Pages

Thursday, June 30, 2016

HARAP-HARAP TIADA TEROWONG CAHAYA UNTUK LIM GUAN ENG SEBAGAIMANA DESAKAN DAP DAN KONCO-KONCO MEREKA SEKARANG!!!



Akhirnya Lim Guan Eng berjaya juga diberkas selepas desakan demi desakan dibuat terhadap SPRM yang dilihat amat lembab, perlahan dan seperti tidak berminat dalam kes melibatkan Lim Guan Eng. Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang sangat angkuh dan berasa dirinya sangat kebal dari undang-undang Malaysia itu, akhirnya ditangkap dan esok, akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown atas dakwaan rasuah. 

Rasa-rasanya sekarang ini, kebanyakan kedai di Georgetown sudah kehabisan bekalan lilin kerana kebanyakan zombi sedang berkhemah dan berkumpul di luar pejabat SPRM Pulau Pinang.

Dengan sejumlah besar bukti yang ditampilkan kepada awam, yang tidak mampu dinafikan oleh Lim Guan Eng mahupun jawapan-jawapan bersifat lawak jenaka yang berkesudahan dengan melabelkan orang lain sebagai BODOH dan CELAKA oleh Exco-Exco yang ditugaskan untuk membantu Lim Guan Eng, ia seperti sudah menutup semua lubang buat Lim Guan Eng melepaskan diri. Hanya masa sahaja yang membolehkan Lim Guan Eng lepas bebas sehingga ke hari ini, termasuklah pagi nanti setelah dia dianugerahkan jaminan oleh mahkamah dengan jumlah jaminan tunai atau bon tertentu. 


Ketakutan dan kebimbangan serta rasa bersalah Lim Guan Eng mudah dikesan setiap kali dia cuba mengelak menjawab soalan-soalan atau memberikan jawapan kepada soalan yang tidak ditanya pun. Disebabkan inilah, penghormatan besar diberikan kepada Datuk Huan dan Lim Sian See yang tidak jemu-jemu dan letih-letih menyiarkan serta mendedahkan salahlaku Lim Guan Eng yang dipandang maksum oleh para pengikut dan penyanjungnya. Kedua-dua mereka benar-benar telah menghantui dan memburu Lim Guan Eng sehingga akhirnya SPRM tidak ada pilihan lain kecuali menahan Lim Guan Eng bagi mengelakkan sentimen menggelegak di kalangan masyarakat awam. 

Inilah yang tidak dimiliki oleh zombi dan ProTun. Mereka sepatutnya memiliki bukti-bukti yang mencukupi untuk mengheret seseorang ke mahkamah dan bukti-bukti yang lebih kukuh untuk mensabitkan kesalahan sepertimana yang mereka tuduh dan jaja. Meroyan di dalam Facebook dan kemudian mengitar semula artikel-artikel WSJ selain tuduhan-tuduhan sensasi tanpa bukti, hanyalah sesuai untuk tukang-tukang lakon sedangkan pada masa yang sama, orang awam semakin bosan dengan berita-berita yang dikitar berkali-kali dengan telatah meroyan mereka. 

Saya berbuka puasa bersama salah seorang peguam terkenal tanahair. Menurutnya, Lim Guan Eng tidak lagi dapat melarikan diri kerana kesnya akan berdasarkan kes melibatkan Khir Toyo.

Jadi, bye-bye Guan Eng!!!

Selamat berpuasa.

AZMI ARSHAD


1 comment:

  1. pastikan tingkap bangunan berkunci ....makanan minuman diperiksa ....cctv smua ok ....buku log lawatan sentiasa dikemaskini ....sentiasa ada kawalan/pemeriksaan .....

    risau ada opera klasik ....atau drama minggu ini ....

    ReplyDelete