Pages

Wednesday, June 29, 2016

EKORAN GUAN ENG DIBERKAS SPRM, RBA DAN TENTERA DAP MULA MEMBALAS DENDAM!!!!



Ketika perhatian politik negara ini sedang tertumpu kepada UMNO, Najib dan kumpulan ProTun yang telah kehilangan jawatan serta kedudukan selain gelagat Tun Mahathir yang semakin kuat nyanyuknya, DAP yang mula menyedari taktik-taktik mereka sudah lapuk untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina, mula melakukan sesuatu dengan pantas. Apatah lagi DAP perlu mencari jalan untuk membalas dendam apabila TOKONG mereka, Lim Guan Eng diberkas oleh SPRM kerana dakwa

DAP sudah kembali ke perangai lamanya. Kembali menggunakan taktik-taktik zaman awal penubuhannya yang mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei 1969 iaitu kebencian terhadap kaum-kaum tertentu di Malaysia, kebencian terhadap agama Islam dan strategi hasutan.

Sepanjang minggu ini dan minggu lepas sahaja, Malaysiakini yang merupakan suara DAP di dunia portal, memainkan isu-isu berikut:

1. Tunku Aziz menyatakan Cina tidak mempunyai hak untuk memenangi pilihanraya.

Hakikatnya: Tunku Aziz tidak pernah menyatakannya. Itu semua hanyalah cubaan putarbelit oleh pembaca Malaysiakini dan disiarkan dalam kolum 'Your Say' Malaysiakini.

2. PERKASA berang apabila CEO MAS menuduh Melayu malas.

Hakikatnya; CEO MAS tidak pernah berkata begitu. Dia cuma kata, dia nampak orang tidur semasa sedang bekerja, dan ia adalah benar.

3. Kit Siang menangis kerana Mufti Pahang berkata, darahnya halal dan dia boleh dibunuh.

Hakikatnya: Mufti Pahang tidak pernah berkata, darah Kit Siang halal atau dia boleh dibunuh. Mufti Pahang ada menggunakan istilah Kafir Harbi tetapi menghalalkan darah seseorang, ditambah dan ditokok oleh Malaysiakini dan media-media lain. Sekarang, orang ramai percaya, Mufti yang keluarkan kenyataan sebegitu.

4. Majlis Bandaraya Ipoh mengamalkan sikap perkauman apabila tidak membenarkan Sari untuk program hari raya.

Hakikatnya: Memang MBI ada menyatakannya tetapi kemudian mereka meminta maaf dan mengeluarkan kenyataan separuh masak, sari tidak lagi diharamkan.

5. RBA kembali berkongsi dan menviralkan kes rogol dan bunuh tahun 2006 membabitkan seorang gadis Cina bernama Chee Ghaik Yap oleh seorang lelaki Melayu anak seorang ahli perniagaan bergelar Dato'. RBA mendakwa lelaki tersebut telah dibebaskan oleh mahkamah. Kes ini adalah kes sensitif di mana seorang gadis jelita Cina yang berasal dari keluarga miskin telah dirogol dan dibunuh oleh seorang pemuda Melayu kaya yang kejam. RBA cuba menimbulkan kemarahan kaum Cina terhadap Melayu.

Hakikatnya: Kerajaan telah merayu kes tersebut dan berjaya memperolehi hukuman mati ke atas pemuda itu tahun lepas.

DAP dan juak-juaknya seperti RBA dan Malaysiakini akan lebih giat menggunakan isu-isu sebegini bagi menarik kembali sokongan masyarakat Cina kepada mereka. Keputusan PRN Sarawak, benar-benar mengejutkan DAP. Begitu juga dengan keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, membuatkan DAP kembali memilih kaedah lama mereka!

2 comments:

  1. Entahlah.Hati2lah sebab zaman sekarang ni penulis yang pakar dalam membuat fitnah boleh massukk lebat.Upahnya lumayan pak! Jangan kasi anak bini makan duit gaji tu sudahlah. . . Hati boleh jadi hitam!

    ReplyDelete
  2. Klu dh kafir namanya.. Bermakna dia akn kekal selamanya dlm neraka jahanam. Klu dh kafir namanya sebaik mana pun dia, dia tetap anti islam. Org banggang je yg percayaknnya.

    ReplyDelete