Pages

Tuesday, June 7, 2016

KEPADA PARA PEMIMPIN POLITIK, AHLI PARLIMEN DAN MENTERI... TOLONG BERHENTI MEMBIARKAN KESELAMATAN NEGARA INI TERANCAM!!!



KAMI SAJALAH nak ambil perhatian para pemimpin politik, ahli parlimen, kalangan menteri-menteri dan juga orang-orang awam sekelian.

Kita ada dua pilihan untuk angkatan udara negara kita.

Adakah kita mahu menjadi sebuah negara dengan angkatan udara yang sangat kredible dan disegani kawan dan lawan seperti SINGAPURA yang mempunyai angkatan udara yang berkemampuan tinggi serta lengkap, termaju di rantau sebelah sini, dengan keupayaan penguasaan ruang udara bersepadu, dengan kemampuan serangan udara yang sangat trampil, dengan kebolehan melakukan penugasan dengan kuasa udara.

ATAU

Adakah kita mahu menjadi sebuah negara dengan angkatan udara setinggan, dengan tiada langsung keupayaan penguasaan udara, tiada langsung keupayaan tempur, tiada langsung aset untuk mempertahankan kedaulatan angkasaraya seperti FILIPINA yang hanya mampu menyalak seperti anjing bila berdepan musuh dengan tiada langsung daya melawan dan hanya semata-mata mampu menyembah bekas kolonialnya untuk mendapatkan bantuan.....

Grafik di atas menjelaskan sendiri kepada anda beza antara kedua negara dalam ASEAN ini.

Kalau para menteri, para ahli politik, para ahli parlimen masih lagi ambil sikap acuh tak acuh, maka kita akan melihat Malaysia menjadi seperti negara republik supergagal superkorup Filipina.

Anda nak macam tu, bilamana wilayah laut tergadai didepan mata, bila nelayan dihalau, bila ruang udara diceroboh sewenang-wenangnya tanpa ada cegah rintang....?

Bapak-bapak menteri dan petinggi-petinggi politik sekelian sedar tak, yang sikap kalian dalam parlimen yang ambil enteng keselamatan negara telah menyukarkan pihak pasukan keselamatan dalam menggalas tugas mereka mempertahankan kedaulatan negara, seterusnya menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada pemerintah akan keseriusan pihak pentadbir mengenai keselamatan nasional.

RAKYAT TAK MINTA BANYAK SELAIN PENUHI PERMINTAAN DAN KEPERLUAN OPERASIONAL TUDM DAN TLDM. Jangan hanya tabur janji palsu.

Jadi janganlah terlalu cerewet dengan permintaan TUDM dan TLDM dalam usaha mereka mempertingkatkan keupayaan tempur mereka kerana ia bukan untuk perkara lain selain untuk kedaulatan negara ini TERUTAMA SEKALI MENTERI DI KEMENTERIAN KEWANGAN sana tu. Buka mata sikit, dan jangan leka sangat dengan kempen pilihanraya.!!!!!!!

‪#‎MENYOKONG15TO5‬
‪#‎SUPPORTAIRFORCE‬
‪#‎AIRFORCENEXTGENERATION‬
‪#‎WEAREONE‬
‪#‎KESIAPSIAGAAN‬
‪#‎SUPPORTFLANKERANDSUPERHORNET‬



No comments:

Post a Comment