Pages

Thursday, November 19, 2015

DULU TAK MENGAKU KENAL ATAU ADA KAITAN, SEKARANG SAMA-SAMA KEMPEN 'BEBASKAN ANWAR'... PKR PERLU JAWAB KAITAN MEREKA DENGAN LANUN SULU YANG SERANG LAHAD DATU!!!



Mac 2013 sudah pasti akan terus diingati oleh rakyat Malaysia, terutama sekali yang terlibat dalam menjaga keselamatan negara ini.

Malah Mac 2013 juga akan mengingatkan kita tentang betapa 'SERONOKNYA' Tian Chua dan PKR apabila menerima kematian 10 orang perwira negara yang dibunuh oleh lanun-lanun Sulu yang diketuai oleh keluarga Kiram.

Tian Chua dengan penuh bangga memberitahu, kematian perwira-perwira negara itu adalah salah Najib dan salah UMNO kerana telah mementaskan serangan tersebut, tetapi akhirnya gagal.

Tian Chua kemudiannya diseret ke mahkamah apabila dia enggan memohon maaf dan kononnya bersedia untuk berhadapan dengan natijah undang-undang. Namun akhirnya semasa perbicaraan, peguamnya dan Tian Chua sendiri berpatah balik, memohon maaf kerana terlanjur berkata-kata, mengakui kesalahan tutur katanya dan mohon dibebaskan selepas dia meminta maaf.

Permohonannya diterima!


Antara watak penting dalam tragedi tersebut adalah seorang BETINA bernama JACEL KIRAM. Inilah orang yang mengeluarkan pelbagai kenyataan dari Filipina, bahkan menggunakan gambar-gambar dari Selatan Thailand untuk menunjukkan bagaimana lanun-lanunnya berjaya membunuh anggota-anggota keselamatan Malaysia.

Anwar Ibrahim sebelum disumbat ke dalam penjara kerana jenayah meliwat, ketika berkempen di Sabah, seringkali mendendangkan kononnya Sabah akan 'hilang'. Terdapat beberapa peristiwa di mana beberapa orang pemimpin utama PKR ke Filipina tidak lama sebelum serangan darat oleh lanun-lanun Sulu dibuat di Lahad Datu.




Pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel Kiram sebenarnya menimbulkan tanda tanya yang cukup besar. Selepas menafikan kaitan antara mereka sebelum ini, terutama yang membabitkan Tragedi Lahad Datu, kini Jacel yang sedang berkempen untuk menjadi Senator di Filipina yang mana dalam kempennya adalah menuntut Sabah untuk dijajahi oleh Filipina, memperlihatkan yang mereka sebenarnya saling kenal-mengenal dan sokong-menyokong antara satu sama lain.


Timbul lagi persoalan, apa sebenarnya kaitan PKR dengan Jacel Kiram dan lanun-lanun Sulu yang telah melakukan jenayah di Sabah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan?

Selain Tian Chua, adakah Nurul Izzah tahu apa-apa tentang serangan lanun-lanun Sulu pada Mac 2013?


No comments:

Post a Comment