Pada November 2011, negara digemparkan apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama-sama Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) telah menyerbu sebuah pejabat 'GORES DAN MENANG' setelah isu penipuan tersebut seperti tidak dapat diatasi oleh KPDNKK dan agensi-agensi berkuasa Malaysia. (
RUJUK SINI)
Turut bersama-sama mereka adalah mangsa GORES DAN MENANG yang telah diperdayakan oleh syarikat tersebut.
Julai 2015, satu lagi operasi menyerbu pejabat GORES DAN MENANG telah dibuat oleh PPIM. (
RUJUK SINI)
Persoalan yang dibangkitkan tentang GORES dan MENANG ini ialah tempat operasi mereka memperdayakan mangsa adalah di pusat-pusat membeli belah. Sekaligus menimbulkan tanda-tanya yang besar, mengapa mudah mereka beroperasi memperdayakan mangsa sebelum mengheret mangsa mengikut mereka ke pejabat mereka bagi proses penipuan dan pemerdayaan seterusnya.
Hari ini, satu lagi kes membabitkan penipuan GORES dan MENANG telah didedahkan oleh Netizen. Penjenayah-penjenayah yang tidak takut dengan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan, telah cuba menjadikan wanita-wanita dan surirumah sebagai mangsa mereka.
Mujurlah mangsa tersebut berjaya mendapatkan bantuan daripada seorang Netizen yang kemudiannya memuatnaikkan berita tersebut di Facebook
Komen-komen seterusnya menunjukkan terlalu ramai yang sudah terkena dengan sindiket GORES DAN MENANG. Di sebalik iltizam kononnya pihak berkuasa sedang melaksanakan pelbagai langkah proaktif untuk menghalang dan membanteras sindiket tersebut, ternyata mereka masih beroperasi dan bergerak secara bebas.
DAlam kejadian terbaru itu juga, anggota sindiket beroperasi di hadapan TESCO EXTRA.
Baru-baru ini, dua orang aktivis PPIM telah ditahan dan dilokap, malahan reman ke atas mereka cuba ditambah kerana mereka membela pelanggan-pelanggan yang telah ditipu oleh peniaga-peniaga handphone di Kompleks Kota Raya Kuala Lumpur. Agak malang kerana peniaga-peniaga penipu itu pula, tidak ditahan, dilokapkan, ditahan reman atau pun reman mereka mahu ditambah kerana telah mencetuskan kemarahan orang ramai dengan menipu dan melakukan pemerasan.
Apakah sindiket GORES DAN MENANG juga hanya akan membuka mata pihak berkuasa apabila kejadian seperti di Low Yat dan Kota Raya tercetus?
Dari sebelum merdeka lagi org melayu asik kena tipu dng spesisi mata sepet...
ReplyDelete