Pages

Friday, April 1, 2016

PENTAKSUB MAHATHIR PASTI TAK SUKAKAN REALITI INI... TAPI INILAH HAKIKAT YANG PERLU DITELAN!!!


Mahathir untuk dikenang?

Tiada sesiapa pun yang dapat menafikan sumbangan besar yang diberikan oleh Mahathir kepada negara ini sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Walaupun semenjak dari tahun pertama dia menjadi Perdana Menteri, sudah ada gerakan untuk menggulingkannya dan tidak berpuas hati dengannya kerana dia melangkau senioriti serta terlalu diberikan keistimewaan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, namun hanya pada tahun ke-6 pentadbirannya sahaja, Mahathir benar-benar berhadapan dengan cabaran getir yang menyaksikan, dia hampir kehilangan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kalau tidak kerana taktik 'blackout' semasa pengiraan undi pemilihan Presiden UMNO yang menyaksikan dia menang dengan majoriti yang sangat kecil.

Selama 22 tahun, Mahathir mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli dan akar umbi UMNO walau apa pun yang dilakukannya kerana dia adalah Presiden parti dan Perdana Menteri. Walaupun beberapa keputusannya terutama sekali yang membabitkan krisis dengan istana, tidak disenangi, tetapi ahli-ahli dan akar umbi UMNO tetap menyokongnya... hanya kerana dia adalah Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Namun selepas dia menjadi pesara Perdana Menteri, Mahathir seperti terlupa, segala sokongan tersebut akan berubah kepada penggantinya. Dia berjaya ketika 'mengenakan' Abdullah Badawi tetapi kepada Najib Abdul Razak, seperti pepatah Arab yang mengatakan, orang bodoh sahaja yang jatuh ke dalam lubang ular sebanyak dua kali.


Pengulangan yang dilakukan oleh Mahathir dengan bersandarkan kepada 'SINGAPURA' sebenarnya tidak lebih daripada satu alasan yang terlalu kecil kalau dibandingkan dengan kekecewaan taukeh-taukeh konglomerat yang hilang satu persatu sumber kekayaan mudah mereka yang diperolehi pada zaman Mahathir memerintah.

Pun begitu, Mahathir cuba mengelabui hakikat dengan mengatakan, dia tidak mempunyai tentangan keras sepanjang 22 tahun memerintah Malaysia. Satu pembohongan yang jelas terang dan nyata!!!


Antara faktor penentangan besar ke atas Mahathir adalah BMF-CARRIAN, MEMALI, CAMPURTANGAN DALAM SISTEM PERUNDANGAN, KRISIS PERLEMBAGAAN MELIBATKAN ISTANA dan beberapa isu lain sehingga menimbulkan suasana tidak senang dan tenang selain wang PETRONAS yang sangat besar dalam projek-projek mega.

Wang besar Petronas, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya, akhirnya 'lenyap' begitu sahaja kerana yang mendapat laba besar selepas itu adalah syarikat-syarikat kroni termasuklah 4 taukeh konglomerat yang setiap projek mega negara, nama syarikat mereka pasti mendahului.

Selepas itu, Mahathir menggunakan dan berselindung di belakang undang-undang untuk menyenyapkan penentangan. Operasi Lalang dan beberapa operasi lain, walaupun bagus untuk mententeramkan negara ini daripada gangguan orang politik, namun pada masa yang sama, menimbulkan kocakan besar pada peringkat atasan.


Gabungan Mahathir-Anwar menambahkan lagi perisa dan garam kronisme, korupsi dan nepotisme. Kedua-duanya saling berlumba untuk membela kroni masing-masing, sehinggakan orang seperti Vincent Tan boleh makan dua kolam - satu kolam Mahathir dan satu lagi kolam Anwar.

