Pages

Monday, September 21, 2015

TAHUN 1998, MAHATHIR PUN AKAN DITANGKAP FBI... TAHUN 2015, NAJIB PULA NAK DITANGKAP FBI... SKRIP DAN ARAHAN SIAPA NIH?



18 November 1998, Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dengan penuh angkuh, berucap di hadapan Dr. Mahathir yang dia menyokong Reformasi dan kumpulan menyokong Anwar Ibrahim di dalam sebuah majlis rasmi APEC di Kuala Lumpur.

Kumpulan pro-Anwar Ibrahim dan Reformasi masa itu, bersorak dan segera meuwar-uwarkan yang Mahathir bakal disiasat oleh Amerika Syarikat. FBI dan CIA sudah lama masuk ke Malaysia untuk melakukan siasatan, kata mereka. Mahathir akan ditangkap, diberkas, dibicarakan dan dipenjarakan kerana mengamalkan Korupsi, Kronisme dan Nepotisme (KKN). Kononnya bukti yang berjaya dicuri oleh Anwar Ibrahim sepanjang dia menjadi Menteri Kabinet, amat mencukupi untuk tujuan tersebut.

Hasilnya ialah, ucapan Al Gore di hadapan batang hidung Mahathir sendiri.

Ekonomi dan kewangan pada masa itu diserang hebat. Mahathir diminta berundur dan banyak projek serta bail-out termasuklah yang melibatkan syarikat-syarikat anaknya, didedahkan oleh kumpulan yang menentangnya. Kumpulan kroni yang diketuai oleh Vincent Tan pula, dilihat kuat berada di belakangnya walaupun pada masa yang sama, mereka tidak bertindak mempertahankan nilai Ringgit dengan membawa pulang keuntungan luar negara syarikat mereka ke Malaysia.

Mahathir tidak sahaja diserang dari Amerika Syarikat, tetapi syaitan kecil Amerika di bucu Asia Tenggara, iaitu Australia yang diketuai oleh Paul Keating turut melakukan serangan serentak.

Akhbar-akhbar Amerika Syarikat dan Australia yang sekarang ini menjadi 'darling' Mahathir, hampir setiap hari melaporkan tentang Mahathir yang akan ditangkap dan dihukum kerana salahguna kuasa dan telah memenjarakan Anwar Ibrahim atas tuduhan jenayah liwat.

2002, Mahathir menggunakan khidmat jururunding Jack Abramoff pada harga RM4.4 juta untuk bertemu dengan George Bush yang merupakan Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu.

Pengesahan bayaran telah dinyatakan dalam laporan akhir Jawatankuasa Senat mengenai Hal Ehwal Pribmi Amerika. Jack Abramoff adalah pelobi yang telah dihukum penjara selama lima tahun 10 bulan oleh Mahkamah Amerika pada Mac 2010 setelah didapati bersalah menipu masyarakat Indian pribumi Amerika dalam beberapa projek pembinaan tempat perjudian.

Laporan tersebut diumumkan selepas siasatan selama dua tahun membabitkan penglibatan Abramoff dalam menawarkan 'khidmat perunding' kepada masyarakat Indian dalam beberapa projek ekonomi. Ketika siasatan itulah, dokumen-dokumen melibatkan hubungan pelobi itu dengan Kerajaan Malaysia, muncul.

Dipercayai, bayaran kepada Abramoff dibuat menerusi sebuah institusi yang dipanggil 'American International Centre' (AIC) sebagai khidmat pengatur pertemuan Mahathir dengan Bush pada tahun 2002. Berdasarkan dokumen dan rekod kewangan yang didedahkan oleh jawatankuasa tersebut, Kedutaan Malaysia membuat empat pembayaran - USD300,000 setiap satu pada 29 Jun 2001, 5 Oktober 2001, 3 Januari 2002 dan 13 Mac 2002.

Malaysiakini sebelum itu telah melaporkan jawatankuasa berkenaan telah menjumpai satu invois dari AIC bernilai AS$300,000 bertarikh 15 Jun 2001 yang dialamatkan kepada Dr Fauziah Mohamad Taib, yang merupakan timbalan ketua perwakilan Kedutaan Malaysia di Washington. Menurut butir-butir pada invois itu, bayaran berkenaan adalah untuk ‘perkhidmatan’ sepanjang dua bulan dari 19 Jun hingga 19 Ogos 2001. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah 'perkhidmatan' berkenaan. Bayaran itu dikehendaki dibuat kepada AIC, sebuah institusi yang ditubuhkan oleh rakan kongsi Abramoff, Michael Scanlon yang menggunkan alamat sebuah rumah di pantai Delaware dekat Washington DC. Bayaran gaji Menurut jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Senator John McCain itu lagi, terdapat tiga lagi bayaran yang setiap satu bernilai AS$300,000 dibuat oleh kedutaan Malaysia kepada AIC.

