Demikian persoalan yang dilontarkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut kesal dengan tindakan polis menahan dua aktivis PPIM yang telah membantu beberapa mangsa penipuan telefon di Kompleks Kota Raya.
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata beliau yakin terdapat komplot dengan apa yang berlaku dan peniaga di kompleks itu seolah-olah mempunyai kekebalan apabila tiada seorang pun dari peniaga itu ditangkap berhubung dakwaan menipu dan mengurung pelanggan di sebuah bilik di premis tersebut.
“Saya benar-benar percaya. Memang benar. Tetapi pada tahap mana, saya tidak tahu,” katanya pada sidang media bersama 25 NGO lain di sini, hari ini.
Beliau berkata, tindakan PPIM membantu mangsa yang ditipu bukanlah bermotifkan perkauman sebaliknya ia merupakan tanggungjawab untuk membela mereka yang teraniaya, terutama dalam isu yang berlaku di Kompleks Kota Raya.
“NGO cuba tolong dapatkan kembali wang daripada peniaga yang cuba menipu beberapa pelanggan di kompleks itu.
“Ingatkan kerajaan atau polis bagilah hadiah, rupanya hadiah ke ‘dalam’,” katanya.
Katanya, beliau pelik dengan keadaan undang-undang Malaysia yang bertindak menahan mereka yang membantu orang ramai yang ditindas sedangkan mereka yang bersalah dibiarkan bebas.
Antara 25 NGO lain yang turut hadir pada sidang media itu ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang diwakili Timbalan Ketua Pemudanya, Alwi Adam; Yayasan Patriot Negara Malaysia; Perkasa; Gabungan NGO Islam dan Bersatu Malaysia. - ISMAWEB
Harap2 jangan ada orang kata: ala..itu polis Malaysia. ..biasa la..
ReplyDeleteKalau cakap bapak bapak polis makan rasuah marah..tapi itulah hakikat nya...Macam KPN ada TELOR ke mahu jawab...tindakan seumpama ini akan menambah kebencian ORANG MELAYU terhadap PDRM JUGA Menteri KDN...takde TELOR.
ReplyDeleteIsu ni SPRM tak mau buat kerja ke.. Siasat komplot kenapa Peniaga di Kota Raya tu tidak didakwa. Walaupun ada aduan. KPDNKK tak payah tanya la..buang masa.
ReplyDelete