Pages

Monday, September 21, 2015

HAKIM MAHKAMAH TINGGI SEBELAHKAN THE EDGE DAN PUTUSKAN, KDN SALAH KERANA GANTUNG PERMIT THE EDGE DAN THE EDGE FINANCIAL DAILY!!!



Syarikat penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantung permit dua akhbar, The Edge dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuat kuasa pada 27 Julai lalu.

Utusan Online melaporkan, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam keputusannya membenarkan permohonan The Edge Communications setelah berpendapat surat tunjuk sebab yang dikeluarkan tidak memperincikan mana satu artikel yang didakwa telah mendatangkan kegusaran dan mengganggu ketenteraman awam.

Menurut Asmabi, keputusan menggantung permit itu adalah satu perkara yang bertentangan dengan Seksyen 7(1) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Permit kedua-dua akhbar berkenaan digantung ekoran tindakan menyiarkan beberapa siri artikel berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan negara.

Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke Yee Ching mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Menteri Dalam Negeri yang dinamakan sebagai responden pertama dan kedua.

Peguam Darryl Goon mewakili The Edge selaku pihak pemohon. (FMT)


3 comments:

  1. Alahai..peguam cinapek mewakili KDN...malas nak citer panjang. Teringat pulak gani kerling dan pulau batu puteh...

    ReplyDelete
  2. Zahid, rayu , jangan tak rayu ..
    jika kalah juga , batalkan permit the edge.

    sebab permit penerbitan kena perhidup (perbaharui) setiap tahun

    ReplyDelete
  3. Kahkahkah
    Tak berani langsung siar komen aku.
    Dasar pengecut dan penipu.

    ReplyDelete