Dengan penuh sombong dia berkata, Rizal Mansor hanyalah pencacai pengangkat beg Rosmah Mansor dan tidak layak bercakap dengannya. Sebaliknya yang layak dan setaraf untuk bercakap dengannya adalah Rosmah Mansor atau 'pembantu paling kanannya' iaitu Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak.
Sombong dan sangat angkuh bagi seorang pengecut yang lari terbirit-birit apabila melihat Rizal Mansor sedang menunggu untuk bersalaman dengannya!
Sombong dan sangat angkuh bagi seorang pengecut yang lari bersembunyi di tingkat atas dan mengarahkan petugas menghalang Rizal Mansor masuk dengan apa cara sekalipun, termasuklah kalau perlu menumpahkan darah!
Habis tu, yang dia menyalak dan melalak tu, orang-orang yang mendengar, teruja dan menyokongnya, setaraflah dengan dia? Yang dia bersungguh-sungguh mahu meyakinkan orang ramai bahawa penipuannya adalah satu fakta, setaraflah?
Rafizi Ramli boleh bercakap atau bersikap angkuh tetapi apa yang berlaku semalam, jelas membuktikan sikap pengecutnya. Dia hanya berani apabila bercakap dengan mikrofon tetapi tidak berani bersoal jawab dengan orang yang difitnahnya.
Rizal Mansor dikatakan tidak dijemput dan memang ada hak Rafizi Ramli untuk tidak menemui atau melayannya, kata para penyokong Rafizi. Tetapi Rafizi Ramli mengadakan sidang media yang dalam keadaan apa sekalipun dan diamalkan di mana-mana dunia sekalipun, bebas dihadiri oleh sesiapa pun. Menghalang orang untuk mendengar atau menjawab fitnahnya.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247
Kegagalan menghadiri Nothing to Hide tu kira gagah n berani lah kan
ReplyDelete