Pages

Thursday, March 10, 2016

KETUA POLIS NEGARA ARAHKAN PCIRC PANTAU DAN AMBIL TINDAKAN KEPADA MEREKA YANG BUAT FITNAH DALAM MEDIA SOSIAL!!!



Polis akan memantau, mengesan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang menyalahgunakan laman-laman sesawang media sosial, termasuklah menyebarkan gambar atau berkongsi maklumat-maklumat yang tidak bertanggungjawab. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Pusat Tindakbalas Siasatan Siber Polis (PCIRC) akan memantau dan mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab itu. 

"Para pengguna media sosial seharusnya berhenti mencipta, menyebar dan berkongsi sebarang perkara yang memberi kesan kepada pihak awam dan mengganggu masyaraka, terutama dengan hasutan.

"Saya telah mengarahkan PCIRC untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan media sosial," katanya dalam satu kenyataan. 


Menurut Khalid, mereka yang ditahan akan didakwa di Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 selain beberapa undang-undang yang berkaitan. 

"Pengguna seharusnya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka menerima atau mengesan sebarang kenyataan yang memberi kesan kepada kepentingan rakyat dan negara. Saya ingin mengingatkan semua bahawa kebebasan bersuara perlu dipraktikkan secara sah dan berdasarkan kepada kebenaran," katanya. 

Menurut Khalid lagi, hak ini ada hadnya dan telah diterima di seluruh dunia, malahan disokong oleh undang-undang khas untuk memelihara kepentingan awam.

Kenyataan Khalid turut merujuk kepada perkembangan terbaru dalam media sosial, yang mana cukup meriaih dengan fitnah menggunakan gambar dan maklumat palsu yang menghina kepimpinan negara, selain cubaan menimbulkan panik di kalangan masyarakat awam. - Bernama


No comments:

Post a Comment