Pages

Thursday, March 10, 2016

MEMANG SAH, WAN AZIZAH TAK BOLEH PANDANG MUKA MAHATHIR BILA SEKALI LAGI PONTENG PERTEMUAN DEKLARASI RAKYAT!!!



Sepatutnya malam tadi, Wan Azizah yang berperanan sebagai Presiden PKR, hadir dalam pertemuan pertama para penandatangan Deklarasi Rakyat namun dia terus menghilangkan diri.

Menurut Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, pertemuan tertutup itu berlaku selama 2 jam dari jam 9:00 malam di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Antara perkara yang dibincangkan adalah kaedah-kaedah yang akan memastikan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak diusir daripada kerajaan, kata Shamsul apabila ditemui di lobi Parlimen hari ini. 

"Kami telah membincangkan beberapa aktiviti untuk mempromosikan Deklarasi Rakyat. Kami juga telah berbincang dan mencadangkan siapa yang seharusnya berada dalam sekretariat yang saya percaya akan diumumkan tidak lama lagi."

Maklumat lanjut, menurut Shamsul Md Akin atau Sam Ketot, akan diumumkan oleh Dr. Mahathir Mohamad. 

Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, pertemuan atau mesyuarat tersebut berjalan lancar sekaligus membayangkan komitmen para penandatangan deklarasi walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang politik.  

Antara yang hadir malam tadi untuk bermesyuarat adalah Dr. Mahathir, Lim Kit Siang, Sanusi Junid dan Mukhriz Mahathir. 

Wan Azizah yang tidak hadir semasa majlis menandatangani deklarasi pada Jumaat lepas, sekali lagi 'ponteng', kata Mahfuz. 

Apabila ditanya sekiranya agenda Pakatan Harapan adalah untuk membebaskan bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dimasukkan dalam 'agenda reform' dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, Mahfuz berkata, isu tersebut tidak berbangkit.

"Bagi kami, pembaharuan perlembagaan tidak akan berlaku sehinggalah Najib ditendang turun. Kami semua mahu memastikan perkara ini dan menamatkan kegilaan dan penyelewengan kuasanya. Kami telah bersetuju dari awal bahawa fokus kami adalah untuk menyingkirkan Najib. Perkara-perkara lain hanya akan dibincangkan selepas itu."


2 comments:

  1. Dia layak jadi hero tapi bila kiri dan kanan beliau nak beliau jadi heroin, lebih baik duduk rumah jaga cucu.

    ReplyDelete
  2. perempuan dan lelaki, emosi dan ego berbeza

    lelaki oportunis mudah memaafkan

    perempuan mudah cair dan mudah memaafkan

    perempuan tidak memaafkan kalau ianya penderhakaan

    dihujung perjalanan kehidupan, kedua-dua gender sama saja:

    suka bermaaf-maafan.

    ReplyDelete