Pengamatan saya, katil memang x cukup. Sepanjang di PAC, dr shah alam, kelang, tanjung karang, kuala selangor, hulu selangor semua datang nak bersalin di HSB. Di kaunter mmg nurse dah jelaskan katil n labour room xde yang kosong, yg mana urgent n emergency akan didahulukan. Semua angguk setuju. Ada yang dicadangkan ke Hosp Selayang, tetapi tetap nak bersalin di situ.
Tak termasuk kes² komplikasi yang hospital swasta hantar ke hosp kerajaan. Bersama dgn saya ketika itu seorang expatriate dari Mesir, kes sama dgn saya pre eclampsia, dr rumah ke KPJ Damansara tetapi ditolak mentah² dan diminta terus ke Hosp Sg Buloh. Kdg² kes² komplikasi yg blh merosakkan reputasi hosp swasta, duit byk mana pun tetap dia x pandang.
Semasa pendaftaran juga telah dimaklumkan bukaan menghampiri proses bersalin barulah suami dibenarkan masuk. Semua setuju, semua sign borang tu. Tp bila tiba waktu, nurse dlm labor room call ke kaunter hadapan, suami tiada di ruangan menunggu. Call hp x berjawab mungkin tertidur dalam kereta agaknya. Terlepaslah rezeki nak menemani isteri ketika bersalin. Saya rumuskan ini bahagian masing², sama seperti rezeki mengadap kematian, ada yg Allah beri, ada yg Allah x beri peluang itu.
Di wad 6B, memang ada seorang dua nurse yg masam mukanya. Ada juga yg menjuih² bibirnya mengomel. Ada yg kasar bahasanya. Tapi saya juga bertemu ibu² bersalin, suami dan ahli keluarga yang juga masam wajahnya, menjuih² bibir mengutuk hospital kerajaan, yang kasar bahasa layanannya kepada nurse. Pengalaman saya, alhamdulillah semuanya baik² belaka. Ye lah 32 hari dalam wad. Semua nurse sy kenal. Semuanya jadi kawan sbb itu sahaja lah hiburan teman bersembang sementelah ibu² bersalin yg lain kurang mesra kerana kebanyakannya sehari dua sahaja di situ.
32 hari di wad 6B, walaupun saya layak utk wad kelas pertama, dek kerana komplikasi sy ditempatkan berdekatan kaunter utama wad utk memudahkan nurse memantau. Bila keadaan sy stabil, ada pula kes kecemasan yg lain, sy dipindahkan ke cubicle yg lain. Spjg 32 hari, hampir 5 kali saya berubah katil sampaikan kadang² suami pun x jumpa katil saya sbb asyik berpindah randah. Wad memang padat dan telah dimaklumkan di PAC, ye koridor wad juga dipenuhi katil, selagi stok katil masih ada, pihak wad berusaha menyediakan katil utk menerima ibu² dari PAC. Sudah tentu yg telah melahirkan diberi keutamaan. Ye lah, xkan lepas bersalin terus suruh balik rumah. Xkan lepas bersalin disuruh berehat atas lantai.
Proses discaj juga lambat. Byk prosedur yg perlu diikuti. Teringat saya seorang suami memaki hamun nurse di wad 6B kerana lambat menyediakan borang discaj. Isteri call jam 12pm maklumkan blh discaj dan suami tiba x lama selepas itu, tetapi sehingga jam 4pm masih blm boleh discaj. Nurse telah siapkan semua, cuma pelepasan drpd doktor pakar belum diterima krn doktor di bilik pembedahan. Satu wad bergema maki hamun suami isteri tu. Allah hu Akbar, isteri yg br lps bersalin pun sama tag team memaki hamun, terjerit². Ucap terima kasih pun tidak... Apa mereka juga bukan manusia yg perlu dilayan selayaknya? Pengalaman mak saya discaj dari hospital swasta bertaraf 5 bintang dari jam 10pg doc pakar ckp boleh discaj, akhirnya jam 8pm kami dapat keluar. Tidak lah kami komplen, krn sebagaimana di wad 6B hosp kerajaan, tunggu aje lah. Ada katil boleh baring², makanan pun masih dapat.
