Pages

Saturday, May 14, 2016

ADAKAH TANAH REZAB MELAYU DI TANJONG NAKHODA, AKAN DIPERTARUHKAN DEMI KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN DI SUNGAI BESAR?



5 NOVEMBER 2015...

ADUN SEKINCHAN, Ng Suee Lim di Dewan Undangan Negeri Selangor telah mengusulkan agar TANAH REZAB MELAYU di BAGAN NAKHODA OMAR, diserahkan kepada orang Cina dan ditukarkan serta dihapuskan statusnya. Selain itu, nama BAGAN NAKHODA OMAR pula ditukarkan menjadi BAGAN NAKHODA CHONG.

Alasan yang diberikan oleh Ng Suee Lim adalah TANAH REZAB MELAYU itu telah diduduki sepenuhnya oleh orang Cina. Jadi bukan sahaja pendudukannya perlu dihalalkan walaupun mereka menceroboh tetapi juga, nama juga perlu diubah bagi menggambarkan yang kawasan tersebut telah ditakluki sepenuhnya.

Berita 5 NOVEMBER 2015 (RUJUK DI SINI) tidak begitu menarik perhatian, tidak menjadi viral dan tidak begitu diperkatakan.

Ng Suee Lim masih boleh berjalan ke sana ke sini sambil cuba memancungkan hidung dan membulatkan matanya walaupun hidungnya kemek dan matanya sepet kerana dia tidak pernah dikenakan tindakan hasutan kerana cubaan mencetuskan konflik perkauman.

Secara simboliknya, daripada kenyataan Ng Suee Lim itu ialah, mana-mana kawasan yang telah diduduki oleh orang Cina, maka Melayu perlu berambus dan tempat tersebut perlu ditukar nama.


Lebih menarik lagi ialah KUASA MEMBABITKAN TANAH ADALAH KUASA KERAJAAN NEGERI di mana DAP menguasai 15 kerusi DUN Selangor dan PKR yang menguasai 13 kerusi pula, tidak dapat berani berbuat apa-apa menyanggah kehendak DAP. PAS yang menguasai 13 kerusi DUN pula, tidak berfungsi apa-apa walaupun diperuntukkan jawatan Exco dan Timbalan Speaker DUN.

PRK Sungai Besar merupakan medan utama untuk menarik undi sebanyak mungkin. Seperti kata Ng Suee Lim, Bagan Nakhoda Omar diduduki oleh 100% pengundi Cina. Jadi, untuk memujuk 100% Cina di Bagan Nakhoda Omar itu, adakah kempen agar Tanah Rezab tersebut dilupuskan, akan dilakukan secara giat walaupun Bagan Nakhoda Omar dilaporkan bukan sebahagian daripada Parlimen Sungai Besar?

Parlimen Sungai Besar mengandungi 31% pengundi Cina berbanding 66% Melayu yang berpecah kepada PAS, PAN, UMNO, PKR dan DAP.

Walaupun Ng Suee Lim kemudiannya menyatakan ia adalah satu kenyataan JENAKA, namun, JENAKA sebegitulah yang telah menyebabkan Malaysia terjajah selama beberapa abad dan akhirnya anak-anak watan terpaksa menerima kedatangan 'tetamu' yang bersifat seperti tuan, dengan penuh mengkelan!!!


3 comments:

  1. Bagan Nakhoda Omar bukan terletak dalam parlimen sg. besar

    ReplyDelete
  2. jgn bgi undi kpd dap dan proksinya...melayu islam mesti sedar akibatnya jika dap berkuasa.

    ReplyDelete
  3. Siapa yang salah .. pemimpin dari atas sampai kebawah.. semuanya berbangsa melayu .. kenapa sampai saat ini .. melayu masih ketinggalan dalam semua segi ..

    ReplyDelete