Walaupun kalau ditanya mereka tidak akan memperakuinya, tetapi pemikiran mereka hampir sama dengan Komunis apabila membabitkan agama iaitu agama adalah candu yang merosakkan. Agama bagi mereka menyekat kebebasan dan menyekat kemajuan selain peradaban tinggi.
Kelompok ini secara keseluruhannya merupakan generasi yang dilahirkan beberapa tahun sebelum atau selepas merdeka. Yang hidup mereka terlalu kebaratan dan beranggapan, Barat adalah tamadun teragung.
Golongan liberal ini beranggapan bahawa privasi manusia untuk melakukan dosa atau pahala, tidak tertakluk kepada undang-undang dunia. Anehnya, mereka berhujah pula bahawa segala-galanya perlu mengikut Perlembagaan atau undang-undang.
Mengapa pula perlu ada undang-undang kalau dalam isu agama atau pentadbiran agama, mereka mahu memansuhkannya? Bukankah elok kalau semua undang-undang dihapuskan dan negara ini dilaksanakan tanpa sebarang undang-undang?
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Selepas mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan bekas penjawat awam, G25 pula mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.
Noor Farida Ariffin
Antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.
Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu.
“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.
“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.
Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi.
Noor Farida berkata, pelaksanaan undang-undang syariah menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.
“Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda,” tegasnya.
Tambahnya, G25 akan mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka.
Sementara itu, M. Redzuan berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk ‘memperbetulkan’ beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.
“Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan,” jelasnya. (SUMBER)
Dia ni hilang biji kelentit tu yg meroyan sakan
ReplyDeleteDia mati nanti, mandi mayat dia, kafan dan sembahyang semua utusan peribadi dia sendiri. Kebumi pun urusan peribadi mayat dia sendiri.
ReplyDeletekalau tgk muka skrg ni sure masa muda pun mcm bulldog..dia kena byr ni kalau dia tido dgn jantan,.tu pun kena pulang kan baki kt dia..cian tgk dia dan akal dia pasal agama
ReplyDeleteHak peribadi konon.dosa tanggung sendiri.kalau buat maksiat dlm rumah sendiri dpat anak haram patutnya belalah senyap senyap.ngapa buang merata rata menyusahkan orang lain dan jkm.nanti masyarakat disalahkan tak peka.
ReplyDeleteIslam itu mudah tapi bukan utk dipermudah2kan..Islam itu sudah sempurna.. Cuma zaman yg dtg silih berganti itu byk kelemahan di mana2..justeru itu tiap zaman apa sekali pun mesti ikut Islam dan bukannya Islam nak kena di sesuaikan ikut telunjuk zaman.
ReplyDeleteBertambah lagi penyakit yg akan melanda negara msia. Penagih sudah makin kurang percentage tetapi huv aids makin tinggi. Nak pulak minta khalwat hal peribadi. Hah tunggu la kamu minah kepala sudah penohi uban dgn izin Allah yg Maha Berkuasa akan kena kpd suami dan anak kamu hiv. Surprise!!!!
ReplyDeleteNi la anak2 dajjal dah klr konon open minded. Sick..
ReplyDelete