Apa yg saya perhatikan, baik di PAC mahupun di wad, kita tgh sakit maka bersabarlah. Saya x nmpk faedah kita bising², lagi nurse x layan ada le. Saya juga kalau boleh nak suami saya teman. 32 hari di wad berseorangan mengalir air mata tanpa teman. Orang kiri kanan depan dah bertukar², saya masih di situ. Tekanan perasaan. Tp Allah kan ada. Itu yg suami saya ucapkan tiap kali saya telefon bila saya rindu, tiap kali waktu melawat habis. Sebab tu semasa 2 hari suntik di PAC, saya x suka bersembang dgn ibu² yg lain especially yg suka komen dan komplen yg negatif. Saya berkhalwat dengan Allah sbb dari Allah dtgnya kekuatan saya dan kepada Allah tempat saya mengadu. Ah... Dah macam poyo pulak saya ni ye. Tp sungguh... Itu sahaja yg dpt saya buat ketika itu. Suami xde, nurse super busy, ibu² yg lain semua sedang menahan kesakitan. Utk kita yg beriman ni, Allah sahajalah yg kita ada. Waktu tu lah kita ingat Dia dan berbicara dengan Dia.
Komplikasi darah tinggi saya terlampau teruk menyebabkan saya terpaksa melahirkan ketika kandungan berusia 32 minggu, dan takdir Allah anak saya dipinjamkan selama 6 hari sahaja. I have no regrets going to HSB. Kini, sy masih ke HSB utk rawatan dalam usaha memperoleh zuriat. Alhamdulillah wpun menunggu lama baik utk temujanji pakar mahupun giliran di farmasi, saya tenang tanpa perlu memikirkan jumlah bayaran yg perlu saya sediakan. 32 hari di wad, 6 hari anak di NICU, bil perubatan saya mencecah hampir RM7000. Alhamdulillah... Saya hanya membayar dengan harga RM1.
Layanan x mewah, tapi servis setara hosp swasta. Matron garang... Tp bila kita senyum, dia senyum semula. Nurse masam mencuka, tp kita senyum je lama² dia senyum semula. Nurse muka kelat, kita bagi salam dan senyum. In shaa Allah dia jawab salam dan senyum wpun terpaksa. Dengan makcik cleaner pun kita buat baik, in shaa Allah blh jd penyeludup jajan/cikedis bila suami kita strict x bagi makan benda bukan². Oh, makcik cleaner pun kenal yg mana nurse yg ok dan yg berkira hehe.
Oh ada sorang doktor garang yg suka marah² intern kesian pulak doktor pelatih tu. Dgn kita pun dia garang. Tp xpelah seminggu sekali je shift dia. Tahan je lah telinga dengar dia membebel. Dengan doc tu mmg sy senyum je n cakap bila perlu. Dgn doc lain, tiap² hari saya mintak nak balik rumah. Mungkin ini bahagian saya, bahagian anda Allah dah tentukan bagaimana tetapi anda sendiri yg menentukan nilai positif yg harus anda terima. Spin the wheel so that all the negativity turns into something positive.
Ye... Tau sakit bersalin sbb tu Allah beri ganjaran syahid. Tp kalau kat hati/mulut asyik komplen merungut x puas hati, tang mana syahidnya tu nanti. Allah bg sakit utk ingat kat Dia, muhasabah diri bkn cari salah org lain.
Ini pengalaman saya dan saya juga punya khilaf. ALHAMDULILLAH.
X bole suami tengking nurse, bini dia baru lps bersalin tag team maki sama. Nasib baik bayi tu x bole ckp. Kalo x, 3 beranak tag team maki nurse.
ReplyDeleteTak rugi belanja lebih untuk keselesaan 3 golongan ini: si hamil, kandungan dan untuk yang baru lahir. Tiga golongan ini adalah pelahir generasi depan dan bakal mewarisi masa depan. Makanya apa yang mereka dapat, itulah yang akan mereka beri komdian nanti. Kalau lebih dari itu mereka dapat maka lebihlah yang akan mereka berikan. Bukan banyak yang dipinta cuma keselesaan. Selebihnya, "kalau tuan jaga saya bebaik, saya akan jaga tuan bebaik", pernah dengar kan.
ReplyDeleteSemoga Allah swt mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada puan yang begitu tabah menghadapi ujian Allah... alangkah bertuah jika semua isteri bersikap dan berfikiran seperti anda... berbahagia lah semua suami, ayah, anak lelaki jika memiliki isteri, anak dan ibu yg cukup terbuka dan positif mendatangi mehnah kehidupan.
ReplyDeleteHarapan semoga wanita diluar sana dapat meengambil ikhtibar positif da muhasabah diri agar menjadi isteri, ibu dan anak yang terbaik disisi Allah swst.