Yang sorang tu tak mengapalah sebab dia adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang sudah tentu mendapat mandat daripada ahli-ahli UMNO di Bahagiannya untuk menjadi Ketua. Dia mempunyai kapasiti UMNO. Jadi, kalau apa pun yang dikatakannya adalah kata-kata UMNO Bahagian, walaupun beberapa tindakan bodoh sebelum ini, seperti menjerat UMNO untuk terpaksa mengaku, bodoh.
Yang sorang lagi tu... alahai... dengan latar belakang yang serba 'mengujakan' terutama sekali sebelum terbarai pangkat sebenar dia di dalam askar, banyak tindakannya menunjukkan dan mengesahkan dia adalah oportunis yang sentiasa cuba mengambil kesempatan.
Orang-orang sebegini ramai. Tidak sahaja di dalam UMNO, di dalam PAS, di dalam PKR, di dalam DAP malah di dalam PAN pun ada. Fungsi mereka hanyalah menjadi tukang sibuk dan mereka akan mengaku itu ini begitu begini... lebih kelakar lagi ialah, mereka lebih tahu tentang diri pemimpin berbanding pemimpin itu sendiri. Kelibat mereka akan lebih mudah dilihat kalau ada program-program melibatkan pemimpin-pemimpin yang kononnya memayung mereka.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar tidak seharusnya melayan perangai bekas kawannya itu. Dengan PRK Sungai Besar yang semakin hampir, dia mempunyai tanggungjawab yang lebih besar berbanding melayan seorang oportunis yang akan mengaku langit dan bintang demi perhatian daripada orang ramai.
UMNO dan Barisan Nasional mempunyai maruah yang perlu dipertahankan di Sungai Besar. MCA, GERAKAN dan PPP serta MIC yang sebelum belum lagi terkesan kehadiran dan kewujudan mereka terutama selepas Tsunami Cina 2013, perlu membuktikan kewujudan pengaruh dan kerja keras mereka di kalangan 31% pengundi Cina dan 2% pengundi India. Kerja keras itu perlu dibuktikan menerusi penambahan bilangan undi daripada masyarakat pengundi Cina kepada calon BN Sungai Besar.
Dengan kata lain, banyak kerja yang perlu dilakukan.
Tentang calon...
Sungai Besar mempunyai calon-calon yang berkelayakan dan dikenali di kalangan penduduk dan pengundi setempat. Tinjauan sebelum ini, terutama di DUN Sungai Panjang, mahupun pejabat Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon sendiri pun, mendapati masyarakat setempat lebih mengenali pemimpin-pemimpin UMNO-BN berbanding PAS mahupun PKR dan DAP. Pelbagai bangsa dan kaum yang datang untuk mendapatkan bantuan dan perhatian daripada Ahli Parlimen Sungai Besar dan ADUN Sungai Panjang. Melayan penduduk dan pengundi memerlukan tempoh masa yang panjang, membuatkan mereka tidak ada masa untuk berceramah atau berkempen seperti ADUN Sekinchan yang kerjanya merayau ke sana ke mari tanpa perlu mendengar masalah penduduk dan pengundinya.
Dan menariknya Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Besar dan DUN Sungai Panjang boleh tahu, penyokong atau pengundi manakah yang datang ke pejabat khidmat mereka!!!
Justeru, walau siapa pun di kalangan pemimpin UMNO yang dicalonkan untuk bertanding di PRK Parlimen Sungai Besar, yang akan membuat keputusan adalah pengundi dan penduduk, bukannya orang luar yang bersikap oportunis. Orang UMNO dan BN seharusnya akur dan memberikan sokongan tanpa perlu menunjukkan mereka lebih pandai daripada orang lain.
Sesekali, orang-orang UMNO terutama sekali ahli-ahli biasa perlu juga meniru dan meneladani sikap para ahli PKR, PAS, DAP dan PAN yang akan wala' sahaja dengan keputusan pimpinan atasan dan mereka akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangkan keputusan pimpinan atasan, walaupun mereka sedar, mereka seperti menjaring angin dengan jala.
UMNO dan Barisan Nasional tidak memerlukan DRAMA-DRAMA BANGANG seperti yang tersaji sekarang.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar seharusnya tidak lagi mengendahkan individu yang sedang mencari perhatian selepas membuat laporan polis balas.
Wala apa ke jadahnya...org gila tepi jln pon tahu siapa pemimpin2 umno di sgor nih...biarlah pas menang drp pemimpin umno sgor yg wajar di kahakan shj
ReplyDelete