Berita tentang rasionalisasi hutang 1MDB yang dimulakan oleh PKR dan DAP bagi menggagalkan rancangan Najib untuk keluar daripada kepompong 4 NAGA BESAR yang menghirup setiap titik darah rakyat Malaysia dengan pelbagai konsesi dan perjanjian berat sebelah, telah disensasikan oleh Tony Pua, Rafizi Ramli, bahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sehinggakan drama-drama mereka menjadikan 1MDB sebagai satu masalah bebanan hutang kepada rakyat negara ini.
Penyenaraian IPO 1MDB telah berjaya digagalkan menerusi kempen-kempen agresif dan tersusun oleh puak-puak berkenaan dengan bantuan kepala-kepala kapitalis yang telah menikmati pelbagai kemudahan sebelum ini dengan sedikit balasan dalam bentuk dana politik kepada kepimpinan terdahulu. Kegagalan tersebut hanya mengehadkan pilihan yang ada bagi mengembangkan pelaburan yang dibuat iaitu dengan menjual pegangan aset yang dimiliki oleh 1MDB.
Sebutlah apa-apa sahaja konsesi besar di negara ini, nama-nama mereka pasti akan terselit sama. Kalau tiada nama mereka, pasti proksi-proksi mereka akan terselit. Kekayaan negara sekadar berlegar-legar di kalangan mereka semata-mata. Malah walaupun secara mata kasar kelihatan negara ini maju, tetapi hakikatnya rakyat Malaysia sebenarnya yang diperah dan diperas untuk keserakahan kelompok tersebut menerusi siri konsesi dan perjanjian-perjanjian berat sebelah yang tidak dapat diubah oleh mana-mana kepimpinan selepas Tun Dr. Mahathir melainkan dengan pampasan-pampasan bernilai puluhan bilion ringgit yang sekaligus sekiranya kerajaan selepas Mahathir mahu berbuat begitu, perlu menaikkan kadar cukai yang perlu dilunaskan oleh rakyat dan sektor korporat.
Rafizi Ramli, Tony Pua dan Liew Chin Tong serta mereka yang menggelarkan diri sebagai PROTUN yang sekarang ini mengatasnamakan RAKYAT, begitu galak membuat tohmahan dengan cerita-cerita fantasi mereka.
Bagaimanapun, ketiga-tiga pemimpin PKR dan DAP itu langsung tidak bersuara tentang dua projek besar yang telah dilaksanakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, beberapa bulan lalu.
Julai 2015, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyerahkan 49% kepentingan bernilai RM11.3 bilion dalam tanah kerajaan negeri seluas 6.8 ekar kepada Kerajaan Negara Singapura yang dimiliki 100% oleh Temasek Holding dan EDIS. (RUJUK SINI dan SINI dan SINI)
Mengapa Rafizi Ramli, Tony Pua, Liew Chin Tong mahupun PROTUN tidak melabelkan penjualan kepentingan 100% dan 49% sebagai MENJUAL NEGARA sepertimana penjualan 24% kepentingan Bandar Malaysia kepada syarikat dari China?
Mengapa perbuatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng menjual kepentingan tersebut dalam nisbah dan peratusan lebih besar, hanya dianggap sebagai PELABURAN ASING?
Adakah ianya sama seperti mana yang berlaku dalam Projek EMPANGAN BAKUN yang mendapat kritikan serius daripada pelbagai pihak di dunia sebagai PROJEK dan PENYELEWENGAN terbesar dunia melibatkan kroni terdekat dan kemudiannya memaksa Kerajaan Negeri Sarawak, Tenaga Nasional dan Sime Darby 'bail-out' projek tersebut daripada penguasaan syarikat-syarikat asing yang menerima penganugerahan projek berkenaan? Malah projek tersebut telah memalitkan imej negatif kepada Ketua Menteri Sarawak pada waktu itu, Taib Mahmud walaupun sebenarnya projek berkenaan sebenarnya adalah untuk pembekalan tenaga kepada Semenanjung.
Budaya 'bail-out' akhirnya telah menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan kerana tarif tinggi bagi membolehkan modal dikutip semula. Mujurlah Kerajaan Negeri Sarawak berjaya menguruskan masalah tersebut tanpa membebankan rakyat negerinya!
Malah berbanding penjualan kepentingan aset di Pulau Pinang dan Empangan Bakun, penjualan kepentingan dalam Bandar Malaysia dibuat menerusi tender terbuka antarabangsa yang dikendalikan oleh pihak ketiga.
