Tan Sri Mahyuddin telah pun menjawab dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin. Bagaimanapun, jawapannya hanyalah kenyataan klise yang menimbulkan lebih banyak persoalan.
Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin adalah fitnah dan berniat jahat. Menurutnya lagi, persoalan dan dakwaan yang dibangkitkan itu sebenarnya telah dipolitikkan bagi menjatuhkannya kerana kelantangannya menentang salahlaku dan penyelewengan.
Sebenarnya, sukar untuk mempercayai dakwaan-dakwaan seperti itu, terutama sekali apabila ia membabitkan batang tubuh bekas Timbalan Perdana Menteri yang terkenal dengan imejnya. Namun dalam dunia politik, semuanya serba berkemungkinan.
Apatah lagi dakwaan-dakwaan yang dibuat pula disokong oleh bukti-bukti dan fakta-fakta yang dilihat amat meyakinkan.
Isu berkenaan sebenarnya adalah isu peribadi yang kalau orang awam, ianya bukanlah sesuatu yang sangat tidak wajar kalau ada pihak lain menguar-uarkannya. Apatah lagi pihak yang terlibat telah berusaha untuk menutup aib tersebut dengan gantirugi dan pampasan. Namun memandangkan kes ini melibatkan seorang ahli politik senior, maka ia menjadi berita yang sensasi sekalipun afidavit tersebut juga boleh diragui, memandangkan ia mungkin melibatkan pemalsuan atau fitnah.
Tan Sri Mahyuddin tidak seharusnya berdiam diri dalam hal ini. Kenyataan-kenyataan klise yang mengulangi tindakan Anwar Ibrahim, tidak dapat membersihkan kotoran yang telah dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin.
Sebaik-baiknya tindakan terbaik yang boleh dilakukan oleh Tan Sri Mahyuddin adalah dengan mengheret Raja Petra untuk membuktikan dakwaannya di mahkamah, bukan sekadar menjadi keyboard warrior sebagaimana yang berlaku kepada Rafizi Ramli.
Mahyuddin seharusnya belajar daripada kesilapan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor yang membiarkan fitnah-fitnah besar menimpa mereka dengan harapan fitnah-fitnah tersebut akan berlalu begitu sahaja setelah kebenaran timbul. Zaman sekarang adalah zaman fitnah. Mana-mana fitnah yang lambat dibalas, menyebabkan ianya akan dianggap sebagai satu kebenaran.
Kita tidak mahulah seorang lagi Rafizi Ramli yang berkata, dia hanya bergurau, setelah diminta membuktikannya di mahkamah, wujud pula dalam bentuk batang tubuh Raja Petra Kamaruddin.
Tan Sri Mahyuddin harus berjuang mempertahankan dirinya dengan kaedah yang lebih baik berbanding kenyataan di media semata-mata atau menghalang prosiding mahkamah pada minggu hadapan memandangkan itu adalah peluang terbaiknya untuk membuktikan dia benar-benar telah difitnah. (RUJUK SINI)
Aduhai...RPK ni siapa yg nak percayai dengan dia. Siapa bayar lebih kat situ la dia berkiblat!!
ReplyDeleteTak pa Tan Sri, minggu depan Selasa saman, tapi sebab Raja Petra sekarang menetap di England jadi kalau Tan Sri berjaya pun susah nak di kuatkuasakan, dilema tu.
ReplyDeleteMAU SAMAN RPK. DIA ADA MANA. BUKAN DIA ADA UK KA. RPK LARI KE UK. KALAU SAYA TAK SALAH DIA KALAH KES PADA NAIB CANSELOR UUM DR NORDIN KARDI DAN TAN SRI SHAFIEE ABDULLAH. DUA KES BRO DIA KALAH. DUA KES YANG MELIBATKAN GANTI RUGI HAMPIR 10 JUTA. SAYA MUNGKIN SALAH. TUAN BLOGGER BOLEH BERI MAKLUMAT YANG BETUL AGAKNYA.
ReplyDeleteBoleg percaya ke cakap Raja Petera Malaysian Today ni.....???
ReplyDeleteBukan apa, dia juga yang kaitkan isu C4 Altuntya dengan Najib.
Siap buat AKUAN BERSUMPAH lagi dan kemudian membuat akuan
b ersumpah baru bahawa akuan bersumpah yang pertama itu tidak
benar. Akhirnya dia lari ke Manchester dengan warran tangkap
masih kekal di Malaysia.
Jadi, boleh percaya ke cakap dia kali ni.....????
Too manya time menjerit WOLF!!!.......susah orang nak percaya.
Lebih seribu kali bagusnya tmy berbanding najib .dia tidak pau rakyatnya.mana ada bapa dlm dunia ni pau duit anak utk nafkah anak .tapi bapa kawin lain xde masalah
ReplyDeleteSendiri punya kote sendiri tau lah sudah rodok merodok mana punya tempat..Muhyiddin tu malaikat ke? Sekurang2nya dia lagi bersih dan tidak main tahi macham orang di Sungai Buloh.
ReplyDeleteEngkau ni bukan Islam ke ? Orang mohon ampun dengan Allah.Engkau pulak sakitkan hati orang . . Kasiannya . .
DeleteRP ni Islam ke tak ada agama.Atau nama dia digunakan oleh kumpulan setan.Kalau betul lah dia yang buat cerita ni, tunggulah nanti balasan Allah.Nampaknya dia cari makan dgn buat fitnah . . Kasiahnya . . .
ReplyDelete