Menariknya, Nurul Izzah sendiri menang di Parlimen Lembah Pantai dengan melakukan fitnah dan penipuan sebagaimana pengakuannya dalam permohonan maaf secara terbuka sebagai cara penyelesaian luar mahkamah dalam kes saman melibatkan calon BN untuk Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik.
Maka bersoraklah para pengikut PKR walaupun hakikatnya, inilah kerja mereka. Kerja fitnah yang kemudian dihiasi dengan tindakan undang-undang. Kerja-kerja merapu dan fitnah yang hanya mahu mendapatkan publisiti dan kemudian dijadikan modal serta bahan ceramah politik mereka sehingga PRU-14.
Hari ini, PKR terpaksa merafak sembah dan memohon maaf kepada Khalid Ibrahim, orang mereka sendiri yang telah mereka fitnah dan malukan. Mereka tetap menang kerana Khalid menerima permohonan maaf dan kes fitnah itu selesai begitu sahaja walaupun sebenarnya ramai yang mahu melihat PKR dibicarakan kerana menfitnah.
Menariknya, mereka dengan pantas menyatakan persetujuan bahawa segala dokumen yang dikatakan bukti Khalid menyeleweng, rasuah dan salahguna kuasa itu sebenarnya adalah dokumen palsu yang tidak ada nilai langsung untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah.
Kemudian mereka melakukan kerja-kerja pemburukan ke atas pelbagai agensi kerajaan terutama sekali SPR. Mereka berharap, apabila imej SPR berjaya diburukkan kemenangan yang diraih oleh Barisan Nasional pada PRU-13 akan dipertikaikan dan sistem pilihanraya serta keputusannya akan ditolak. PKR kemudian akan berjaya merampas takhta kerajaan tanpa perlu bersusah payah lagi.
Malangnya, mereka hanya merancang, tetapi perancangan Allah Taala adalah sebaik-baik perancangan.
PKR tidak sembunyi-sembunyi lagi untuk memaksa SPR mengikut telunjuk mereka, sebagaimana kejayaan mereka menolak SISTEM BIOMETRIK sebaliknya menggunakan dakwat kekal yang tidak menjamin langsung, pengundi yang menggunakan kad pengenalan Malaysia itu benar-benar rakyat dan pengundi.
Mereka akan mengaitkan apa-apa sahaja untuk menghalalkan perbuatan fitnah mereka. Perhatikanlah bagaimana mereka cuba mengaitkan SPR dengan 1MDB. Mereka cuba menimbulkan persepsi bahawa SPR telah dibeli oleh 1MDB untuk menyatakan bahawa Barisan Nasional adalah pemenang PRU-13. Selagi SPR tidak mengikut telunjuk mereka, selagi itulah SPR akan dikaitkan dengan apa-apa sahaja termasuklah wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Abdul Razak dan akaun tersebut ditutup selesai PRU-13.
SPR sebenarnya adalah sebuah badan bebas yang seringkali dikambinghitamkan dan dikaitkan dengan Barisan Nasional dan UMNO. Mereka cuba kaburi kelemahan mereka dan kegagalan mereka menjatuhkan UMNO-BN menerusi persaingan sihat.
Cara termudah adalah dengan membuat fitnah ke atas badan yang mengendalikan pilihanraya di Malaysia iaitu Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR.
Itulah juga yang berlaku dalam kes persempadanan semula di Sarawak. Mereka dan DAP menerima dengan penuh gembira keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak apabila keputusan berpihak kepada merkea, tetapi apabila apabila Mahkamah Rayuan tidak membuat keputusan yang menyebelahi mereka sebaliknya PKR, mahkamah dikutuk dan dikeji.
Beberapa kes membuat fitnah melibatkan pemimpin-pemimpin PKR, menyerlahkan perangai sebenar mereka dan kecintaan besar mereka kepada fitnah. Mereka amat bergantung kepada fitnah untuk terus hidup dan menghidupkan isu.
Hari ini, mahkamah dan keputusan telah membuktikan PKR memang kuat fitnah. Jadi, bukanlah perkara besar pun apabila mereka bertindak mahu menyaman Barisan Nasional, SPR, 1MDB dan Najib Abdul Razak.
Mereka perlukan fitnah untuk terus hidup!
Sayangnya SPR tidak pernah mengheret mereka ke muka pengadilan kerana melakukan fitnah. Kalau diheret, sudah pasti apa yang berlaku di mahkamah melibatkan Khalid Ibrahim dan PKR, akan dapat kita tengok ulangannya.
BN boleh buat saman balas kepada PKR yang menang pilihanraya melalui fitnah. Sepatutnya menuntut Nurul Izzah meletak jawatan dan PRK perlu diadakan semula.
ReplyDelete