Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.
1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.
Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.
Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.
Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.
PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata.
Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara.
Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.
Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.
Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.
Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.
Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.
Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005.
Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar.
Perolehan berbilion ringgit dari perniagaan AP ini amat menjejaskan sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat. Berita tentang pengakhiran perundingan selama lima tahun antara Malaysia dengan Amerika Syarikat pada Isnin lepas, benar-benar mencemaskan golongan terbabit kerana mereka sedar, sebaik-baik sahaja Malaysia menyertai TPPA, mereka akan kehilangan hak AP, malahan AP sendiri sudah tidak wujud lagi.
Satu lagi mesin cetak duit yang amat menguntungkan dan bakal dihapuskan oleh Najib adalah mesin slot. Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah menjana keuntungan dianggarkan lebih RM10 bilion setahun di mana 70% daripada perniagaan tersebut dikuasai oleh keluarga Vincent Tan.
Maka tidak hairanlah mengapa Robin Tan, saudara lelaki Vincent yang mengendalikan perniagaan tersebut, menjadi pengkritik keras Najib Abdul Razak dan pentadbirannya.... anda boleh baca seterusnya DI SINI.
Korang jangan main2....maddey mamak kerala ni sanggup melakukan apa saja demi kekayaan anak2 dan kroni2 yang beliau bela berdekad dekad.
ReplyDeleteOrang Melayu kat kampung, ada mamak ni bertungkus lumus membantu? Menghina dan mencaci, panggil "malas", "lemah" itu ini, adalah....Itu je sumbangan MAMAK KERALA GILA ni kepada orang2 kampung dan Sabah Sarawak.
Hg lg xdak sumbangan
DeleteHg lg xdak sumbangn
DeleteDah cakap dah.....kenapa TUN Maday beria2 sangat nak PM Najib dijatuhkan dan memburukkan 1 MDB,kan.....Allah dah tunjukkan ....so orang yang kata Pm Najib tu makan duit rakyat lah......fitnahlah lagi dah terbukti 1 MDB tu diwujudkan untuk menghalang kroni2 TUN terus bermaharajalela mengaut untung yang sepatutnya dapat di agih2 kan samarata ke atas rakyat lebih2 lagi yang susah dan merempat .kalau tak kenapa Vincenta sanggup berhabis duit hanya untuk sambut birthday TUn tiap2 tahun.orang yang berakal saja boleh fikir...orang yang otak nya dah beku.maaf tak dapek den nak nolong.....
ReplyDeletehahaha .. tak tau nak cakap apa dah dengan blogger pro NAJIB. isu orang tolak najib terlalu jelas adalah transaksi duit ke akaun najib dan 1MDB dan beberapa isu terpencil.
ReplyDeleteya boleh je nak spin macam ni .. tapi hanya mengundang galak ketawa saja..
kesian kat najib dah lah otak tak berfungsi.. blogger yang pertahankan dia pun otaknya agak kurang berfungsi.. dalam bahasa NAJIB.. BANGANG betul penykong najib ni
betul la ko cakap tu.....1mdb diguna untuk memporak purandakan najib. guna 1mdb untuk ugut najib. siooottt.....madey cuma ingat kroni. bukan ingat rakyat pun. tak ade kroni hasil tak masyuuukkkk......
DeleteSalam tuan, mintak sepakat kekang dan kawan blogger macai Tun mamak ni yg menyusup didlm group pro-UMNO tapi setiap hari menyebarkan fitnah hasutan dahsyat terhadap PM DS Najib!
ReplyDeleteIMDB digambarkan seperti syarikat peribadi Najib sedangkan ia adalah GLC Kerajaan. Bloggers macai Mahathir penjatuh Najib, Putra Merdeka, Kluangdiamond, OutsyedBox, DinTurtle, Celah Gelegar, Apanama, A Kadir Jasin yg setiap 12 jam akn update serangan dan perang saraf fitnah Najib, hasutan membenci dan jatuhkan Najib. Fokus mereka bertubi2 serang Najib NON STOP.dan nereka lngsung tak serang DAP atau PR atau musuh BN!
Malangnya bloggers lahanat ini berada dalam listing GERAKAN ANTI PKR NEW yg memyebabkan populariti mereka naik jg bersama blogger pro UMNO tulen!
TOLONG SUSUN SEMULA DAN DEFINED bloggers pro dan musuh! Keluarkan bloggers lahanat yg disenaraikan diatas seberapa segera dari pautan utama GAP atau pro UMNO. Pelik kenapa mereja2 ini dibiarkan bebas berada dl group UMNO sdngkan mereka penentang jelas! Setiap berita berkaitan Najib mereka akan manipulasi dlm bentuk kotor.