Dua tahun selepas pertemuan Dr. Mahathir dengan Bush itu, Fauziah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Fiji. Sekarang beliau bertugas sebagai Ketua Pengarah Institut Diplomatik dan Hubungan Luar. Bagaimanapun pecubaan untuk mendapatkan ulasan dari Fauziah gagal. Menurut jawatankuasa itu lagi, sebahagian daripada bayaran RM4.4 juta kepada AIC itu pergi kepada individu bernama 'Khaled Saffuri' sebagai bayaran 'gaji dan khidmat perunding berkaitan Malaysia'.

Abramoff bukanlah satu-satunya pelobi yang digunakan untuk mengatur pertemuan Dr.Mahathir-Bush itu. Firma lobi Alexander Strategies yang diusahakan oleh rakan Abramoff, bekas ketua staf Dewan Perwakilan Amerika, Tom DeLay turut dibayar saguhati sehingga AS$1 juta (RM3.7 juta) pada tempoh yang sama untuk membantu meningkatkan imej Malaysia di Washington. Pertemuan Dr.Mahathir-Bush itu berlangsung ketika Dr.Mahathir sedang dikritik hebat kerana sentimen anti-Yahudinya dan tindakannya memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr. Mahathir pada awal tahun ini telah menafikan kerajaan Malaysia ada menggunakan khidmat pelobi bagi mengatur pertemuannya drengan Presiden Amerika itu. "Saya difahamkan ada orang tertentu membayar sejumlah wang kepada pelobi di Amerika tetapi saya tidak tahu siapa mereka dan kerajaan Malaysia tidak melakukannya," katanya.

Sekarang para penyokong Mahathir yang sedang berusaha menggulingkan Najib, menggunakan SORAK SORAI para penyokong Anwar pada tahun 1998-2002, kononnya Mahathir akan ditangkap dan dihukum oleh Amerika, untuk menyorak dan menakut-nakutkan Najib Abdul Razak pula.

Khairuddin Abu Hassan yang telah ditangkap ketika cuba menyelinap keluar ikut pintu belakang pada petang Jumaat, dengan megah memberitahu, dia dalam perjalanan ke New York untuk menyerahkan pelbagai dokumen berkaitan 1MDB kepada FBI untuk agensi siasatan persekutuan Amerika Syarikat itu melakukan campurtangan di Malaysia sebelum diberkas.

Situasi 1998-2006 yang hampir sama, cuma watak sahaja yang berbeza kecuali Dr. Mahathir yang berada dalam kedua-dua situasi walaupun peranan sudah bertukar.

Persoalannya sekarang, dalam kedua-dua situasi ini, SKRIP ARAHAN SIAPAKAH yang digunakan untuk mewujudkan kedua-dua drama memandangkan pemain-pemain dan penyiar-penyiarnya juga adalah sama!!!


4 comments:

  1. hahahahaha

    al gore sendiri pun kalah

    tak akan jadi pemimpin utk selama nya

    hangus digoreng

    ReplyDelete
  2. aku tak nampak persamman kes Najib dgn Mahathir. Kes Najib sekarang ni bukan soal politik tapi soal 1MDB yg menimbulkan banyak persoalan. Disiasat kemudian siasatan tergantung tak tahu sampai bila, tak ada update langsung. Orang yg buat laporan polis yg jadi sasaran...tak ke pelik..kemudian tuduh pula dokumen palsu sejurus kena tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha
      Biasalah bro.
      Zaman Najib ni, ada je isu , pertama sekali dipersalahkan, diburuk2kanTun M la, kemudian cari kambing2 lain yg boleh dicat hitam.
      Aku pun tak faham kenapa nak kaitkan Tun M, ada yg kata cemburu dgn kejayaan Najib. Tu yg aku nak gelak guling2 tu.

      Org tua ni dah berapa kali mencabar, kalau dia buat salah, makan rasuah, report la, tapi sampai sekarang tak ada satu dakwaan yg dibuat.

      Delete
  3. sapa lagi kalau bukan DAP.

    ReplyDelete