Di sebalik isu kadar prepaid atau pra-bayar yang masih belum selesai-selesai sehingga kini dan kegagalan Kementerian dan Kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang ke atas syarikat-syarikat pembekal talian (TELCO), kini syarikat-syarikat pemegang konsesi lebuhraya bertol pula mengambil sikap seperti yang ditunjukkan oleh TELCO.
Syarikat-syarikat konsesi Lebuhraya SILK, DUKE, MEX, Kuala Lumpur-Karak (KLK), LATAR dan Terowong SMART hari ini sepakat mengumumkan kenaikan kadar tol di konsesi masing-masing.
SILK telah menaikkan kadar tol untuk kereta dari RM1.80 manakala kenderaan dua ganda dan lima atau enam tayar (kecuali bas) perlu membayar tol sebanyak RM3.60.
DUKE telah menaikkan kadar tol menjadi RM2.50 bagi pondok tol Ayer Panas, Sentul Pasar dan Kampung Batu.
MEX pula menaikkan kadar tol menjadi RM2 di tol plaza Salak Selatan dan RM3.50 di tol plaza Putrajaya.
KLK pula menaikan kadar menjadi RM6 di tol Gombak dan RM3.50 di tol Bentong.
Kadar baru di LATAR pula adalah RM2.50 di Ijok, Kuang Timur, Kuang Barat, Templer dan RM1.30 di Kundang Timur.
SMART pula telah menaikkan kadar tol mereka menjadi RM3.00.
Adakah para pemegang konsesi tersebut telah mendapat kebenaran atau mereka memandai-mandai? Atau mereka juga sebenarnya sedang berusaha
Adakah tindakan ini sebenarnya selari dengan cubaan pusingan kedua untuk menggulingkan kerajaan membabitkan golongan pencen kerajaan yang sudah semakin panas buntut apabila kroni-kroni mereka kehilangan banyak 'angsa bertelur emas' mereka di bawah Najib?
Sudah sampai masanya untuk kerajaan bertindak dan bertegas terhadap pemegang-pemegang konsensi lebuhraya yang menjanakan keuntungan cara mudah semenjak 22 tahun lampau. Rakyat pasti akan menyokong seandainya Kerajaan mengambilalih lebuhraya-lebuhraya berkenaan dan syarikat-syarikat konsensi berkenaan tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang konsensi lain pada masa akan datang sampai kiamat!
najib kena tunggu keputusan rosmah dulu baru bleh jawab
ReplyDeleteApa kata 1MDB ambil alih semua konsesi seperti mana yg dilakukan terhadap IPP. Dengan cara itu sudah tentu kadar tol tidak akan dinaikkan.
ReplyDeletePM Najib tentu boleh lakukan.
Bongok...isu topup mana mau selesai..ananda dh bagi pinjam 2bilion..mana mungkin mohd najib mau turun harga topup...kira bls budilah...ipp sengaja dimainkn bloger berbayar..spaya reputasi dr m tercalar...tpi rakyat ttp brsama tun m...
ReplyDeletengok punya akai..semua telco ananda punya ke? puihh
DeleteKurang ajar....ni bukan pasal rosmah ni padahal pemegang konsesi ni semuanya petualang dan kroni2 mahadey .mereka ni nak menjatuhkan pemimpin dengan cara menaikkan tol.ini menyebabkan semua pengguna lebuh raya mrah pada kerajaan.....nampak tak permainan kotor mereka.....semoga Allah membalas perbuatan mereka yang busuk hati itu....dan ingin menyusahkan rakyat..lepas ni kita pakat2 kongsi kereta tak pun naik komuter ke LRT k tak pun Bas rapid..Pm Najib dah tahu lama sebab tu beliau menaik tarafkan sistem monorel negara kita.beliau dah tahu satu hari akan ada mereka2 yang ingin menjahanam kan kepimpinan beliau....salah satunya cara inilah naik kan tol.
ReplyDeleteAset 1MDB kan lebih besar drpd hutang. Gunakan aset tu utk ambil alih sykt tol. X pyh la nak salahkan PM terdahulu.
DeleteMemang setan toll concessionaire..ptui
ReplyDeleteITU SEMUA CINA DAP PUNYA PASAL
ReplyDeletesmuga Allah berikan kekuantan kpd Najib,permudahkanlah segala urusanya,
ReplyDeleteamin.
Elok laaa tu ... Lepas nie peniaga n pemborong naikkan harga brgn ... Isu top up pon tak setel ..
ReplyDeletekan dorg beli aset imdb..tu nak cover balik duit yang dah lebur kena la naik tol..ape la punye slow otak korang ni..amik tahu isu semasa,jgn meroyan tak tentu hala..
ReplyDeleteApa yg ko merepek ni? Cer cerita lebih sikit.
Delete