Mengapa ada sikap dan persepsi yang berbeza dalam isu ini?
Bagi menjaga kepentingan kroni yang semakin terjerut kerana projek-projek mereka dirampas dan keuntungan mudah mereka tidak lagi dibayar dari kantung negara?
Kah kah kah semua parti politik kat malaysia ni pernah jual.negara.
ReplyDeleteDAPig jual terowong pp kat cina. Jual pulau jerejak kat hong kong untuk buat pusat judi. Jual port dickson kat israel untuk menang undi.
PKR pulak jual negara kat israel dan amerika untuk bantuan kewangan.
Hanya pas saja yang saya percayai.
Pas jual agama...;-) ;-) ;-)
Deletejiiilatttt...jangan tak jilat juboq najib tuuu....mashukkkk
ReplyDeleteMimpi ke apa. 1Mdb jual 60% kepada China. Adakah pegangan 40% keatas 60% menandakan minoriti berkuasa?Apa yg jadi China pandai pusing. Utk majukan tanah tu entiti kerajaan yg keluarkan dana. Projek China punya pinjaman kerajaan bagi. Samalah macan 1mdb/petro saudi. Alih alih cina gak yg untung melayu..lopong.
ReplyDeletenajib jual tanah utk bayar hutang, apa malaysia dapat, telur.... kenapa kerajaan tak jual tanah tu, dan duit tu dapat kat malaysia, bukan jual tanah, dapat duit, bayar hutang... bodoh sungguh admin nii, umno bagi makan dedak murah kot
ReplyDeleteApa punya bangang FDI - Foreign Direct Investment di samakan dengan lelong Tanah Premium?
ReplyDeleteKerajaan beri Tanah Premium at ROCK BOTTOM price and 1MDB made a STAGGERING 2039% Profit, yes! But the MONEY is meant to be PAYING OFF DEBT taken without due diligence, all of the 7.4 Billion RM of it! Business model cara Layar Kembang Sauh di Labuh??? WTF???
Kau nak jual MAK KAU HIJAU pun belum tentu there will be takers! You've got to earn your keep man but like always pre-paid bloggers butt-lickers are the standard with Mat Maslan, never failed to be amusing by being so bloody stupid!
ITU LAPIZI LAMLI HANYA GULAU SAJE. MINYIAK SULA TULUN HALEGA. BALANG HALEGA BILA MAU TULUN? INI MISTI GST PUNYA PASAT. ITU MACIAI MESTI SETUJU PUNYA...WA PUNYIA KAUM PUN CIAKAP ITU MACIAM. MUKAN MINYIAK PUNYIA HAT. HAIYAAA... LANTHUI PUNYIA OLANG. PUSING2. SAMPAI WA PUNYIA KIPALA ATAK PINING.
ReplyDeleteITU LAGI SATU...TONI PHEE..WA PUNYIA BANGSA. MANYIAK BISING SEBAB MULAYU PUNYIA HAT. SENDILI PUNYIA BANGSA JUAT TANAH, LIA TIAM2.ITU PINENG PUNYA SOHAI..MAU KILA 123 PUN TAK TAU..SULA JUAT TANAH..LIA TAK MAU BISING KA? WA CIAKAP..LANTHUI.
SOLI AA...WA GULAU SAJE...
Semoga Allah taala memberikan pembalasan yang setimpal dengan perbuatan Najib Razak ..insyaallah
ReplyDeleteSekarang lu suruh Allah jadi Lu punya office boy...adoi
DeleteSo... you mean Najib memang tak jual tanah kepada Cina???
ReplyDeleteHakikatnya, jika 1MDB tak bermasalah... sekarang dah untung berjuta... bukan setakat menampal kerugian.
So... you mean Najib memang tak jual tanah kepada Cina???
ReplyDeleteHakikatnya, jika 1MDB tak bermasalah... sekarang dah untung berjuta... bukan setakat menampal kerugian.
melayu2 pembodek , penjilat mahathir ni , kebayakan spesis hantu kubur. org tak berparti ,atas pagar,penyokong lalang yg oportunis. tapi bila bercakap menyalahkan kerajaan nombor wahid. mcm2 mereka spin memburukkan najib. tanpa mereka sedar,mereka makin menambah dosa kpd najib.najib gemuk dgn pahala , mereka dan tangan mereka penuh dgn noda dosa memfitnah org lain.
ReplyDeleteLim Guan Eng DAP jual Tanah RM11.030 bllion pada cina Singapura tu lagi pengkhianat agung Melayu Malaysia.
ReplyDelete