Pages

Thursday, June 16, 2016

BILA TEBUSAN DAH SELAMAT, MULALAH NAK BERLAGAK DAN PERTIKAIKAN KE MANA PERGINYA WANG TEBUSAN!!!



Rakyat Malaysia terutama puak-puak yang gagal memahami Bahasa Kebangsaan sama ada ianya ayat nyata atau subjektif, terlalu berpolitik sehinggakan mereka tidak peduli lagi dengan hal-hal yang berkaitan keselamatan. Bagi mereka sangat mudah, mereka bebas bercakap, pertikaikan atau berbuat apa-apa sahaja manakala hal-hal yang berkaitan keselamatan pula, diserahkan bulat-bulat kepada pihak berkuasa, khususnya polis dan tentera.

Empat orang rakyat Malaysia yang berasal dari Sibu telah dibebaskan daripada tawanan kumpulan lanun Abu Sayyaf. Sebaik-baik sahaja dibebaskan, wakil ahli keluarga keempat-empat tawanan tersebut mempertikaikan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa tiada wang tebusan yang digunakan untuk membebaskan keempat-empat tawanan tersebut.

Apabila Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan tersebut, maka meloncat dan melompatlah ahli keluarga berkenaan apabila mereka mula mempertikaikan tentang wang tebusan yang diserahkan kepada pihak polis. Wang tebusan yang berjumlah belasan juta ringgit tersebut dijadikan modal untuk menimbulkan persepsi bahawa PDRM telah menyonglap duit berkenaan.

Dibantu oleh portal-portal berita yang pro-DAP, cerita tersebut dikembangluaskan. Persepsi ditanam dengan niat jahat walaupun pada masa yang sama, keempat-empat tebusan berkenaan sudah pun selamat berada di kalangan keluarga masing-ku, sekaligus tiada seorang pun daripada mereka dipenggal kepala.

Ahli keluarga tersebut dibantu pula oleh agen-agen DAP mahu polis mengaku bahawa tebusan-tebusan berkenaan dibebaskan setelah wang tebusan diserahkan. Sedangkan pada masa yang sama, kenyataan Ketua Polis Negara itu boleh diertikan sebagai cubaan mengelak penculikan berasaskan keuntungan yang menjadi industri utama di Mindanao, Filipina.

Kenyataan bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri yang mengatakan, wang berkenaan telah didermakan bagi tujuan kebajikan di Filipina pula telah diputarbelitkan kononnya, Timbalan Perdana Menteri pula menyonglap wang berkenaan.

Kita tidak mahu memperkatakan tentang kutipan derma oleh DAP untuk membebaskan keempat-empat tawanan tersebut atau bertanya ke mana perginya wang-wang derma berkenaan.

Nampak sangat, golongan berkenaan langsung tidak tahu berterima kasih dan bersyukur. Wang tetap menjadi motif utama. Persoalan dan pertikaian terus dibangkitkan bertujuan untuk mewujudkan persepsi jahat terhadap PDRM walaupun PDRM telah berjaya menyelamatkan tebusan tersebut.

Nampak gayanya, PDRM tidak perlulah lagi menyibukkan diri dan membahayakan keselamatan anggota untuk menyelamatkan mana-mana rakyat Malaysia yang ditawan dan dijadikan tebusan di selatan Filipina.

Terbaru, berita tentang empat orang lagi rakyat Malaysia diculik dan dijadikan tebusan, kedengaran sejurus selepas keempat-empat tawanan dari Sibu itu dibebaskan!



4 comments:

  1. LAIN KALI BIAR DIORANG URUSKAN SENDIRI. NAK KENA PENGGAL KEPALA KE...ATAS DIORANG.
    MEMANG JENIS TAK TAU BERSYUKUR.

    ReplyDelete
  2. apa la sgt bagi derma 12j kat org filipina kalau nak dibandingkan derma 2.6b yang kita dapat..

    ReplyDelete
  3. Bhai admin tfk...Aku mnkin dlm golongan rakyat Malaysia yg tk reti bahasa,hrp lu dpt bg pncerahan tntng isu ni
    1.ada atau tak pnggunaan wang dlm isu pmbebasan samada Di byr kpd penculik atau ngo?
    2.sekiranya ada knp knyataan awal tidak mnyatakn tntng pnggunaan wang dlm proses pmbebasan
    3.rm12juta yg diderma kpd ngo itu adalh dari sumber kerajaan atau duit yg disediakn oleh keluarga mangsa
    4.jika dari keluarga mangsa siapakh yg memberi hak kpd kdn utk tukarkn status wang tebusan kpd derma kpd ngo filipina

    Aku hrp lu dpt beri pncerahan dlm entry lu yg baru kpd kitaorg yg dlm golongan tak reti bahasa..

    ReplyDelete
  4. Dalam hal ehwal keselamatan, khususnya mengenai pencolekan, apa juga tindakan adalah untuk menyelamatkan mangsa. Apa juga yang dibawa ke meja rundingan adalah rahsia. Itu etikanya. Itulah yang keluarga Dah janjikan. Usaha untuk memburukkan pihak Polis dan Kerajaan patut dicegah melalui Akta Hasutan. Jangan Buat-Buat Bodoh dalam hal keselamatan. Wartawan dan bloggers juga mesti memahami etika ini.

    ReplyDelete