Jeti-jeti puak di Pulau Pinang telah dijadikan tapak warisan UNESCO dan telah menarik kedatangan pelancong dari seluruh dunia, walaupun hakikatnya ia jauh lebih muda berbanding perkampungan-perkampungan Melayu yang telah wujud lama sebelum kedatangan Francis Light pada tahun 1786 yang kini telah dihapuskan oleh Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang.
Selama berdekad-dekat, setiap kali Tahun Baru Cina, persatuan akan menganjurkan festival sebagai menandakan sembahan kepada Dewa Tian Kong yang juga merupakan tradisi Hokkien.
Tahun lepas, buat kali pertama selepas DAP mengambilalih kuasa di Pulau Pinang, Ahli-Ahli Parlimen DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak dijemput ke festival tersebut, sebaliknya mereka menjempung Chew Mei Fun dari MCA dan Teng Chang Yeow dari GERAKAN.
Pada waktu itu, Pengerusi Jeti Chew berkata, dia masih baru dan tidak begitu faham dengan prosedur untuk menganjurkan acara tersebut.
"Kami tidak menjemput mana-mana parti politik tahun ini. Datin Paduka Chew Mei Fun (Pengerusi MCA Pulau Pinang) dijemput kerana nama keluarganya Chew dan (Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang) Teng Chang Yeow pula dijemput kerana dia adalah kawan baik saya," kata Pengerusi Jeti Chew.
Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik jelas begitu kecewa kerana tidak dijemput ke acara itu dan meluahkan perasaannya di Facebook.
"Sudah pasti saya akan menghadiri sambutan tersebut kerana ia berada di kawasan Parlimen saya. Tetapi saya tidak menerima sebarang jemputan. Sekarang, puak jeti bukan sahaja tidak mahu wang Kerajaan Negeri, sebaliknya Ketua Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen yang mereka sendiri pilih pun, mereka tidak mahu lagi."
Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah menghadiri sambutan tersebut bersama-sama beberapa orang Exco dari tahun 2009 sehingga 2014, juga berkata dia tidak menerima sebarang jemputan malah Kerajaan Negeri juga tidak dijemput untuk hadir dalam sambutan tersebut tahun lepas.
Ditanya sekiranya dia kecewa, Lim Guan Eng berkata, dia tidak kecewa.
Itu kata Lim Guan Eng. Tahun ini, dia tunjukkan siapa sebenarnya dia.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, persatuan Puak Jeti mahu menganjurkan festival Tahun Baru Cina Tian KOng yang sama - sesuatu yang telah mereka lakukan selama beberapa generasi - tetapi tanpa sebarang alasan dan penjelasan, rancangan mereka telah disekat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebaliknya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula yang menganjurkan acara tersebut di tapak yang biasanya digunakan oleh persatuan puak jeti untuk perayaan tersebut.
Dengan kata lain, bagi mengelakkan Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP Pulau Pinang tidak lagi dijemput, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merampas perayaan tersebut, menganjurkannya sendiri walaupun mereka bukannya dari keluarga puak jeti semata-mata untuk memastikan dan membolehkan Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP hadir.
Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu mencetuskan kemarahan di kalangan persatuan Puak Jeti yang menurut mereka, mereka telah dilayan secara tidak adil oleh Kerajaan Negeri. Justeru mereka memprotes tindakan tidak bertanggungjawab dan zalim itu.
"Kami akan menyambutnya buat kali ke-109 tahun ini. Selama bertahun-tahun, kami telah bersembahyang untuk Maharaja Jed dan melakukan upacara keagamaan yang telah menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar. Kerajaan negeri tidak meminta pandangan kami sebelum buat keputusan. Kami hanya mendapat tahu daripada laporan akhbar. Kami sangat kecewa dan sedih dengan keputusan ini," kata bendahari Jeti Chew, Chew Seow Pheng.
Seorang Ahli Parlimen DAP sebaliknya berkata, "Kami tidak memerlukan keizinan daripada mereka memandangkan tanah itu adalah milik Kerajaan Negeri." (RUJUK SINI)
NAJIB SEPATUTNYA BELAJAR DARIPADA LIM GUAN ENG KAEDAH KUKU BESI SEPERTI INI... kalau ada sesiapa yang bising, suruhlah mana-mana Ahli Parlimen BN cakap, 'kami tidak perlukan keizinan sesiapa kerana tanah itu adalah milik Kerajaan Persekutuan'.
Budaya kurang ajar dan biadap dalam DAPigs dari pemimpin teratas, turun kepada ahli2 dan penyokong2 turun kepada anjing2 DAPigs.
ReplyDeleteLim guan eng memang muka tak tahu malu. Segala2 dalam Pulau Pinang dia nak kontrol termasuk perayaan yg dah wujud lebih beratus tahun. Memalukan dia bukan keturunan Chew membangsat dari Melaka
ReplyDeleteBetty Chew boleh hadir kan?
ReplyDelete