Pages

Friday, April 1, 2016

JAGDEEP SINGH SEPATUTNYA BELA LIM GUAN ENG, TAPI DIA KHIANATI DAN KANTOIKAN PENIPUAN GUAN ENG!!!



Dua hari lepas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertungkus-lumus cuba bertaichi tentang isu tanah Taman Manggis sekaligus cuba untuk tidak lagi bercakap tentang banglo Lim Guan Eng yang tidak mempunyai kolam renang mahupun kesialan fengshui. 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendakwa, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Barisan Nasional terdahulu telah membatalkan pembinaan projek PPRT di atas tanah seluas 1.1 ekar yang sekarang ini telah dijual oleh Kerajaan Lim Guan Eng kepada KLIDC. Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memansuhkan kerahsiaan beberapa dokumen yang berkaitan, terutama sekali dokumen yang dirasakan dapat membantu Lim Guan Eng. 


Dalam salah satu dokumen tersebut, Teng Chang Yeow pada tahun 2005 telah mencadangkan, selain membina PPRT, Kerajaan Negeri juga akan membina kuarters (yang mana termasuk juga perumahan awam untuk kakitangan kerajaan) berserta rumah-rumah kedai. 

Ketua Menteri Pulau Pinang pada waktu itu, Koh Tsu Koon berkata, ia mungkin idea yang baik untuk membolehkan pemaju swasta membuat tender pembinaan keseluruhan projek, sekaligus membolehkan rumah-rumah kedai itu boleh membiayai kuarters kerajaan dan melegakan peruntukan untuk negeri. Dia telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri menyediakana kertas proposal untuk tujuan tersebut. 


Beberapa perkara yang perlu diperhatikan: 

1) Ia hanyalah cadangan yang sedang dipertimbangkang. Cadangan itu pula tidak kelihatan langsung diterima atau diluluskan memandangkan tiada tender projek tersebut dikeluarkan. 

2) Sekalipun diluluskan, ia masih dibangunkan untuk rumah awam termasuklah untuk kakitangan kerajaan dan yang paling penting, tanah tersebut tidak dijual kepada pemaju swasta yang hanya menyimpan tanah tersebut tanpa berbuat apa-apa demi keuntungan yang lebih besar pada masa sekarang.

Satu lagi dokuman yang telah dilepaskan oleh DAP merupakan minit mesyuarat pada 2007 yang mana menyatakan Kerajaan Negeri telah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih keseluruhan tanah seluas 4.93 ekar - dan bukan hanya 1.1 ekar. 

Sebenarnya ia adalah prosedur standard bagi Kerajaan Persekutuan untuk cuba dan mengambil balik tanah dari Kerajaan Negeri yang mana telah digunakan untuk pembinaan perumahan awam - yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menolaknya. Sekaligus ini membuktikan bahawa tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah BN menolak perumahan PPRT adalah sesuatu yang tidak berasas sama sekali. Tiada juga sebarang catatan dalam minit mesyuarat tersebut yang menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah BN mahu mengubah status tanah kepada komersial atau membatalkan perumahan awam. 

Bukti yang cuba digunakan oleh Kerajaan Lim Guan Eng, tidak ubah seperti pisau yang menikam kepalanya sendiri. Bukti-bukti tersebut menyatakan, Lim Guan Eng dan Exco-Exco yang sedang membelanya sekarang dengan menggunakan bukti-bukti berkenaan adalah pembohong dan berniat jahat melindungi sesuatu dengan mengelirukan orang awam menerusi bukti-bukti palsu!

Sebaliknya bukti yang dipaparkan oleh DAP itu hanya menyatakan, kerajaan BN yang lepas tidak membatalkan projek perumahan awam, kerana proposal tersebut masih berkisar tentang perumahan awam iaitu PPRT atau kuarters Kerajaan. 

Pembohongan dan cubaan putar belit bagi mengalihkan isu dan skandal banglo serta jualan tanah Taman Manggis nampaknya gagal lagi. 


Lebih mengejutkan lagi ialah, satu lagi dokumen yang didedahkan oleh Jagdeep Singh merupakan pelan bangunan asal 2001 untuk keseluruhan tanah seluas 4.93 ekar itu, yang mana jelas menunjukkan keseluruhan blok tanah menempatkan projek perumahan. 

Bukti ini menafikan dakwaan Lim Guan Eng kerana tanah Taman Manggis sememangnya telah dirancang untuk perumahan awam sedangkan Lim Guan Eng pula berkata, pelan tersebut hanya menunjukkan tanah tersebut telah ditanda untuk 'pembangunan akan datang' tanpa menyebut langsung perumahan awam. 

Anda boleh perhatikan pelan tersebut. Hanya orang bodoh sahaja yang akan kata, mereka tidak tahu bahawa keseluruhan blok telah diperuntukkan untuk perumahan awam. Keseluruhan kawasan telah jelas ditanda dan tajuknya juga menyatakan bahawa ia adalah Projek Perumahan. 

Seolah-olah Jagdeep Singh cuba main kongkalikong dengan Guan Eng dan mahu menyatakan Guan Eng adalah penipu besar apabila dia mendedahkan pelan tahun 2001 itu. 




3 comments:

  1. tanah taman manggis terjual dengan pajakan selama 99 tahun. hangpa semua org penang kena tunggu 100 tahun lagi la nak merasa dapat duduk rumah yg murah di pulau. 2 tahun lagi, pangkah la PH lagi. 200 tahun lepas tu hangpa semua kena buat rumah dalam laut..tu pun kalau cina tu nak bagi free.

    ReplyDelete
  2. pakat tolak dap dn sekutunya dlm pru 14 nnti.

    ReplyDelete
  3. Nak selamat salahkn pihak lain.. mcm slah kira 2k undi.. salahkn exel.. mmg bangang betul la parti komunis ni.. lanjioooo

    ReplyDelete