Pages

Monday, September 28, 2015

APA PULA TUDUHAN YANG BAKAL DILEMPARKAN SETELAH ORANG KUAT TUN MAHATHIR PULA DIARAHKAN MEMBERIKAN KETERANGAN DI IPD DANG WANGI?



Peguam Khairuddin Abu Hassan merangkap orang kuat Tun Mahathir, Matthias Chang telah dipanggil untuk merakamkan kenyataannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini berkenaan kes yang membabitkan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan yang telah disingkirkan dari UMNO itu

Matthis tampil sebagai saksi di balai polis itu pada jam 9:30 pagi bersama-sama peguamnya, Zainol Zakaria dan seorang lagi peguam, Ahmad Bazlan Che Kassim untuk membantu siasatan polis.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ahmad Bazlan yang ditemui oleh wartawan.

"Testimoni itu telah dirakamkan selama sejam... kami akan kembali semula ke Dang Wangi pada hari Jumaat, untuk menyambung keterangan," katanya.

Dalam satu perkembangan lain, Ahmad Bazlan berkata, Khairuddin masih lagi berada di wad Hospital Kuala Lumpur setelah disyaki dijangkiti demam denggi.

Khairuddin sebelum ini telah ditangkap di rumahnya di Mont Kiara.

Dia telah direman selama enam hari bermula 19 September di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen.

Pada 23 September, Khairuddin telah ditangkap semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah SOSMA atas dakwaan cuba mensabotaj negara.


No comments:

Post a Comment