Apakah blogger pro UMNO tulen gamak biar shj musuh parasit ini dlm gerakkerja korang? Tk kan tak fikir dan sedar bahayanya mereka2 yg disenaraikan diatas? Mereka aktif update dn seolah2 berpakat dengan blogger GAP utk terus hentam Najib dan jilat kejahatan Rejim Mahathir.
Please do something..kita tahu kenapa Tun gila serang Najib.. bukan isu rakyat tp isu spt diatas sebenarnya. TUN MAHATHIR lah pembela musuh dan kroni. Sbb itu dia waruskan perjanjian2 gila dan amat berat sebelah dalam penswastaan agensi penting untuk rakyat!
Saya yakin Najib Razak PM yg ikhlas dan terbaik untuk rakyat ketika ini.. so PLEASE BLOGGERS bersatu segera!
Suruh najib percepatkan sain tppa.
ReplyDeleteBagus Najib ni....
ReplyDeleteYa...betul mula2 saya ingat Putra Merdeka dan celah gelegar tu pro Umno bila baca buat sakit hati je.tau nya hentam kerajaan dan PM Najib je.....sejak tu tak ada saya nak baca buat dosa je ....tipah tertipu rupanya blog ni...so tolong beritahu blog mana yang perlu saya baca ......
ReplyDelete1MDB bro........tak payah pusing jauh2.
ReplyDeleteINI CINA KRONI PUNYA PASAL....1MDB CUMA BUAT GERTAK NAJIB JER....
ReplyDeleteSesuatu yg menghairankan kenapa pembangkang begitu beria-ia utk melihat DSN turun dari jawatan...Klu betol Najib membawa keburukan kpd negara, sokonglah supaya Najib kekal sebgai PM sehingga PRU akan datang..sudah tentu pembangkang akan menang. Bukannya lama lagipun..Tapi kenapa disuruh Najib turun sekarang, bukankan pengganti najib nanti akan menyusahkan pembangkang utk mengambilalaih kerajaan...Kenapa ye...? Apakah ada sesuatu yg pembangkang rasa akan menggurangkan peluang mereka utk memerintah sekiranya DSN kekal sebagai PM sehingga PRU nanti..?
ReplyDeletesalain drp ini najib telah berjaya mengambil tanah2 milik kerajaan diWP utk 1MDB..kerana dikuatir haeam jadah ini akan mengambil dan membeli nya utk projek kaum2 mereka.....bayangkan bila developer dan kehabisan stok tanah mereka utk berniaga...tanah2 ini akan diambil nya..najib telah kehadapan....lihat pada jln jelatek....tanah utk melayu apa dah jadi....diPPinang 1MDB terpaksa beli tanah utk buat rumah utk melayu...jika tidak...ppinang hanya dipenuh mereka sahaja....syabas najib 1mdb
ReplyDeleteSebenarnya Najib ni bijak dan berdiam diri dan hatinya senantiasa bersama rakyat...skrg terbukti keikhlasannya, mana ada PM yg berikan rakyat BRIM dan lain-lain...apa yg madey bagi???? habiskan wang negara ada le....dan berikan kekayaan kepada bangsa lain, pura2 menangis nak lepaskan jawatan presiden umno...rupanya dah diKEBAS semuanya...
ReplyDeleteNajib jangan goyah dengan desakan oleh pengkianat yang berselindung di sebalik gelaran NAGArawan.
ReplyDeleteMereka ingat rakyat boleh diperbodohkan oleh fitnah dan pembohongan mereka.
Mahathir anak lelaki Iskandar. Mana pernah tolong golongan luar bandar sampai menjadi jutawan-jutawan besar macam Vincent, Robin, Ananda, Goh,Robert, Mokhzani, Daim.
Sekurang-kurangnya tak banyak sikit pun rakyat dapat juga RM500-RM1000 melalui BRIM setahun sekali.
Biarlah apa penjilat2 Mamak Mahathir nak kata samada rasuah kah, haram kah pi mampuslah dengan depa.
Bandingkan dengan NAGArawan yang sumbat mulut dan perut kroni-kroni yang pelahab tak habis-habis.
Najib tetap tenang menempuh gelombang membelah lautan. Pi mampus dengan pertualan negara.
...selamatkan negara dari IPP....selamat berjaya najib....
ReplyDelete...selamatkan negara dari IPP...good job najib...
ReplyDeleteIPP adalah buah tangan AlJubb... kesilapan Tun yang percaya sangat kpd AlJubb...
ReplyDeleteBukan ke Tun M yg kata,jika lesen IPP tidak disambung..mereka harus jual power generation mereka pada harga Rm 1 pada TNB..lihat posting Tun yg terdahulu..
ReplyDeleteSemuga Allah berikan kekuatan kpd Najib.
ReplyDelete