Pages

Monday, December 14, 2015

PUNYALAH NAK GULINGKAN NAJIB, AKHIRNYA PUAK-PUAK BERKENAAN BELA ERL DAN YTL!!!



Rupa-rupanya yang duk melalak sakan tentang perjuangan itu sebenarnya adalah perjuangan membela YTL.

Tidak disangka-sangka, YTL mendapat pembelaan yang luar biasa daripada golongan berkenaan walaupun telah terbukti YTL dan beberapa taikun lain, termasuklah Berjaya Group merupakan kelompok terelit di negara ini yang membolot serta menentukan segala kadar yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia.

Dan yang lebih menariknya, walaupun yang membuat onar adalah taukeh-taukeh besar seperti YTL, kesalahan tetap dilambakkan ke bahu kepimpinan masa kini. Manakala kepimpinan lalu yang menjadikan kumpulan terelit tersebut sebagai 'untouchable' dan boleh berbuat apa-apa sahaja, sebagai PERWIRA BANGSA!!!

Hebat!!!

Mulanya dahulu, masing-masing cuba menutup mulut untuk membela YTL. Tetapi selepas kenaikan tambang ERL yang kemudian didedahkan bahawa YTL adalah pemegang konsesi sebenar ERL, barulah mereka muncul, lantas cuba mempertahankan YTL sambil menyalahkan Najib kerana enggan membayar pampasan sebanyak RM2.9 bilion sehingga ERL 'terpaksa' menaikkan kadar tambang yang langsung tidak munasabah.

Facebooker LIM SIAN SEE menulis, pampasan tersebut telah dipersetujui dalam perjanjian konsesi sewaktu ditandatangani pada tahun 1997 lalu.

Menurutnya lagi, awal tahun ini YTL telah menyaman Petronas di London dan Petronas kemudiannya diarahkan memberikan pampasan kepada YTL sebanyak RM700 juta.

Ini adalah kerana berdasarkan kepada Perjanjian Pembekalan Gas (GSA) yang ditandatangani pada tahun 1993, Petronas sepatutnya menjual gas kepada YTL Power pada harga berdasarkan formula yang telah ditetapkan berbanding harga pasaran gas.

Bagaimanapun, kerajaan telah menetapkan harga untuk gas, YTL Power dalam laporan kewangan tahunannya menyatakan, Petronas secara sebelah pihak telah mearik kembali diskaun ke atas harga gas yang membolehkan YTL membeli gas pada harga di bawah pasaran sekaligus mencabuli perjanjian GSA.

Petronas sepatutnya membekalkan gas kepada YTL Power pada harga diskaun tetapi menarik kembali diskaun tersebut selepas 1997 apabila harga gas ditetapkan oleh kerajaan pada RM6.40 MMbtu (yang mana masih merupakan lebih rendah daripada harga pasaran) bagi semua janakuasa tenaga di negara ini selepas berlakunya krisis kewangan Asia.

Semenjak itu, YTL Power enggan membayar harga yang telah ditetapkan untuk pembekalan gas dan cuba mendapatkan semula 'lebihan bayaran' tersebut daripada Petronas. Sebenarnya dengan 'lebihan bayaran' itu pun, YTL Power masih memperolehi keuntungan yang sangat besar.

Akhirnya selepas 20 tahun, IPP milik YTL tamat tempoh pada 30 September 2015 (dengan hanya satu daripada dua yang diperbaharui untuk tempoh tiga tahun, berdasarkan kadar dan harga gas yang berbeza, berbanding mengikut perjanjian berat sebelah pada tahun 1993).

Walaupun memperolehi keuntungan besar selama dua dekad dan menyebabkan Petronas serta seluruh rakyat Malaysia membayar RM16.21 bilion kepada YTL Power, bahkan sekalipun mereka menikmati keuntungan besar daripada perjanjian berat sebelah yang telah berakhir, YTL nampaknya masih tidak berpuas hati dan memaksa Petronas membayar RM700 juta kepada mereka.

BACA DI SINI UNTUK TERMA-TERMA BERAT SEBELAH YTL-PETRONAS

Petronas telah cuba merayu kes ini di Malaysia. Peluang Petronas kelihatan sangat samar-samar dan sekiranya kalah, Petronas yang sedang bergelut dengan krisis harga gas dan minyak dunia perlu terpaksa membayar RM700 juta kepada YTL selain daripada sejumlah besar subsidi yang telah pun diberikan kepada YTL selama bertahun-tahun.

Dan sudah tentu, ianya amat membebankan Petronas.

Itukah sebenarnya yang dibela oleh puak-puak yang mendabik dada mereka menyokong Tun Mahathir?

8 comments:

  1. Tabung haji mcm mana admin? Mcm2 cara nk bela najib tapi rakyat dh hidu permainan najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa dengan tabung haji??

      Dah bangkrap ke bawah najib??

      Delete
    2. Tabung haji pn pegang saham, bkn ytl jee

      Delete
    3. ITU saham ERL, setakat 40% sajer.majoriti ytl & nazmi pegang.

      Delete
  2. ..kenapa dengan tabung haji?... sudah bankrap ker?.. cuba Anon 7.42pm cerita sikit... kita pun nak guna nama anon juga.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Duit berbillion2 hasil penipuan kroni2 mamak kerala ni kemudiannya digunakan oleh kapir2 cinapek dan pariah untuk membantu DAP untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam dan institusi Raja Melayu.
    Sebab tu la DAP kecut telur nak mendedahkan siapa penderma mereka.
    Tamatkan segala penipuan berdekad oleh jutawan2 dapigs.
    Kalau dah kaya dan berterimakasih, takpe jugak. Ini dah kaya raya tetapi sanggup mengkhianati negara sendiri dan bersikap KURANG AJAR DAN BIADAP.

    SEKARANG BARU AKU FAHAM KENAPA PUAK CINABUKIT NI MEMANG DIBENCI DISERATA DUNIA...TERMASUKLAH DI TANAH BESAR CHINA SENDIRI!

    ReplyDelete
  4. Secara tak langsung ERL tu milik YTL. Nak kecoh pasal apa? Kenapa tak suruh kerajaan yang dah buang subsidi Petrol gunakan duit kerajaan untuk buat pengangkutan awam. Kalau kerajaan sanggup merompak rakyat dengan cukai GST yang baru 8 bulan sudah mencecah RM30B, kenapa tak beli saja ERL tu dari YTL? Kerajaan dulu tak kutip GST tapi mengharapkan pengguna TOL atau ERL bayar setiap kali menggunakannya. Adillah gitu. Tapi, kalau kerajaan dah kutip GST sepatutnya banyak lagilah projek percuma untuk rakyat. Tak kan kiri kanan nak sapu.

    ReplyDelete
  5. Kes YTL dan Tun ini teramat dahsyat yg amat membebankan 30 juta rakyat Malaysia. Sampai bila kes ni harus dibiarkan? Bukankan ini melibatkan rasuah? Perlukah mereka ini dibcarakan atas tindakan yg x adil kepada rakyat?

    ReplyDelete