Apa masalah Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia?
Bergantung kepada puak mana yang lebih menyedapkan telinga anda dan kena dengan apa yang anda fikirkan!
Bagi yang berfikiran terbuka, gemar mengkaji kembali kelemahan-kelemahan kerajaan terdahulu, pasti akan dapat melihat apa sebenarnya yang ditanggung oleh Najib dan kepimpinan pada hari ini, serta kesan jangka panjang yang akan menimpa generasi seterusnya rakyat Malaysia.
Antara tahun 1981 sehingga 1990, ketika di bawah pentadbiran Mahathir, Malaysia berubah total. Daripada sebuah negara pertanian yang bergantung kepada getah dan bijih timah serta sumber asli lain, Malaysia bertukar menjadi salah sebuah negara perindustrian.
Walau bagaimapun, sektor perindustrian hanya melibatkan pelabur-pelabur asing, manakala rakyat tempatan pula hanya segelintir yang sangat kecil sahaja terlibat. Majoriti rakyat Malaysia yang terlibat pula, hanyalah sebagai pekerja kolar putih dan sebilangan pula kolar biru.
Malaysia dikatakan sebagai pengeluar barangan elektronik terbesar dunia, tetapi setakat jenama sahaja, sedangkan hasilnya dimiliki oleh syarikat-syarikat negara asing berkenaan.
Projek penswastaan kemudiannya mengambilalih peranan kerajaan. Dan dari situlah, bermulanya masalah yang selama ini diselindungi, tidak diperkatakan, tidak disebut-sebut, malah tidak diungkit-ungkit.
Sesiapa sahaja selepas Mahathir yang menjadi Perdana Menteri Malaysia, perlu meneruskan kelangsungan penswastaan. Atau lebih tepat lagi KONSESI yang hampir kesemua konsesi melibatkan keuntungan sebelah pihak, manakala kerajaan dan rakyat pula perlu membayar syarikat-syarikat konsesi berkenaan.
Antara alasan paling wajar yang diberikan untuk menjustifikasikan penswastaan adalah kerajaan tidak mempunyai peruntukan yang besar, dan swasta boleh membantu mempercepatkan pembangunan. Kerajaan tidak perlu membayar secara sekaligus dan rakyat akan menanggung sebahagian daripada kos tersebut menerusi cukai.
Bunyinya seperti sedap dan indah, tapi hakikatnya tidak berlangsung sebagaimana yang diberitahu pada peringkat awal dahulu.
Benar, negara ini menyaksikan pembangunan dari Perlis sehingga ke hujung Sabah. Namun pada masa yang sama juga, syarikat-syarikat swasta tersebut turut bertukar menjadi gergasi besar yang sentiasa lapar dan tidak pernah kenyang-kenyang. Perjanjian konsesi seringkali dijadikan senjata paling ampuh untuk rakyat membayar keuntungan berganda mereka.
Dalam kes terbaharu, ERL yang melibatkan YTL Corporation dan Tabung Haji menyaksikan kenaikan tambang yang paling tidak munasabah kalau mengikut jarak dan perkhidmatan yang diberikan. Selalu sangat perbandingan dengan negara-negara jiran serantau dibuat untuk menjustifikasikan kenaikan, tetapi dalam isu kenaikan tambang ERL di mana YTL Corporation memegang kepentingan sebanyak 50% dan Tabung Haji yang dikatakan telah dipaksa memiliki 40% untuk menampung hutang besar YTL dalam projek tersebut, langsung tidak dibuat. Barangkali kerana harga tambangnya yang berpuluh-puluh kali ganda, membuatkan tiada perbandingan yang mampu dibuat.
Pengambilalihan konsesi Lebuhraya Utara Selatan oleh KWSP dan Khazanah, menyaksikan dari tahun 2011 sehingga kini, tiada sebarang kenaikan kadar tol walaupun gembar-gembur kenaikannya boleh dibuat ekoran perjanjian konsesi menyebut dan memberi hak kepada pemegangnya.
Berbanding lebuhraya-lebuhraya dalam bandar lain yang mengalami kenaikan kadar, alasan PERJANJIAN KONSESI adalah yang paling kerap digunakan. Dan melihatkan kepada pemilikan-pemilikan konsesi lebuh-lebuhraya tersebut, akhirnya membuka satu lagi persoalan yang sepatutnya ditanya apabila Dasar Penswastaan Negara diperkenalkan lebih 3 dekad lampau.
Ini kerana setiap kali kepentingan puak-puak pemegang konsesi tersebut terancam seperti yang berlaku dalam kes IPP melibatkan 1MDB, pelbagai isu baru dibangkitkan untuk menekan kerajaan dan Perdana Menteri hari ini untuk terus mengikut telunjuk mereka. Nadanya seperti pembangkang, walaupun hakikatnya mereka tidak pernah pergi mengundi pun tetapi mereka mempunyai cengkaman kukuh ke atas ekonomi negara ini.
Justeru, apa yang harus dilakukan oleh Najib ialah mula mengkaji dan menarik kembali konsesi-konsesi yang telah banyak merugikan rakyat Malaysia itu dari semasa ke semasa. Walaupun serangan-serangan ke atas Najib dan Kerajaan akan menggunakan pelbagai jenis skandal, tuduhan penyelewengan dan rasuah, Najib perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik berbanding sekarang demi kesejahteraan negara dan rakyat.
Najib tidak lagi boleh berlembut dan bertindak dalam diam sepertimana yang ditunjukkan dalam 6 tahun pertama pentadbirannya. Najib perlu lebih kukuh dalam tindakan, dan percakapan.
Malaysia perlu dikeluarkan daripada cengkaman konsesi dan kartel, terutama sekali yang membabitkan barangan makanan. Memang benar, golongan berkepentingan akan melenting dan akan tampil seolah-olah mereka adalah pejuang negara, namun rakyat juga perlu disedarkan bahawa ugutan ke atas Kerajaan menerusi kenaikan harga oleh konsesi dan kartel, bukanlah cerita-cerita gelap yang boleh disembunyikan.
Rakyat Malaysia perlu tahu perkara berkenaan!!!
Setuju sgt. Kerajaan harus fikir semula berapa sangatlah sumbangan mereka untuk kerajaan. Lainlah syarikat tersebut 51% milik kerajaan. Ini ada yg takda kena mengena langsung! dgn kerajaan melainkan kroni pemimpin. Mereka juga terlalu menekan rakyat. Selagi konsesi ini wujud selama itulah rakyat ditekan akibat kos sara hidup tinggi. Kalau tak dihapuskan pun saya cadangkan kerajaan tetapkan 51% pegangan ekuiti dlm syrkt. Selagi konsasau ni ada tak kira siapa pemimpin pun tetap akan dikritik rakyat.
ReplyDeleteAhmad albab.
zaman itu telah berlalu.. apa yang rakyat mahukan sekarang adalah penjelasan dari mulut ds najib sendiri berkenaan semua kemelut yang melanda negara. teruk sangat ke nak jumpa dengan rakyat sendiri..tak muat padang bola, di stadium setiap negeri boleh bagi penjelasan. kerajaan dan ds najib sendiri telah menghadapi krisis keyakinan.. budak muda pengundi sekarang bukan ambil tahu pun cerita lama..
ReplyDeletebaru skrg aku tgk Tun beckp tiada bukti dan tak mampu cari serta adakan bukti..tiada kuasa lagi utk ujud kan bukti mcm masa PM dulu..fikir2 kan lah
ReplyDelete