Pages

Wednesday, November 25, 2015

JAMIL KHIR NAFI FITNAH SEKUTU KUFFAR, DUA PEGAWAI TINGGI YAPEIM DIARAHKAN BERCUTI!!!



Fitnah ke atas YAPEIM nampaknya masih tidak berhenti-henti. Sekalipun sudah ada laporan polis, malahan sudah ada tindakan saman fitnah ke atas si pembuat fitnah yang berselindung di sebalik NGO yang ditubuhkan oleh PKR untuk menghancurkan apa-apa sahaja yang bersifat pembinaan sahsiah ummah, namun ia tidak sedikit pun menggentarkan mereka.

Sebaliknya pihak-pihak tersebut cuba menggambarkan mereka sebagai 'PENYELAMAT WANG RAKYAT' sedangkan hakikatnya mereka adalah PEMUSNAH UMAT, terus melakukan fitnah.

Mereka telah berjaya membuatkan lebih 3000 orang penyumbang dana untuk orang miskin, menghentikan penyaluran potongan gaji tersebut kepada YAPEIM tetapi mereka juga sedar, sumbangan daripada potongan gaji sebenarnya tidak banyak membantu mereka untuk meruntuhkan dan membankrapkan YAPEIM kerana sumber kewangan YAPEIM sebenarnya adalah dari punca-punca perniagaan.

Pihak YAPEIM telah mengenalpasti dalang yang berkompromi dan berkonspirasi dengan konco-konco kuffar dengan menggunakan dokumen dalaman YAPEIM yang kemudian digunakan untuk putar belit fakta sebenar dalam menyerang badan tersebut. Tindakan akan diambil. Bagaimanapun, pihak pengurusan YAPEIM tidak menerangkan apakah tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas dalang-dalang tersebut yang bersarang di dalam YAPEIM.

Bagi menggambarkan betapa terdesaknya YAPEIM untuk membela 'kemungkaran', satu fitnah telah dibuat kononnya, dua orang pegawai tinggi YAPEIM telah diarahkan bercuti.

Bagaimanapun, berita tersebut dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang teruk difitnahkan oleh sekutu kuffar, Jamil Khir Baharom.

Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan berhubung dua pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) diarah bercuti sementara siasatan terhadap yayasan itu dijalankan.
Menterinya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan menubuhkan satu Jawatankuasa Tadbir Urus kepada Yapeim bagi menyiasat perkara itu.
“Berita itu tidak benar. Tidak benar. Kita akan menyiasat perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Fiqh Zakat Antarabangsa 2015, di sini hari ini.
Semalam, TV3 melaporkan kedua-dua pegawai tinggi itu sebagai Pengerusi Yapeim, Datuk Abdul Malek Awang Kechil dan Timbalan Pengerusi Datuk Siti Zaleha Hussin. (SUMBER)

Sementara itu, Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM Datuk Abibullah Samsuddin berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

“Kalau saya sebutkan (secara mendalam) akan mengganggu siasatan polis dan kita sedang buat siasatan dalaman dan sedang mencari punca daripada mana perkara ini berlaku.

“Ada sedikit keyakinan maklumat ini daripada dalam dan sedikit daripada unsur-unsur luar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup anjuran Majlis Profesional Kelantan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Prof. Datuk Mahamad Naser Dis. (BACA SINI)

2 comments:

  1. Itu sebab pegawai kakitangan kerajaan atau apa sahaja janganlah cuba berbuat baik dengan mereka ini. Mereka akan hampiri pegawai, bertanya khabar dan dengan tipu daya akan mendapatkan maklumat konon bagi membetul keadaan. Akhirnya bila terbongkar nasib pegawai tidak dibela atau dijagai.... ingatlah jangan cuba rapat dengan mereka ini. Perkara kecil menjadi besar.

    ReplyDelete
  2. Ingatan kepada semua kakitangan tempat kerja. Janganlah terpedaya bila didekati oleh puak-puak celaka ini. Mereka akan cuba memperdayakan tuan-puan bagi mendapatkan maklumat untuk kepentingan mereka. Nasib tuan-puan tidak ada dalam agenda mereka bila kes ini terbongkar...

    ReplyDelete