Matthis tampil sebagai saksi di balai polis itu pada jam 9:30 pagi bersama-sama peguamnya, Zainol Zakaria dan seorang lagi peguam, Ahmad Bazlan Che Kassim untuk membantu siasatan polis.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Ahmad Bazlan yang ditemui oleh wartawan.
"Testimoni itu telah dirakamkan selama sejam... kami akan kembali semula ke Dang Wangi pada hari Jumaat, untuk menyambung keterangan," katanya.
Dalam satu perkembangan lain, Ahmad Bazlan berkata, Khairuddin masih lagi berada di wad Hospital Kuala Lumpur setelah disyaki dijangkiti demam denggi.
Khairuddin sebelum ini telah ditangkap di rumahnya di Mont Kiara.
Dia telah direman selama enam hari bermula 19 September di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen.
Pada 23 September, Khairuddin telah ditangkap semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah SOSMA atas dakwaan cuba mensabotaj negara.
No comments:
Post a Comment