Negara berhutang besar dengan taukeh-taukeh konglomerat ini. Rakyat dipaksa menanggung hutang negara menerusi konsesi dan pertambahan kadar kos dari semasa ke semasa menerusi perjanjian-perjanjian berat sebelah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun yang menjadi Kerajaan walaupun selepas Mahathir reput dan hanya tinggal tulang cenonggeng di liang lahad.

Jasa-jasa Mahathir sebenarnya telah dibayar oleh rakyat Malaysia menerusi pertambahan kadar tol lebuhraya, pertambahan tarif air dan elektrik, pertambahan kesukaran mendapatkan biasiswa untuk pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera walaupun Perlembagaan Persekutuan menyatakan, biasiswa adalah hak istimewa Melayu-Bumiputera, malah pertambahan kos sara hidup memandangkan kartel-kartel dan sindiket-sindiket yang menguasai serta mengawal pasaran, mendapat layanan baik pada zaman Mahathir.

Sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, rakyat Malaysia beberapa kali pernah berhadapan dengan ketiadaan bekalan gula dan tepung serta minyak masak! Malah bekalan daging ayam juga sengaja direndahkan, dengan peristiwa anak-anak ayam dibakar bagi menaikkan harga dan mewujudkan tekanan pengurangan bekalan di pasaran.




Kalau nak ungkit soal jasa bina Putrajaya, KLCC etc....sampai bila2 pun tak habis. 22 tahun memerintah negara kalau tak buat pembangunan, itu bodoh namanya. Sedangkan DS Najib 6 tahun memerintah pun dah buat UTC seluruh negara, MRT serba moden, Greater KL, keretapi elektrik Padang Besar ke KL, Jambatan Kedua Penang etc. Tun bina KLCC dan Putrajaya bukan pakai duit kocek beliau. Sebaliknya menggunakan duit Petronas. Kalau nak cakap pasal jasa, Petronas ni bapak Najib yang dia maki hamun tu yang buat. Tak malu ka? So sampai bila nak ungkit jasa? (ABDUL RAHMAN KADIR)
😏

9 comments:

  1. "Faridina Jane" - nama pun macam sundal.

    Eh, ynag bodoh, banggang dan kurang ajar dan biadap adalah kau, cunt!
    Kau ingat asalkan tak sokong mamak cilaka tu bererti kami makan duit suap? Ingat semua orang dalam dunia ni melacur macam kau dan mak kau?

    Go fix your leaky cunt!

    ReplyDelete
  2. Kesian aku tengok Melayu satu ni meroyan di siang hari.

    Melayu ini tidak dapat bezakan antara yang hak dan yang bathil.

    Sabda Rasullullah saw, yang bermaksud :
    " Orang yang terbaik antara kamu adalah mereka mereka yang memberi manfaat kepada orang lain"

    Adakah kamu ni diantara mereka?

    ReplyDelete
  3. Bukan makan duit suap bro tapi makan duit haram, sedekah dari Najib Pahlawan Bugis
    Bukan pahlawan atau pejuang bangsa Melayu .

    Si Melayu juga kena tipu

    Kesian Melayu tak habis habis kena tipu

    ReplyDelete
  4. Pemimpin datang dan pergi .. Kita harus akur.. Sokonglh yg dipilih rakyat. Yg dh bersara duk lh ontok2..

    ReplyDelete
  5. Aku memang suka kangkong cicah dgn sambal belacan. Cukup sekadar sepinggan nasi putih dan segelas air masak saja, yg lain tak perlu.

    Tapi barang2 dapur yg lain tu perlu jugak. Beban gak dgn harga yg makin tinggi. Ikan kembung baru RM4 sepuluh tahun sudah, sekarang RM14 pun payah nak jumpa. Kalau kenaikan gaji RM50 setahun, semakin kuat kena ikat perut. Cukup sedih bila rakyat jelata macam tu.

    Aku cakap ni kisah rakyat biasa yg low class, low income. Rakyat kena puasa bila anak dia sakit, yg kena puasa bila motor dia rosak. Lainlah bagi yg miskin tegar, ibu tunggal atau anak yatim, yg dapat bantuan JKM.

