Alasan Nurul Izzah ialah, individu yang ditemuinya adalah pihak yang berkepentingan dan mempunyai pengaruh dalam masyarakat.
Nurul Izzah berkata tuduhan mengatakan beliau menjejaskan kedaulatan Malaysia dengan lawatan itu adalah “liar, tidak berasas dan berniat jahat”.Tiada langsung rasa bersalah pada Nurul Izzah walaupun tidak mungkin Nurul Izzah sudah lupa tentang kekejaman dan kejahatan lanun-lanun Sulu Kiram yang telah menceroboh negara ini, menyerang, menakuti, menjarah malahan membunuh anggota-anggota keselamatan yang ditugaskan mengawal keselamatan wilayah yang mereka cerobohi.
Dalam kenyataan segeranya, Nurul Izzah berkata, beliau ke Filipina pada 9 November bersama rakan dalam PKR, Chua Tian Chang, atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, sebagai sebahagian delegasi parti untuk bertemu pihak berkepentingan politik di negara itu.
Individu yang mereka temui, termasuk Jacel, adalah pihak berkepentingan yang sah dan salah seorang pemimpin masyarakat, katanya. (RUJUK SINI)
Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah khususnya mengecam tindakan Nurul Izzah dan mahu mendapatkan penjelasannya, kerana jelas, Jacel Kiram adalah musuh yang amat merbahaya.
Dan lebih menarik lagi ialah Jimmy Wong, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, turut menyertai Ahli-Ahli Parlimen yang mengecam Nurul Izzah. Kata Jimmy Wong, walaupun tidak dapat dielakkan, tidak perlulah berasa bangga dengan memuatnaikkan gambar-gambar sebegitu.
Berbaik dgn org yg telah membunuh anggota keselamatan msia...apa niii..
ReplyDeleteHanya utk nak dpt sokongan bebaskan banduan.