PENUBUHAN JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK
1. Kerajaan telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) untuk merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif, khususnya untuk menentukan proses konsultatif di semua peringkat dan mengambil kira pandangan semua pihak.
2. Pelan ini yang akan menangani isu pembiayaan politik adalah penting memandangkan walaupun perkara ini pernah dibangkitkan oleh saya sendiri dengan beberapa pihak lain sejak 2009 lalu, namun ia tidak mendapat sambutan. Selain daripada itu, pada masa ini tidak terdapat peraturan mengenai pembiayaan politik yang boleh menentukan sesuatu itu adalah salah atau tidak, walaupun terdapat beberapa peraturan mengenai perbelanjaan pilihanraya.
3. Justeru, terdapat keperluan mendesak untuk mengawal selia pembiayaan politik bagi memastikan kebertanggungjawaban dan ketelusan demi mewujudkan amalan politik yang sihat. Inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada agenda Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan NKRA untuk mewujudkan tadbir urus dan mekanisme check and balance.
4. JKNMPP akan dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Sri Idris Jala sebagai Timbalan Pengerusi dan Institut Integriti Malaysia (IIM) akan bertindak sebagai Pusat Rujukan dan Rundingcara JKNMPP dengan bantuan sekretariat dan peruntukan disediakan oleh Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU), Jabatan Perdana Menteri.
5. JKNMPP ini akan dianggotai oleh wakil parti-parti politik, tokoh masyarakat, ahli akademik, pemikir, wakil agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil sektor swasta, wakil pertubuhan masyarakat sivil dan pihak-pihak berkepentingan, termasuk generasi muda. JKNMPP akan menimbang semua aspek peraturan pembiayaan politik termasuk perubahan institusi, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan baru.
6. JKNMPP akan menjadi penasihat kepada kerajaan dalam hal pembiayaan politik berintegriti. Jawatankuasa ini juga akan menyediakan forum untuk ahli-ahlinya mengemukakan buah fikiran bagi menentukan mekanisme dan model pembiayaan politik yang berintegriti. Jawatankuasa ini juga akan menyelia usaha dialog konsultatif dengan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara. Prosess konsultatif akan berdasarkan amalan terbaik (best practices) serantau dan sedunia.
7. JKNMPP akan menghasilkan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti melalui pembaharuan dan penambahbaikan undang-undang yang diperlukan untuk disediakan dalam tempoh setahun, seterusnya dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14. Pelan ini diharapkan akan meningkatkan keyakinan bukan sahaja kepada ahli parti-parti politik, malahan rakyat dan generasi yang akan datang.
NAJIBRAZAK.COM
Bro
ReplyDeletehehe...dah terkantoi baru nk kecoh balik pasal dana politik?
Cuba kalau tak kantoi ada ke ko ingat si haprak ni nak kecoh???
Walau tak ada undang undang sekalipun...seperti mana yang si haprak ni sendiri cakap masa 2009 dulu (pasal dana politik)dia sepatutnya tak buat...tam ambik masuk akaun peribadi sendiri...paling kurang untuk "accountability"...."derma ni patut asuk akaun UMNO!
Anyway bro...Selamat mempertahankan PM haprak ni! Good Luck
tempek lah najib, kata kata mu terlalu hambar sekali sekarang, muka mu terlalu tebal.
ReplyDeleteKencin Najib sudah bau hancin. Dah tak boleh ditutup lagi.
ReplyDeleteTak payah tubuh apa2 pun ...
ReplyDeletePulangkan duit itu pada UMNO.
Najib membuktikan ia seorang pemimpin terbuka berjiwa besar, berintegriti, bermoral, berprinsip, pemimpin harapan rakyat. Diharapkan Najib akan kekal berkuasa untuk tempoh 30 tahun lagi bagi memacu Malaysia menjadi negara maju dan berdaulat. Tiada pemimpin lain dlm umno yg layak menjadi Perdana Menteri selain Najib. Perlu menunggu seribu tahun lagi untuk melihat insan seperti Najib seterusnya. Wasalam.
ReplyDeleteSetuju!!
DeleteKahkahkah....anon 8.33am....bole menang maharaja lawak booodoooooooo....tv3suku...
ReplyDeleteDANA POLITIK PEMBANGKANG MASUK....TAK MENGAPA. HALAL.
ReplyDeleteDANA POLITIK DARI PENDERMA UNTUK MENGEKALKAN KERAJAAN MELAYU ISLAM....HARAM......
My undivided support to PM Najib...keep up the good work.
ReplyDeletemana ada org nk songlap duit masuk account sendiri. putar belit penghasut yg mula2 seakan tak logic sekarang dah boleh dijdikan pegangan oleh moron2 dan ianya semakin hari semakin meriah.Pembohongan yg dizikirkan berulang kali kini dah brjaya... gud luck..
ReplyDelete