    Terasa hampa sangat bila Mohd Najib pulangkan wang Tok Arab tu... Dia mungkin tak perlu, tapi rakyat perlu... Takkan dia tak tau kot? Takkan dia tak peduli kot rakyat yg susah? Takkan dia tak boleh fikir macam mana nak tolong rakyat jelata?

    ReplyDelete
  6. Ni copy paste dari blog pembangkang masa zaman Mahathir jadi PM ke? Tak ubah langsung isinya. Kenapa tak letak je Mahafiraun segala. Baru sedap kitorang (baca dedakians) nak baca.

    Ada satu cerita, dua watak, kisah sama, pengakhiran berbeda.


    Ali mahu beli rumah.
    Ali tak ada duit.
    Ali pinjam bank; banyak.
    Ali beli rumah ikut harga pasaran.
    Ali bayar hutang bank.
    Ali habis bayar hutang bank.
    Ali ada rumah.
    Ali bebas hutang.
    Ali hidup bahagia dan gembira.
    Semua buat tak tahu sahaja. Boleh jelaskan hutang bank perkara biasa.

    Abu mahu beli rumah.
    Abu tak ada duit.
    Abu pinjam bank; banyak.
    Abu beli rumah melebihi harga pasaran.
    Abu tak boleh bayar hutang bank.
    Abu jual rumah; harga jual murah dari harga beli.
    Abu bayar hutang bank.
    Abu berjaya kurangkan hutang bank.
    Abu tak ada rumah.
    Abu masih ada hutang bank.
    Abu hidup bahagia dan gembira.
    Semua sayang Abu sebab berjaya kurangkan hutang, itu bukan biasa-biasa.

    ReplyDelete
  7. Qalam Qabut.
    Nama pena pun macam kelam kabut dah,
    Harga barang akan tetap naik,20 tahun dulu 20 sen dah bolih beli nasi lemak,10 tahun 50 sen pun bolih beli nasi lemak juga,sekarang ini dah 2016 memang lah harga benda naik
    Tolong definasikan rakyat low class...di mana di town ke atau kampong
    Di bandar...Low income...ada kah itu salah kjaan...Kjaan beri peluanhg belajar setinggi mana yg bolih tapi peluang tidak diambil
    Low class... mana ada orang bandar low class ....selain dari drug addicts atau jenis yang malas bekerja.Mereka ini terlalu ego,materialistik dan berprinsip Buy want they want not want they need.Sikap kesederhanaan langsong tak wujud dalam kamus mereka
    Apa hal nak salahkan Najib pulang duit derma tu.kalau tak pulang berkemungkinan sdr lah orang paling pertama kutuk dia.
    Adalah tidak adil menuduh beliau tak tolong rakyat.
    Malas nak tulis perkarax yang Najib untuk bantu rakyat....buka mata,lihat sekeliling,buka telinga dengar perkara yang tulin dan berfakta buka persepsi dan fitnah...saya rasa baru Kelam Kabut sdr hilang

    ReplyDelete
  8. Lg satu jasa najib. GST.

    ReplyDelete
  9. kalau dikira dulu...aku kerja kilang...nak beli kapcai pun tak mampu. beli susu anak didahulukan. sekarang...kereta pun diorang mampu beli. kata orang kampung susah...cer lihat...setiap buah rumah kampung mesti ada sebiji kereta sekurang2nya. itu jika nak diukur kesusahan orang kampung. memang ada yang susah. jangan pukul sama rata. tapi kita punya agensi yang memberi bantuan. kalau dimalaysia ni...ada yang mati kebuloran...nampak sangat orang tu terlampau malas atau jiran yang macam kalam kabut tak ambil peduli.
    dari aku kecik sampai dah bercucu harga barang tak pernah turun harga. kalau turun tu...dah nak kiamatlah tu...

    ReplyDelete