Pages

Thursday, November 19, 2015

RM8 BILION WANG DEIG DIGUNAKAN UNTUK 'BELI-BELAH' PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK AKAN DATANG!!!



Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mendakwa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali cuba membawa masuk RM8 bilion ke dalam Darul Ehsan Investment Group (DEIG) untuk tujuan politik.

Penasihat Khasnya, Ramesh Rao mendakwa, dana itu akan dibawa masuk melalui beberapa projek yang direka khas untuk mengaburi mata rakyat sedangkan ia tidak wujud.

"Kita mahu Menteri Besar, Azmin Ali menjawab benarkah RM8 bilion akan dibawa ke dalam DEIG melalui empat projek khas yang direka melalui Yayasan Selangor (RM3 bilion) dan RM5 bilion lagi di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

"Kita juga mahu Azmin jawab siapa yang bertanggungjawab untuk menguruskan kewangan ini dan bank-bank yang terlibat serta syarikat Goldsino Investment Development Limited dan Sinohydro," katanya kepada pemberita di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, pemimpin NGO itu menyerahkan memorandum menuntut penjelasan isu tersebut kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie.

Mengulas lanjut, Ramesh juga mahu Timbalan Presiden PKR itu memberi penjelasan mengenai dana tersebut yang didakwa akan digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

"Kelmarin malam juga kami diberitahu berlaku satu pertemuan di Glenmarie Resort di antara beberapa Ahli Parlimen dari Sarawak berjumpa dengan pemimpin Pakatan Harapan.

"Apa yang diberitahu dalam lingkungan 20 Ahli Parlimen dan dua wakil Ahli Parlimen yang akan menjadi tunjang utama memujuk yang lain-lain menggunakan dana-dana tertentu," dakwanya.

Dakwa Ramesh lagi, kerajaan Selangor juga mencagarkan tanah secara besar-besaran untuk mendapatkan kemudahan kewangan dari dua bank tempatan iaitu CIMB dan Maybank.

"Kami juga diberitahu tanah-tanah bermula dari pintu masuk Putrajaya sehingga ke Kota Damansara, di mana tanah-tanah milik Selangor ini akan dipajak kepada bank," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar salinan memorandum sama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memastikan tuanku maklum perkembangan baharu itu.

"Satu salinan lagi kita akan berikan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk membantu Pas memantau Selangor.

"Macam Lim Guan Eng kata, DAP perlu ada di Selangor untuk menjaga kerja jahat Pas, jadi saya kena bagi kepada Pas untuk memastikan tiada kejahatan DAP yang dilakukan dalam Selangor," katanya lagi. (SUMBER)


No comments:

Post a Comment