Pages

Friday, May 13, 2016

PARTI AMANAH HALAU PAS KELUAR DARI SELANGOR DAN LARANG BERTANDING DI SUNGAI BESAR!!!



PAN atau lebih gemar membahasakan diri mereka sebagai AMANAH, menerusi Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir bagaikan mabuk todi atau terminum air limbah yang tidak sempat dikorek buang oleh Azmin Ali.

PAN menghalau PAS, memadankan muka PAS dan berkata, kalau PAS ada maruah, PAS akan meninggalkan Pakatan bersama PKR, dan meninggalkan semua kerusi mereka selepas tidak lagi mempunyai kaitan dengan DAP, taukeh besar PAN.

Pada PRU-13 lalu, PAS yang bertanding 20 kerusi DUN, berjaya memperolehi 15 kerusi DUN. Selepas krisis sokongan kepimpinan, dua orang ADUN PAS, melompat parti dan menyertai PAN yang baru ditubuhkan dengan harapan, PAN mempunyai peruntukan sebagai Exco dan Ahli Majlis PBT.

Daripada 56 kerusi DUN Selangor, PAS memiliki 13 kerusi, DAP 15 manakala PKR pula 13 dan BEBAS 1 kerusi. PAN yang bertindak sebagai 'pencuri' berjaya memperolehi 2 kerusi dan selebihnya dimiliki oleh BN.

PAS awal-awal lagi sudah mengumumkan mereka akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Memang patut pun kerana PAS tidak pernah ketinggalan untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut semenjak beberapa pilihanraya umum lalu.


PAN yang berlagak, sepatutnya tidak mencabar PAS, sebaliknya membuktikan mereka lebih berwibawa, lebih berpengaruh, lebih berkuasa dan lebih disenangi oleh pengundi-pengundi di Sungai Besar khususnya. PAN tidak seharusnya memaksa dan mendesak PAS agar menarik diri atau berunding dengan Pakatan Harapan (PKR-DAP-PAN) untuk bertanding di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar.

Apatah lagi jikalau dibandingkan kekuatan PAN yang tidak seberapa dengan kekuatan PAS di Selangor, seperti membandingkan warna hitam dengan warna putih. Terlalu banyak bezanya.

Sepatutnya PAN ikut macam Azmin Ali... nak lawan dan nak halau PAS, tak berani, jadi dipujuk PAS supaya kembali menyertai Pakatan, sekaligus sekali lagi bersama-sama DAP menjadi kuli dan batak parti chauvinist yang tarikh 13 Mei setiap tahun semenjak 47 tahun lalu, adalah hari peringatan kewujudan parti berkenaan.

DAP sendiri pun meminta PAS agar berunding kembali dengan Pakatan, mengapa pula PAN yang jadi lebih gelojoh dan berlagak tak tentu arah, malah persis seperti seekor monyet jantan yang cuba merogol seekor gajah betina.

PAN patut sedar diri dan segera tahu bahawa mereka sebenarnya tidak ada pengaruh apa-apa pun di Sungai Besar. Mereka hanya menunggu masa untuk disepak dan diterajang oleh PAS sahaja. Setakat yang tinjauan yang dibuat pun, tak ada sebarang markaz PAN di Sungai Besar yang cukup besar untuk dikatakan atau digelar sebagai markas. Kalau ada pun, hanyalah pondok kecil yang dihiasi warna oren.

Apa-apa pun kita tengoklah keputusan DAP nanti... Azmin Ali pun dah berkampung di Sungai Besar walaupun di kawasannya, Bukit Antarabangsa, haram payah sekali tiga bulan nak tengok muka dan kehadirannya mengambil tahu masalah di DUN yang berada di bawah jajahan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang cukup terkenal dengan 'serba-serbi'.

DAP pun tentu mempunyai perancangan yang lebih besar bagi menunjukkan mereka adalah kukasa sebenar di Selangor.


4 comments:


  1. PAN yg diterajui oleh mat sabut, tiada halatuju yg sampurna.....sekadar berpolitik ikut nafsu dan kegelojohan hendak dapat kuasa, menyelusuri tingkahlaku pemimpinya pon sudah dapat kita jadikan kesimpulan dan metelamat perjuangan hidup mati PAN.

    ReplyDelete
  2. pan selalu cakap besar wlpun penyokong partinya tak seberapa...hrpkan dap ada di belakang.

    ReplyDelete
  3. PAS keluar Pakatan dikatakan pentingkan diri sendiri. Ahli PAS yang keluar PAS dan tubuhkan Amanah pula dikatakan sebagai seorang pejuang. Inilah masalah dalam pembangkang. Sampai bila-bila pun tak akan bersatu. Kalau bersatu pun seperti ada udang di sebalik batu. Lepas menang masing-masing dengan halatuju dan pendirian Parti sendiri bukan lagi Pakatan. Lastly rakyat juga yang akan terkorban sepenuhnya nanti.

    ReplyDelete
  4. Apa yang ada dengan parti amanah?Semua ahli ahli ajk yang majoritinya orang orang yang kalah.Di tambah pula endorsement kalah dengan hilang deposit di pru Sarawak.Dah la hilang kemaluan dalam pemilihan PAS sehingga kononnya merajuk,di tambah pula hilang deposit dalam pru Sarawak.Bodoh sombong pula kononnya nak bertanding di kerusi parlimen sg besar dan Kuala Kangsar.Apa pun,Mat Sabu dengan labu labunya merencanakan dana pilihanraya yang boleh di kikis dan di perolehi dari abang besar mereka DAP.Hakikatnya,parti orang orang kalah tetap kalah sampai bila bila.

    ReplyDelete