Pages

Tuesday, June 7, 2016

PEMERIKSAAN VAGINA BATALKAN PUASA? NANTI DULU... DENGAR PENJELASAN DARI DOKTOR PAKAR INI!!!



Semalam ada persoalan dari salah seorang follower saya tentang apakah pemeriksaan vagina/ selok jari /vaginal examination, membatalkan puasa.

Sebelum ini seorang sahabat saya yang mengandung juga telah membatalkan puasanya kerana diberitahu oleh doktor yang memeriksa bahawa pemeriksaan vagina membatalkan puasa.

Apakah benar vaginal examination atau prosedur yang melibatkan amalan memasukkan jari atau instrumen tertentu seperti bimanual palpation, speculum examination dan vaginal pessary insertion membatalkan puasa? Bagaimana pula pemeriksaan dubur/rektum seperti digital rectal examination, memasukkan tiub kencing (CBD) dan ubat2an suppository? Apakah ia juga membatalkan puasa?

Saya merujuk beberapa pandangan ulama2 besar dan mendapati pandangan yang lebih rojih (kuat) adalah seperti berikut...

Kesemua pemeriksaan di atas termasuk memasukkan jari untuk pemeriksaan tidak membatalkan puasa. Ini adalah berdasarkan keperluan perubatan pesakit tersebut dan atas dasar kemaslahatan kesihatan yang perlu dijaga.

Ia juga merupakan prosedur2 dan pemeriksaan yang tidak mengenyangkan atau menghilangkan dahaga. Ia tidak melibatkan memasukan zat atau nutrien ke dalam badan yang akan memberi tenaga pada tubuh. Oleh itu, ia tidak membatalkan puasa.

Lalu ada yang mengatakan bahawa jika demikian, hubungan seksual juga tidak membatalkan puasa kerana ia juga melibatkan kemasukkan anggota dalam rongga badan. Pandangan ini adalah salah kerana secara jelas ada dalil larangan khusus melakukan hubungan seksual ketika berpuasa. Namun demikian, larangan ini tidak boleh ditamsilkan kepada prosedur perubatan yang lain.

Sungguhpun prosedur2 di atas tidak membatalkan puasa, ia tidak boleh dilakukan dengan suka2, sengaja atau atas tujuan bersedap2an. Oleh itu, perbuatan sengaja memasukkan jari atau objek bagi tujuan yang tidak perlu misalannya beronani adalah membatalkan puasa.

‪#‎Kesimpulannya‬:

1. Pemeriksaan vagina dan prosedur ginekologi atas tujuan perubatan seperti di atas tidak membatalkan puasa.

2. Bagi ibu2 yang mengandung yang masih larat untuk berpuasa, tidak perlu gusar atau berasa was2 apabila menjalani pemeriksaan dan rawatan.

‪#‎Rujukan‬:

1. Majma’ al-Fiqh al-Islami (Islamic Fiqh Council)

2. Dr Zakir Naik (Q&A)

3. e-fatwa JAKIM



No comments:

Post a Comment