Pages

Wednesday, June 29, 2016

ESOK PAGI, PHANG LI KOON DAN LIM GUAN ENG AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH SESYEN GEORGETOWN BERSAMA-SAMA!!!



Ahli perniagaan merangkap bekas rakan perniagaan Betty Chew, isteri Lim Guan Eng dilaporkan akan didakwa bersama-sama Lim Guan Eng, esok pagi. 

SPRM Pulau Pinang menyatakan Phang telah diberkas di pejabatnya di Menara Penang Garden. Menara Penang Garden terletak bersebelahan dengan pejabat SRM di Jalan Northam. 

"Phang telah diberkas pada pukul 4:15 petang di tingkat enam pejabatnya," kata kenyataan itu. 

SPRM juga berkata, arahan penangkapan telah dikeluarkan selepas menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara. 

Tweet dari Ketua Biro Channel News Asia di Malaysia, Melissa Goh berkata, "Phang telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM1 juta. 

Jam 5:45 petang, Lim Guan Eng telah diberkas di pejabatnya di KOMTAR dan dibawa ke pejabat SPRM oleh enam orang pegawai. 

Lim Guan Eng dan Phang akan dihadapkan secara bersama di Mahkamah Sesyen George Town esok jam 10:00 pagi untuk berhadapan dengan tuduhan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta SPRM kerana menggunakan pejabat atau kedudukan bagi kegiatan rasuah dan memperolehi barangan berharga tanpa melalui proses sebenanrya dalam traksaksi perniagaan oleh penjawat awam. 

Pada 22 Mei lalu, pegawai-pegawai SPRM telah melawat kediaman Lim di Jalan Pinhorn ekoran kontroversi pembelian banglo tersebut di bawah harga pasaran. Urusniaga tersebut kemudiannya dikaitkan dengan penjualan sebidang tanah kerajaan negeri. 

Dalam penafiannya, Lim Guan Eng menegaskan tidak terdapat sebarang salah laku dalam pembelian hartanah tersebut.

Setiausaha Agung DAP itu mendakwa, dia tidak tahu tentang harga pasaran banglo yang dibelinya pada tahun lepas dengan harga RM2.8 juta memandangkan ia adalah berdasarkan kepada persetujuan lisan antara isterinya, Betty Chew dengan pemilik banglo tersebut, Pang Li Koon pada tahun 2012.

Hartanah di kawasan tersebut dikatakan bernilai antara RM6 juta dan RM6.5 juta.


No comments:

Post a Comment