Pages

Monday, December 14, 2015

KELUHAN MARHEIN TENTANG LORI-LORI BAUKSIT NAMPAKNYA TERUS MASUK KE LONGKANG!!! TAK SIAPA PUN PEDULI!!!



Antara isu-isu alam sekitar yang paling banyak diperkatakan selain daripada pemusnahan dan penarahan puncak bukit di Pulau Pinang bagi pembinaan kawasan perumahan mewah, adalah perlombongan bauksit dan ancaman lori-lori pembawa tanah mengandungi bauksit di Kuantan.

Bukan sedikit gambar, video dan bukti yang telah diberikan atau didedahkan membabitkan industri yang merosakkan alam itu, namun nampaknya selain daripada pengumuman 'acuh tak acuh' Kerajaan Negeri Pahang berhubung masalah tersebut, tiada tanda-tanda yang aktiviti tersebut akan dikekang, dipindahkan atau ditamatkan sesegera mungkin.

Terdapat banyak teori siapa sebenarnya pemilik lombong bauksit serta lori-lori berkenaan. Namun terdapat kekangan untuk menuduh atau menuding jari kepada pihak yang berkenaan.

Bagaimanapun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Sudahlah Sungai Pahang telah dijadimilikkan kepada konsesi, nampaknya rakyat dan penduduk di kawasan perlombongan dan laluan bauksit itu juga telah dijadimilikkan olehkepada syarikat konsesi. Mereka langsung tidak boleh berkata apa-apa. Suara mereka langsung tidak didengar. Keluh kesah mereka langsung tidak diambil kira.

Acuh tidak acuh dengan apa yang berlaku, sudah ada pihak yang mengambil kesempatan daripada masalah yang menimpa rakyat di kawasan terbabit. Kesalahan diletakkan ke bahu pemimpin negara dan Kerajaan Negeri Pahang yang diterajui oleh UMNO-BN.


Ada juga yang berkata, oleh kerana Kuantan berada di bawah cengkaman PKR, maka masalah tersebut adalah masalah wakil rakyat dan rakyat yang telah memilih PKR, perlu berhadapan dengan 'hukuman' sebegitu.

Apa yang berlaku di Kuantan membabitkan bauksit itu telah menjadi viral. Telah dijadikan sebagai contoh betapa hancurnya rakyat kerana ketamakan sesetengah pihak yang berkuasa dan ketidakupayaan pihak yang telah dipilih secara majoriti oleh rakyat untuk menjaga mereka.

Kebanyakan pihak mempersoalkan integriti Jabatan Pengangkutan Jalan, Majlis Kerajaan Tempatan, Pegawai Daerah, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian mahupun Exco dan Kerajaan Negeri Pahang yang dilihat terlalu lesu untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Sampai bila masalah bauksit dan lori-lori yang mengancam keselamatan penduduk di sepanjang laluannya akan dibiarkan bermaharajalela?


2 comments:

  1. Jangan harap le. Sama lah macam cameron highland. One stupid excuse after another. In the end its business as usual. Hopeless. I wonder if they sleep well at night.

    ReplyDelete
  2. ini malaysia. semua boleh.

    ReplyDelete