
Zaman penuh dengan fitnah
ReplyDeleteDunia dah uzur..kiamat
ReplyDeleteYang tulis Dear Media friends tu memang bangkai haramjadah.
ReplyDeletewalau apa pun aku percaya dgn 'pengkhianatan' memandangkan betapa tegarnya org tertentu mahu menjatuhakan org no wahid.mungkin ada org yg dah jumpa bukti,tapi dia cuba nak cover.itu yg menyebabkan ada yg di hanyut kan dan ada yg kena pindah dari lubuk yg sama pulak tu.Ini macam yg kata 'hanya takut pada Allah juga tu',biL ekor dah terpijak ,buat-buat lah marah.Ini persepsi aku,tapi persepsi aku ni tak lah seteruk persepsi orang yg percaya 1MDB hilang 42 billion.Gila,sama dgn percaya Devid Coperfield benar-benar hilangkan menara KLCC.
ReplyDeleteSeorang yang jujur dan ikhlas.
ReplyDeletemasa ada kuasa.....jalan mendongak langit. sekarang pandai2 la cari dahan tempat berpaut......
ReplyDelete